Tuesday, July 12

Cantek bukan cantik

Apabila mata mula berkata2...
 Lidah pun tak mampu bertutur...
Yang indah mungkin berbeza walaupun ia sama...
Yang menarik bagi mengerti dan yang mencari perbezaan...
 Yang ada akan ada.. jika kita ada untuknya...
Yang hilang akan ada.. jika ia milik kita...
Yang tenang akan wujud, jika kita memampu melepaskan...
Yang berkilau itu harapan, jika  ia menyakitkan...
Yang suram itu indah, jika hati bersama ketenangan...
Yang kusut itu adat, jika kita berani memanjatnya...
Tiada pagi yang tak didatangi malam yang suram





Mimpi bukan sekadar mimpi.. ia boleh di lakar di realiti dan mampu di genggam.

Yang cantik sentiasa diburu dan dicari oleh setiap mata dan hati. Mataku seperti mata kamu, mengenal cantik, namun hati ku tak mengenal erti cantik. Hati aku hanya mengenal apa itu cantek, walaupun tak cantik, tapi ia cantek dan mempunyai erti bukan yang palsu.

Pen off.

Catatan di bangku kosong



22:46 p.m, serdang, 12 julai 2011;

  • Di atas bangku kayu kosong aku duduk
  • Melihat dada langit
  • Sendirian aku tersenyum
  • Nun jauh di sana
  • sayup2 si bulan di balik awan malam
  • Aku larut dalam kepekatan malam
  • Langit yang kosong
  • Tanpa bintang
  • Bagai tak lengkap
  • Hiasan dinding langit
  • Malam ini
  • Angin bertiup tenang
  • Ini yang aku cari
  • Nafas berat berlalu bersama angin
  • Meninggalkan ketenangan meredakan diri
  • Redha perlu dicari bukan dinanti
  • Yang dimiliki bukan hakiki
  • Yang dicari belum tentu pasti
  • Yang dinanti 
  • Hanya pengharapan yang xkunjung tiba
  • Kesendirian suatu yang indah
  • Kesepian satu nikmat
  • Memiliki diri sendiri
  • Adalah anugerah
  • Menyayangi tanpa disakiti
  • Tiada penantian
  • Tiada pencarian
  • Tiada harapan
  • Hanya yang ada satu ketenangan
  • Dalam satu perjalan 
  • Mencari jalan pengujung
  • Di bangku kosong aku menulis
  • Sambil melihat
  • Bingkai langit
  • Jauh sudut hatiku
  • Aku berharap
  • Aku ,mereka dan juga kau
  • Mampu tersenyum
  • Seperti si bulan
  • Walaupun sinar si bintang
  • Tiada menghias dada langit
  • Menyuramkan malam yang dingin.

 Pen off.





Hanya sebuah contengan

Aku kembali,


Satu biasan cinta aku ukirkan, biasan cinta bercerita tentang kesetian. Sebuah biasan dari cermin hati manusia, mengungkap makna perasaan hati untuk sebuah pengertian akan makna bertahan, kesabaran kejujuran dan kesetiaan. Biasan cinta ini adalah satu bingkai hidup manusia juga tentang rase hati seorang insan yang setia walaupun cinta telah pergi.

Dibalik tangis,
tersimpan senyuman..
Dibalik kegagalan,
tersimpan kekuatan..
Dibalik penderitaan,
tersimpan kebahagian..
Dibalik kekecewaan,
tersimpan pengharapan..
Dibalik rasa benci,
ada rasa sayang yang terpendam..


Kesabaran milik insan yang menanti
Air mata milik mereka yang terluka
Pengkhianatan milik mereka yang setia
Kejujuran milik mereka yang percaya
Sayang milik semua orang
CINTA milik mereka yang BERUSAHA.

Andai segala2nya bukan milik kita
Jangan bersedih
Kerana kita masih milikNYA
Sedih itu wajib!
Air mata itu wajib!
Bukan tanda kelemahan
Lambang kekuatan
Satu permulaan
Selepas kejatuhan


Kasih sayang..
Adalah mata air ganti rugi sebuah pengharapan
Ketabahan..
Adalah nyawa untuk sebuah penantian.
Cinta sejati..
Adalah hadiah bagi orang2 yang bersabar dan percaya..

Rasa kehilangan hanya akan ada, jika kau pernah merasa memilikinya...



Pen off.