Saturday, September 24

wanita dari kaca mata dan hati seorang lelaki

Salam……….

aki seringkali berbicara pasal perasaan kaum perumpuan… tentang kesedihan mereka.. kehampaan mereka.. harapan mereka.. mahupun kegembiraan mereka… well how about a guy? Aki seringkali teringn sangat nak tahu.. apa yang seorang lelaki cari dalam diri seorang wanita… be fair la kan… walaupun aki sangat kecewa dengan lelaki, bukan bermaksud aki anti lelaki.. no.. no.. Cuma ada sedikit rase shame with this type of Sp. Yang tak tahu shame.. but never mind… let past be a guide, so the future will be more in line… so back to story… MAN… lelaki pon banyak sebab nk tertarik pada wanita.. sama juga seperti kita.. ni antara perkara2 yang buat si jejaka tertarik pada wanita,,, (hasil pembacaan, temubual dan pemerhatian aki!) Sekadar renungan buat kita semua...
  
Keanak-anakkan

Wanita mempunyai sifat keanak-anakan yang hadir secara semulajadi dan ia menjadi penarik pada si lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menjengkelkan tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah!

 Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yang

suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan

diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. Ia juga membuat si lelaki rasa dihargai dan dijaga. Namun awas! Jangan terlalu memuji takut si dia terlampau bangga dan menjadi riak.

 Menjaga Penampilan

 Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga

penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 5??

 Penuh Pengertian

 Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

 Pandai berbicara

 Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yg lebih

menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

 Menghormati Diri Sendiri


Suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
  
Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.


Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senanghati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Si wanita juga perlu menjaga tatatertib diri, walaupun kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru namun jangan sehingga terlupa batas pergaulan.


Kesimpulan: 

So…. Pen off… tu la antara perkara2 penting yang di titik beratkan oleh seorang lelaki… aki mampu menulis.. namun aki sendiri muskil, adakah ada antara perkara tersebut di dalam diri aki atau tidak? Entah la… dunia2…. Ni hanya sekadar pendapat dari pemerhatian mata manusia biasa… tak de kajian yang dijalankan mahupun survey form di edarkan…. Cuma 2 pasang mata yang memerhati berbekalkan satu hati dan satu akal… memerhati dunia dari mata hitam, mencari permata hati… namun penantian kekal dengan penantian…