Showing posts with label bila aku marah. Show all posts
Showing posts with label bila aku marah. Show all posts

Thursday, February 2

tua xsemestinya matang... muda xsemestinya kurang ajar

0029 a.m/3.2.2012/jumaat/malaysia:

malam yang sunyi belum tentu tenang! (ak dalam mood marah).... well... PERKONGSIAN... adakalanya perlu.. adakalanya tidak.. ak xpaham kena wujudnya sikap sombong dalam perkongsian... ari ni ak berkongsi menyediakan juadah malam.. ak biasalah.. harta memasak cukup dalam bilik.. semua ada.. sesedap ak dan mereka memasak.. ak dapat panggilan.. panggilan dr seorang saudara mara... permulaan yang baik... menjadi tegang.. isunya... PERKONGSIAN... ak xfaham la.. apa masalahnye... berkongsi bukan ke memudahkan sebarang urusan dengan cara yang betul.. kenapa nak d kusutkan perkara yang sekecil umat? zaman dahulu dan zaman sekarang berbeza,, kita sendiri berbeza,,, ya nabi.. dengan sombong berkata2.. bukan aku untuk melafazkan kata2 itu... itu kata2 orang yang singkat akal!

bercakap tanpa sempat berfikir! selaku yang berusia sepatutnya lebih baik berbicara dalam memberi contoh tauladan pada yang muda.. bukan menunjukkan belang di jiwa dengan bepaut kata orang lama "aku makan garam dahulu dari kau" aku bukan biadap dalam berbicara, kerana ak tau apa manfaat dr sikap biadap.. 

fikir sejenak blogger! kalau orang muda bersikap kurang ajar pada yang tua.. si tua akan berkata "kurang ajar punya budak".. bagaimana pula kalau si tua mempamirkan sikap kurang ajar pada yang muda? apa yang muda akan berkata??? kalau si muda salah tingkahnya mungkin masuk di akal kerana mereka masih muda.. masih mentah! tapi bagaimana kalau yang tua? makin tua sepatutnya makin betamadun! namun sebaliknya.. aku bukan berbicara semua si tua adalah sama.. namun aku jadi meluat bila ak ada di kalangan si tua yang xtahu beradap... mahu diri di jadikan panduan, namun berjalan seperti anak ketam... 

aku masih muda, tapi ak makin dewasa dan telah dewasa.. cuma dalam proses mematangkan diri.. namun ak mampu berfikir dan menilai.. boleh ak katakan.. dahulu aku selalu mendengar.. "orang tua or yang lebih tua dr kita kita perlu dengar pesan mereka.. sebab mereka telah merasa kesusahan dan kesenangan sebelum kita yang muda... cakap mereka betul.. kn dengar.." shit!!! karut semua tu! zaman sekarang dan zaman mereka si tua jauh beza... bagaimana kita mahu mengikut contoh dan mengambil pesanan mereka untuk dijadikan rujukan sekirenye berpesan seperti ketam mengajar anak nya berjalan?

memang... semua orang xsempurna.. namun akal kita ada,, sepatutnya semakin meningkat usia.. semakin meningkat kematangan diri.. kewarasan akal berfikir.. bukan hati yang berfikir... jangan gunakan tiket perbedaan umur untuk sebagai landasan memamah bicara xberasas! berkata dengan megah tanpa berfikir! dengan alasan "aku lebih tua dari kau" ak xleh terima! walaupun dah berusia belum tentu matang berfikir... mampu membezakan setiap bicara segaris dengan keadaan dan kata2... 

jangan fikir kau berusia.. lidah mu tajam berkata2 tanpa memikirkan hati yang lain... jika benar katamu... masakah ada yang mengikut sekiranya tajam itu melukakan hati... adap kita manusia saling memperbetulkan.. saling menghargai... bahasa jiwa bangsa... itu pra kata kita orang melayu! tak kire usia kita.. jangan tegah kan usia.. berbicara lantang dengan akal yang kosong... buat malu kami yang mendengar... kerana kami mampu berfikir dan menilai sambil mendengar...tanpa berkata.. aku bukan apa.. aku marah bila isu yang bukan satu masalah yang hanya sekadar peringatan d jadikan masalah yang berat... berbicara pula dengan orang yang kepala batu.. angkuh dan gah dengan pengalaman hidup dia di zaman muda... 

blogger! tanam baik2 kata2 aki

"setiap manusia berbeza zaman mereka, zaman kematangan, zaman penerimaan, jangan tegahkan pengalaman kita membodohkan orang lain yang makin melangkah ke hadapan"

mungkin kalian akan berkata.. mungkin kita bila dah berusia akan menjadi demikian.. mungkin benar... namun secara logik akal nya.. tidak sepatutnya berlaku... ia bukan berlaku d sebabkan faktor usia.. tetapi sikap kita sendiri... jauhkan diri aki dari golongan ini... ak xmahu menjadi golongan tua suatu hari nanti yang kurang beradap kerana kurang pengisian di waktu muda... pegalaman dan pemerhatian sepanjang hayat adalah landasan untuk kita berfikir,,, bukan tempat hati bermaharajalela... 

terpulang pada kau yang membaca.. ak xleh marah... ak pon xsuka marah2.. tapi jangan sekali buat marah... bila ak marah... semua keje ak xjalan... kepala jadi sakit adalah... sakit menahan rasa marah yang tinggi... kalau salah ak, ak xkisah org nak tegur... ak dengar,,, tapi perbetulkan ak dengan niat nak memperbetulkan.. bukan sekadar berbahasa... kalau salah bicara terguris hati... berdosalah jiwa... sekian! coretan dari api kemarahan di malam yang sunyi.... moga aku hilang rasa marah ini pabila terbit mentari esok pagi...

Thursday, December 22

game kehidupan! let play!!!


2.25 a.m/Malaysia/Friday/23.12.11

Salam….. selsema! Aku paling benci selsema… hidung sumbat sana sini… mate mula la terkebil2.. ni semua gara2.. kena ujan masa balik bilik petang tadi! Xpe la… janji aku dah abis exam!!! Exam final g tu!! Adik2 aku baru nak masok study week minggu depan, aku final dah minggu ni… hahahah… aku sebenarnya, nak menyembang @ mengumpat.. pasal seorang “kawan” ni bukan mitos dongeng… but reality life.. aku penah cakap some time trust like “shit”, manusia… kejadiannya sangat unik, tambahan pula di bekalkan otak yang boleh berfikir dan hati untuk menilai… 

Setiap manusia, berjalan di muka bumi ni dengan langkah mereka sendiri dan bertanggungjawab dengan apa sahaja yang berlaku pada diri mereka. Betul?
Manusia juga boleh membuat pilihan, apa sahaja yang boleh menjamin kehidupan mereka dan buat mereka selesa.  Betul?  

Manusia juga, xboleh terlalu bergantung hidup dengan manusia lain untuk hidup. Mereka ada haluan dan tatacara hidup mereka yang tersendiri. Betul?
Tetapi manusia hidup menongkah arah dengan manusia yang lain. Untuk kehadapan, bukan sendirian mampu menakhluk arah2 tuju dengan kompas sendiri. Ada yang tiba masanya kita bergantung bahu dengan yang lain. Dan selayaknya manusia bukan hanya bertanggung bahu apabila menogkah arah sahaja, sepatutnya bersama2 menyusur alur kehidupan seiringan. 

Bukan ini bermakna, selamanya melangkah bersama, tetapi ada masanya. Jangan hanya tegar bak pepatah melayu, “budi bahasa budaya kita” jangan dikala tersepit Nampak saja apa yang mampu digapai. Jangan kita jadi seperti si tong sampah, bila perlu busuk pon sanggup di pegang… bila xperlu, jauh nun ku tending.. macam manusia gak, yup! Kite ni hidup kena independent! Kena berdikari, xboleh tunggu2 orang.. akan tetapi, manusia ni saling berhubung… disebabkan itu wujudnya istilah kemanusian… xsalah mengemudi perahu sendiri kalau xboleh berkongsi kapal yang besar.. namun ingat la.. “budi bahasa budaya kita” nah…. Karam perahu dilautan… kapal nan besar ini jua yang menyauk kau ke atas… xpayah pon kalau kita berbahasa… xsemahal emas bumi.. ye lah.. kita semua nak yang terbaik untuk diri kita, tapi jangan sampai hilang peribudaya diri. Aku xsalahkan mereka atau sesiapa, tapi aku terkilan… macam biasa.. manusia yang pandai mencari budi tetapi kurang fasih berbahasa… macam mana nak mengambarkan budaya kita?

Aku xmintak, dijaga sepanjang masa.. ye.. hidup aku milik aku. Namun ingat baik2… bukan semua manusia yang kau jumpa seperti yang kau inginkan.. mereka boleh jadi sebaliknya,,, perihal manusiakan.. tapi aku terasa bodoh, bile terjumpa insan2 yang pandai “berbudi bahasa” tetapi “itu bukan budaya kita” berbahasa bila perlukan sekalung budi, ye lah.. aku hidup di kalangan mereka, meraih kepingan hidup aku… aku terlupa nak memberitahu… ingat tak dulu, dlm post y terbaru.. aku ada kata “no sharing, no caring”.. aku silap………………… ada beberapa ayat tertinggal… sepatutnya… “no sharing, no sharing; no caring, no caring”… baru lengkap perpatah moden aku… bukan sebab aku marah kat sape2.. Cuma bengang, adat manusia… perpatah dahulu hanya hiasan.. “budi bahasa budaya kita” konon… karut! Cukup la,,, aku jumpa sorang… buat aku sedar,… jangan terlalu menjaga diri orang lain… nanti mereka xsempat merasa menjaga diri sendiri… hahah… aku mengarut, bila aku letih dan bengang… dan lapo… kalau terkena.. xde ucapan maaf dari aku.. nasib badan la ya kena.. xde salah,,, xde betul.. xde nama y tersangkut… kata permainan kehidupan.. so let play!

Sekadar pendapat, kita xboleh tunggu orang lain untuk kita membuat keputusan untuk diri, namun jangan kerana diri sendiri terlupa erti hidup sebahu, jangan manis berkata bila mengharap budi yang lain. Hanya perhiasan bibir, bukan hati. Hahahha,…. Lawak, aku kurang berminat kalau terjumpa insan2 begini. Yup!! Beza manusia sekarang dengan manusia dahulu kala, kau single fighter… apa juga y kau usahakan untuk diri kau! Kadang2 apalah lah manisnya istilah persaudaraan? Kawan? Hahha… hanya sekadar satu perkataan mengambarkan orang y kita kenal bukan orang y kita  tahu. Huhuhu………… 

Buat kau, yang terkena! Kalau kau marah, suka ati kau lah.. aku xkisah… aku dah lama kisah.. tp kau xkisah.. xpe.. kita trskan cara2 kita.. lagipun kini, aku atas bahu aku.. kau dengan bahu kau.. arah dan tujuan kita mungkin sama, tetapi cara kita berbeza. So xperlulah, nak bertatih sangatkan, sendirian berhad lagi senang, lagi pun kau semua ada bahu2 lain yang boleh sekali berlari bersama, xrugi kalau hilang aku. Mungkin dulu aku kisah, kini aku xkisah. Kaki sendiri, sendiri jalan… bukan urusan aku, kalau istilah “pertolongan” di letak sebagai sandaran, pikir2kan lah xde guna sekadar melengkap kehidupan orang yang melobangkan kehidupan kau.

To blogger, just ingat jangan mengharap budi orang kalau diri sendiri xmampu nak menabur budi. Bukan harta kaya kita minta, cukup sekadar berbudi bahasa, itu perlambangan bangsa kita. Jangan lah sibuk menongkah masa depan, sampai lupa masa dulu. Kadang2 manusia, ingat lah.. xsemua ketika kita kena dahulu, kadang2 kena dahulukan y lain.. perkongsian dalam permainan hidup begitu, kalau sendiri mahu dahulu, jangan salahkan yang lain kalau ada y menyakitkan. Jangan sibuk, menjaga diri sampai lupa sekalian di sisi. Kelak tersungkur dalam ramai bangun sendiri. Sedangkan ada saja tangan yang menghulur, tetapi xsampai atau mungkin di tarik semula kerana falsafah diri “hidup aku, mesti bermula dengan aku”.

Monday, December 19

Apa yang kau tahu?!


Monday/19122011/7.42 p.m/ Malaysia

Salam, selamat malam n selamat senja! Ari ni sehari suntuk aki mengadap acer4315, gara2 nak siapkan proposal.. tup2.. “apak” aki tak tau g mana… macam ne nak soh dia sain proposal ni.. apak tu supervisor aki. Pening2 lalat aki baca jurnal ni nak buat ayat, serabut mata beb tulis proposal ni… pastu aki bukak fb jap, layan mata… telinga layan lagu rock jiwang gitu~~~ baik punya layan kuarlah lagu screen “orang yang ku sayang” adoi… sakit pulak dengar lagu ni… yelah teringat zaman2 disayangi dulu.. hhuhh cup2.. ada org add fb aki, sape pulak ni… nama chenta hati.. peh…. Terbaik la nye nama. Aki pon approve la… xde gambar dalam fb ni, aki tengok la post2 dia… rupanya kawan aki rupanya… ya nabi.. apa cer tukar fb???

Aki baca je apa y dia post, cuba teka knp dia tukar fb? Sama macam masalah aki dulu, pei tulis nama y aki sayang dalam tesis,, bila dia sakitkan hati kita rasa nak bakar je tesis tu… nasib baik la memikirkan usaha aki siang malam nak siapkan tesis tu.. last2.. simpan dalam kotak tesis tu.. samalah masalah macam member aki ni… aki faham perasaan dia, orang yang dia sayang tu pun aki kenal. Kadang2 jarak, menguji kekuatan cinta lebih kuat dari harta. Sejauh mana kalian mampu jujur antara satu sama lain. Aki tak tahu apa kisah di sebalik mereka, but it feel really sad bila orang yang kita sayang xjujur ngan kita. Xsalah kalau nak bekawan dengan berlainan jantina, janji jaga batas2 diri. Kalau sungguh rasa sayang dihati usaha ke arah kebahagian.

Kadang2 aki pandai berkata2, member pandangan. Sedangkan aki sendiri terkapai2, kadang hidup ni tak seindah yang diimpikan, walupun kita berusaha mempertahankan. Kadang2 apa yang dimiliki hilang dalam gengaman. Hahahaha……………………………………………………….. itulah yang aki alami, kita hanya merancang, sebaik2 mana rancangan ia tetap milik ilahi. Adik aki marah kalau aki sebut perkara2 negetif, macam aki xpercaya harapan or apa2 je y sekutu dengannya, aki benci word trust, aki benci orang yang hanya berharap tanpa berbuat apa2.. baik xusah berharap n xusah buat apa2.. adik aki xsetuju.. dia pernah kata “jangan cakap bende2 macam tu pada orang lain or diri sendiri kalau kau xtahu apa maknanya” hahahahah……………… aki gelak besar, hey budak! Apa yang kau tahu pasal harapan? Kepercayaan? Dunia kau dan aku berbeza, kita membesar dengan keadaan berbeza. Aki benci kalau orang merungut akan kesusahan hidup dia yang buat dia susah nak mengejar kehidupan dia sekarang, aki benci orang yang melihat kesusahan diri dia dan tak Nampak penderitaan orang lain. Don’t say word “hidup kami susah, persekitaran kami xbaik. Semua tak sesenang yang kau kata”. Kau hanya melihat dari dunia kesusahan kau, aki melihat dari dunia kesusahan aki, kisah kita berbeza, cara kita berbeza namun kesannya sama.. penderitaan. Cuma cara kita membelai kesan itu berbeza, ye aku berjiwa lembut tetapi keras.. aki gunakan api kemarahan mengeraskan setiap harapan2 yang ada, dengan api kemarahan aki bakar semangat2 mencari jalan keluar. 


Ada yang berkata  “kegembiraan akan bertandang di hati apabila kesedihan berlalu pergi” huh! Sejauh mana kebenaran ungkapan itu? Sekarang aki mulai ada hobi baru, “cari pasal dengan orang!” tak kire sape2 yang buat aki rase rimas, dia akan jadi pencabar aki. Bukan aki ajak masuk gelanggang tinju pon~~~ tapi cara lain….

“no sharing, no caring” tu perpatah baru yang aki pakai untuk zaman moden ni, xde dah mitos2… erti perkongsian dengan manusia2 yang bertopeng.. sia2 je, hidup sebahu dengan orang macam ni, sori la kalau ada yang terasa hati or what, but I don’t know… knp rasa nak menulis bende2 negetif ni.. bukan suruh ikot bende2 negetif.. just untuk pemikiran… kalau rajin berfikir,  kalau tak xde hal…  

Cabaran hidupkan… sama ada kau mampu bernafas dan melangkah atau kau bernafas mencium tanah! 

Adios!!!  Aki nak sambung study… mau exam ini rabu… hav great day!!!

“yang baik kita ambik jadi pedoman, yang kurang baik kita jadikan sempandan”

Monday, December 12

layu si lalang

12/12/2011-monday-malaysia-5.22 p.m:

salam......... selamat petang.. petang yang redup.. xujan.. xmendung.. tapi redup... huh! kita boleh marah kan? marah adalah sesuatu perasaan tak selesa yang ada dalam diri. ada betul? ada ke orang yang suka suki marah2? mungkin kerana perihal sikap peribadinya pemarah, but must be a good reason why they get angry right.. tak kan la lahir2 kuat marah.. mungkin juga genetik.. aki pon macam tu.. genetik keluarga panas baran.. terutama anak sulung.. but aki mampu mengawalnya.. n aki xsuka orang marah2... kita marah bila sesuai tu tak berlaku mengikut aturan sepatutnya kan/// ade ke orang hapi or sedih marah? pelik kan... so ia bukan sesuatu yang kita tak mampu kawal,, boleh di kawal.. but kadang2 ia hilang kawalan/// why.. for a good reason.. bila ati panas... setan pon dok terloncat2.. memegang kipas... maun nye api sekecil lilin boleh menjadi api sebesar api yang membakar arang... why arang? arang batu dileburkan dengan pembakaran pada suhu yang tinggi... sedangkan arang batu diperbuat dari spesis2 batu mampu lebur di bakar mengunakan nyalaan api berkuasa tinggi inikan api yang di kipas oleh setan! well.. point is, kita boleh berubah sikap secara mendadak... dan biasanya orang yang marah akan mengambil masa untuk tenang... macam ape2 bende yang kita panaskan dengan api, masa panas.. nak pegang guna tangan kosong pon tak boleh kan.. so samalah dgn manusi insan.. aki sendiri.. bukan suka2 marah2 orang.. namun jagalah laku kita agar tidak tergolong dalam geng2... setan si tukang kipas.. 

kadang2 ada cara dan laku kita yang menyakitkan orang lain, sedar atau kita tidak sedar.. berkali2 aki berkata di sini, ini dunia semua olang punya.. bukan lu sorang hidup dalam ini dunia.. lu hidup sama olang lain.. sendiri mau ingat la.. tak kan lu mau hidup lu mau guna hidung olang mau sedut oxygen... ada akai ka?? sendiri punya punya badan sendiri kena jaga la kawan... hai ya... tolong la jgn cedok olang lain punya senyum... lu ingat olang tu senyum dia suka lu punya hal ka... sikit ari dia kasi satu lesing baru lu tau.. sekali bahasa sudah talak tahan.. apa cerita??? sangat2 ignoring! idup dalam ini kawah, selupa lu makan mee kari sama mee sup.. walaupon satu rumpun mee.. lain2 kuah ma.. kena jaga la... bukan payah mau jaga ma.. kasi bukak minda saja... mau kasi tolong boleh... hau2... xde hal... satu mangkuk ma.. mesti kasi tolong... tapi kena jaga la... kasi jeling2 sikit... jangan kasi selirat itu mee/// 

tak faham? xpe.. kalau aki dah mula menulis ala2 gangster cina tu.. tok sah pahamkan.. nak jadi gangster xde anak buah mau buat team// xpe la... gangster syok sendiri pon ok la.. manusia ni kadang2 macam lalang... hidup.. membesar.. hidup dalam keramaian macam kita manusia.. dan tatkala di langgar angin akan ke kanan dan ke kiri... sama jugak macam kita kadang2.. but itu perangai xmau ambil la... jadi macam akar lalang... ribut ke... gempa bumi ke... kebakaran ke.. ko cabut macam mana pon.. kalau tak basah dek peluh xsah la mencabut pokok lalang// akar dia kuat memaku pada tanah.. walau dok buang lagu mana pon.. pasti akan tumbuh jugak balik... sembuk la racun ape pon... takkan semua mati.. lambat laun dia tumbuh jugak.. kadang2 apa yang kita inginkan kita sendiri xpasti, apa yang kita rancang pon belum tentu akan menjadi kenyataan. walau bahan rencah tersedia di hadapan mata. jangan membunuh diri yang lain untuk menentukan jalan hidup sendiri.. bijak pandai berkata: segala keputusan dan kuasa untuk diri ada di dalam gengaman.. pilih sahaja, akal di beri oleh tuhan guna sepenuhnya.. tak cukup, ada akal kiri kanan untuk membantu... namun bukan gengaman orang lain yang membuat keputusan samaada kau mahu hidup atau mati.


 #layu si lalang pada daunnya bukan pada akarnya#

Wednesday, April 13

aku paling tak suke time ak bengang!


bengang! tu perkara yang paling aku tak suka dalam hidup! kalau ak marah sekejap je habis,, kalau ak bengang! masak2,,, mengigil2 tangan aku tahan! blank2!!!! mulut lagi slow dr tangan! sepanjang mase ak nk menyumpah2.... huhuhuh ak memag panas baran! sekali ak terase! sikit nye hal boleh jadi teruk! kalau ade masalah ngan ak cakap elok2,, kalau ak wat salah tego elok2,,, xyah nk kias2,, ak xfaham! cakap terus! siot!!! tangan ak shaking2!!!!! bila benda2 ni jd ak hilang dah diri ak! lost2,,,,, blank2..arhaaa.a.a.a.aa.a.!!!!!!!!! aku nk bernafas!!!!!!!!!!!!!