2.25
a.m/Malaysia/Friday/23.12.11
Salam….. selsema!
Aku paling benci selsema… hidung sumbat sana sini… mate mula la terkebil2.. ni
semua gara2.. kena ujan masa balik bilik petang tadi! Xpe la… janji aku dah
abis exam!!! Exam final g tu!! Adik2 aku baru nak masok study week minggu
depan, aku final dah minggu ni… hahahah… aku sebenarnya, nak menyembang @
mengumpat.. pasal seorang “kawan” ni bukan mitos dongeng… but reality life.. aku
penah cakap some time trust like “shit”, manusia… kejadiannya sangat unik, tambahan
pula di bekalkan otak yang boleh berfikir dan hati untuk menilai…
Setiap manusia,
berjalan di muka bumi ni dengan langkah mereka sendiri dan bertanggungjawab
dengan apa sahaja yang berlaku pada diri mereka. Betul?
Manusia juga boleh
membuat pilihan, apa sahaja yang boleh menjamin kehidupan mereka dan buat
mereka selesa. Betul?
Manusia juga,
xboleh terlalu bergantung hidup dengan manusia lain untuk hidup. Mereka ada
haluan dan tatacara hidup mereka yang tersendiri. Betul?
Tetapi manusia
hidup menongkah arah dengan manusia yang lain. Untuk kehadapan, bukan sendirian
mampu menakhluk arah2 tuju dengan kompas sendiri. Ada yang tiba masanya kita
bergantung bahu dengan yang lain. Dan selayaknya manusia bukan hanya
bertanggung bahu apabila menogkah arah sahaja, sepatutnya bersama2 menyusur
alur kehidupan seiringan.
Bukan ini
bermakna, selamanya melangkah bersama, tetapi ada masanya. Jangan hanya tegar
bak pepatah melayu, “budi bahasa budaya kita” jangan dikala tersepit Nampak
saja apa yang mampu digapai. Jangan kita jadi seperti si tong sampah, bila
perlu busuk pon sanggup di pegang… bila xperlu, jauh nun ku tending.. macam
manusia gak, yup! Kite ni hidup kena independent! Kena berdikari, xboleh
tunggu2 orang.. akan tetapi, manusia ni saling berhubung… disebabkan itu
wujudnya istilah kemanusian… xsalah mengemudi perahu sendiri kalau xboleh
berkongsi kapal yang besar.. namun ingat la.. “budi bahasa budaya kita” nah….
Karam perahu dilautan… kapal nan besar ini jua yang menyauk kau ke atas… xpayah
pon kalau kita berbahasa… xsemahal emas bumi.. ye lah.. kita semua nak yang
terbaik untuk diri kita, tapi jangan sampai hilang peribudaya diri. Aku
xsalahkan mereka atau sesiapa, tapi aku terkilan… macam biasa.. manusia yang
pandai mencari budi tetapi kurang fasih berbahasa… macam mana nak mengambarkan
budaya kita?
Aku xmintak,
dijaga sepanjang masa.. ye.. hidup aku milik aku. Namun ingat baik2… bukan
semua manusia yang kau jumpa seperti yang kau inginkan.. mereka boleh jadi
sebaliknya,,, perihal manusiakan.. tapi aku terasa bodoh, bile terjumpa insan2
yang pandai “berbudi bahasa” tetapi “itu bukan budaya kita” berbahasa bila
perlukan sekalung budi, ye lah.. aku hidup di kalangan mereka, meraih kepingan
hidup aku… aku terlupa nak memberitahu… ingat tak dulu, dlm post y terbaru..
aku ada kata “no sharing, no caring”.. aku silap………………… ada beberapa ayat
tertinggal… sepatutnya… “no sharing, no sharing; no caring, no caring”… baru
lengkap perpatah moden aku… bukan sebab aku marah kat sape2.. Cuma bengang,
adat manusia… perpatah dahulu hanya hiasan.. “budi bahasa budaya kita” konon…
karut! Cukup la,,, aku jumpa sorang… buat aku sedar,… jangan terlalu menjaga
diri orang lain… nanti mereka xsempat merasa menjaga diri sendiri… hahah… aku
mengarut, bila aku letih dan bengang… dan lapo… kalau terkena.. xde ucapan maaf
dari aku.. nasib badan la ya kena.. xde salah,,, xde betul.. xde nama y
tersangkut… kata permainan kehidupan.. so let play!
Sekadar pendapat,
kita xboleh tunggu orang lain untuk kita membuat keputusan untuk diri, namun
jangan kerana diri sendiri terlupa erti hidup sebahu, jangan manis berkata bila
mengharap budi yang lain. Hanya perhiasan bibir, bukan hati. Hahahha,…. Lawak,
aku kurang berminat kalau terjumpa insan2 begini. Yup!! Beza manusia sekarang
dengan manusia dahulu kala, kau single fighter… apa juga y kau usahakan untuk
diri kau! Kadang2 apalah lah manisnya istilah persaudaraan? Kawan? Hahha… hanya
sekadar satu perkataan mengambarkan orang y kita kenal bukan orang y kita tahu. Huhuhu…………
Buat kau, yang
terkena! Kalau kau marah, suka ati kau lah.. aku xkisah… aku dah lama kisah..
tp kau xkisah.. xpe.. kita trskan cara2 kita.. lagipun kini, aku atas bahu
aku.. kau dengan bahu kau.. arah dan tujuan kita mungkin sama, tetapi cara kita
berbeza. So xperlulah, nak bertatih sangatkan, sendirian berhad lagi senang,
lagi pun kau semua ada bahu2 lain yang boleh sekali berlari bersama, xrugi
kalau hilang aku. Mungkin dulu aku kisah, kini aku xkisah. Kaki sendiri,
sendiri jalan… bukan urusan aku, kalau istilah “pertolongan” di letak sebagai
sandaran, pikir2kan lah xde guna sekadar melengkap kehidupan orang yang
melobangkan kehidupan kau.
To blogger, just
ingat jangan mengharap budi orang kalau diri sendiri xmampu nak menabur budi. Bukan
harta kaya kita minta, cukup sekadar berbudi bahasa, itu perlambangan bangsa
kita. Jangan lah sibuk menongkah masa depan, sampai lupa masa dulu. Kadang2
manusia, ingat lah.. xsemua ketika kita kena dahulu, kadang2 kena dahulukan y
lain.. perkongsian dalam permainan hidup begitu, kalau sendiri mahu dahulu,
jangan salahkan yang lain kalau ada y menyakitkan. Jangan sibuk, menjaga diri
sampai lupa sekalian di sisi. Kelak tersungkur dalam ramai bangun sendiri. Sedangkan
ada saja tangan yang menghulur, tetapi xsampai atau mungkin di tarik semula
kerana falsafah diri “hidup aku, mesti bermula dengan aku”.