Tuesday, July 12

Catatan di bangku kosong



22:46 p.m, serdang, 12 julai 2011;

  • Di atas bangku kayu kosong aku duduk
  • Melihat dada langit
  • Sendirian aku tersenyum
  • Nun jauh di sana
  • sayup2 si bulan di balik awan malam
  • Aku larut dalam kepekatan malam
  • Langit yang kosong
  • Tanpa bintang
  • Bagai tak lengkap
  • Hiasan dinding langit
  • Malam ini
  • Angin bertiup tenang
  • Ini yang aku cari
  • Nafas berat berlalu bersama angin
  • Meninggalkan ketenangan meredakan diri
  • Redha perlu dicari bukan dinanti
  • Yang dimiliki bukan hakiki
  • Yang dicari belum tentu pasti
  • Yang dinanti 
  • Hanya pengharapan yang xkunjung tiba
  • Kesendirian suatu yang indah
  • Kesepian satu nikmat
  • Memiliki diri sendiri
  • Adalah anugerah
  • Menyayangi tanpa disakiti
  • Tiada penantian
  • Tiada pencarian
  • Tiada harapan
  • Hanya yang ada satu ketenangan
  • Dalam satu perjalan 
  • Mencari jalan pengujung
  • Di bangku kosong aku menulis
  • Sambil melihat
  • Bingkai langit
  • Jauh sudut hatiku
  • Aku berharap
  • Aku ,mereka dan juga kau
  • Mampu tersenyum
  • Seperti si bulan
  • Walaupun sinar si bintang
  • Tiada menghias dada langit
  • Menyuramkan malam yang dingin.

 Pen off.





No comments:

Post a Comment