Dari penjuru sudut meja, pena ku berkata-kata. Akan aku pahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena ku menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi aku. Aku hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena ku akan terus menari, sehingga nyawaku diambil olehNYA.
Showing posts with label kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata hati. Show all posts
Friday, November 4
Tuesday, November 1
Dari Kamar Fitrah
assalammualaikum....!
huhuhu... bosan2 aki kirai2.. harta karun atas meja kayu ni... buku tebal2.. tolak tepi... muka buku pon tolak tepi.. bohsan! kirai punya kirai... sambung balik bc si "kebun cinta". ala.. bukan novel cintan2.. ni buku motivasi pasal cinta dan cinta ilahi... peh2... xpenah2 aki ade buku2 mcm ni.. komik je y berlambak dlm almari or kotak.. tapi sejak beberapa bulan lalu tergerak membaca buku begini... sedikit sebanyak menjadi pengubat luka yang lama.. or jadi sandaran pabila hati mula celaru...
"berteduh d kebun cinta"- chapter tentang doa kasih buat kekasih.....
aki rajin nk buat summary n pandangan ak tentang topik ni... (nk menulis buku xkesampai hajat le.. awok ni bukan rajin menulis ikot format2 ni... tesis pon tungang terbalik menulis.. ni kan buku.. huuhuh). kiri kanan orang bercerita cinta.. bak kata si penulis.. cinta fitrah manusia, resmi manusia ingin berkasih sayang... namun jangan terlalu mendamba sayang kelak hanyut dalam kegelapan...
kalam allah ada berbicara dengan maksud:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ianya amat baik bagimu. boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu... " surah al-baqarah (2:216)
seperti aki sendiri.. ada rasa sayang dalam diri.. namun untuk siapa? xsalah kita menyayangi seseorang namun jangan sampai kita lupa akan diri sendiri... kitaran hidup manusia sentiasa bermusim... nah.. pabila musim hati berbunga2.. ketenangan hadir dengan rasa sayang yang menebal dalam diri.. kita baja perasaan itu dengan sebaik2nya... namun jangan terlupa akan kuasa allah... tatkala tiupan yang tenang itu berubah menjadi ribut, mampukah kita terus mengemudi kapal yang sarat dengan perasaan indah itu?? fikirkan blogger..
kalau nakhoda kemudi sendiri belum tentu kapal itu elok arah pandunya.. kalau seisi kapal tidak bijak dan bersabar maka terbaliklah ia... samalah seperti hati kita blogger.. kalau tidak petah akal berbicara dengan hati masakan akal mampu mengemudi hati yang sarat dengan perasaan itu.. lantas tersungkur martabat diri dan runtuhlah tembok perhiasan hati yang dibina.. harapkan sayang dari sebuah cinta keakhir usia namun mati ditengah jalan kerana dimamah usia cinta tak paksi...
hish2.... gile ayat2 aki... hahaha/// but serius.. aki maksudkan apa yang aki kata... hanya sedikit sandaran berdasarkan pembacaan aki... aki sendiri berharap ada seorang insan yang benar2 menerima aki seadanya dan ikhlas menjaga dan membimbing aki dan bakal anak2 aki nanti...
buat kau yang masih belum bertemu adam dan hawa mu... buat aki jua.. aki ingin berpesan...
" pupuklah cinta kalian pada al-haq. hargailah pemberian nikmat usia untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan indah daripada cinta ; iaitu memberi"
*** teruskan hidup mencari keperibadian diri.. akan ada masanya ia datang mencarimu.. ketika itu allah tahu yang kau sudah sedia untuk menerima pemberiannya yang amat2 besar.. penyeri taman syurgamu... END.
Saturday, September 24
wanita dari kaca mata dan hati seorang lelaki
Salam………..
aki seringkali
berbicara pasal perasaan kaum perumpuan… tentang kesedihan mereka.. kehampaan
mereka.. harapan mereka.. mahupun kegembiraan mereka… well how about a guy? Aki
seringkali teringn sangat nak tahu.. apa yang seorang lelaki cari dalam diri
seorang wanita… be fair la kan… walaupun aki sangat kecewa dengan lelaki, bukan
bermaksud aki anti lelaki.. no.. no.. Cuma ada sedikit rase shame with this
type of Sp. Yang tak tahu shame.. but
never mind… let past be a guide, so the future will be more in line… so back to
story… MAN… lelaki pon banyak sebab nk tertarik pada wanita.. sama juga seperti
kita.. ni antara perkara2 yang buat si jejaka tertarik pada wanita,,, (hasil
pembacaan, temubual dan pemerhatian aki!)
Sekadar
renungan buat kita semua...
Keanak-anakkan
Wanita mempunyai sifat keanak-anakan yang hadir secara
semulajadi dan ia menjadi penarik pada si lelaki. Mereka berasa terhibur dengan
keletah anda.Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan
menjengkelkan tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan
wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah!
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dgn wanita yang
suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,dipuji
dgn tulus ikhlas dan
diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki
berasa bangga. Ia juga membuat si lelaki rasa dihargai dan dijaga. Namun awas!
Jangan terlalu memuji takut si dia terlampau bangga dan menjadi riak.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar
sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,pandai
merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada
dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan
ramping walau dah punya anak 5??
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan
diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih
waktu yg tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg
kasar atau menuduh bukan2sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh
diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga
tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius
kepada perbualan yg lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan
pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran
terbuka.
Menghormati Diri Sendiri
Suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai
seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan
mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan
dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan
prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati
pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap
keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu
membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan
senanghati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak
tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai
nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana
yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Si wanita
juga perlu menjaga tatatertib diri, walaupun kita perlu menyesuaikan diri
dengan keadaan baru namun jangan sehingga terlupa batas pergaulan.
Kesimpulan:
So…. Pen off… tu la antara perkara2 penting yang
di titik beratkan oleh seorang lelaki… aki mampu menulis.. namun aki sendiri
muskil, adakah ada antara perkara tersebut di dalam diri aki atau tidak? Entah
la… dunia2…. Ni hanya sekadar pendapat dari pemerhatian mata manusia biasa… tak
de kajian yang dijalankan mahupun survey form di edarkan…. Cuma 2 pasang mata
yang memerhati berbekalkan satu hati dan satu akal… memerhati dunia dari mata
hitam, mencari permata hati… namun penantian kekal dengan penantian…
Monday, September 5
yang indah hanya hiasan kata
Cinta… tah berapa kali aki nk bersembang pasal mende ni… PEMBUNUH SENYAP NO SATU DALAM DUNIA… sah2.. mana2 je ade manusia… mesti akan terjumpa pembunuh berdarah putih dan dingin ini…
Modus operandi: Mengkipnap dan mungkin juga mencederakan mana2 hati yang kosong dan longgar. Kadang2 ia memberi keindahan dunia dan akhirat sekiranya berjumpa PEMBUNUH YANG BERHATI MIHSALI!
Jenis serangan: Mata, Sifat2 peribadi, Budi, Kecantikan, Kehemseman, Kebaikan… n bla..bla…
Musuh: Adat, Keluarga, Pesaing(ahli2 club y lain).
“C.I.N.T.A seringkali sangat indah..cinta yang tulus akan buat kita bahagia.. cemburu pula adalah racun yang terkadang mengungkap rasa tak percaya pada yang di cintai.. makanya mengenali hati sang di cinta sangat perlu dan jangan sekali2 sengaja buat hati yang di cintai itu terkecewa .. Org bilang lautan mana yang tak bergelora ..begitu la resam dlm cinta..yang penting jangan sekali2 ada niat untuk menang sendiri . maafkan dan minta la kemaafan .. Cinta itu hempedu..lukanya bagi yang di tinggal.. darahnya cumalah tangisanmu..sesalan itu adalah beban.. dan andai semuanya harus terjadi maka adakah ia sebuah takdir? Seringkali perkataan MENGAPA akan berlegar di benak masing2…”
KEJAM? ZALIM? XBERHATI PERUT? KECEWA? HAMPA? Semua sekutu mangsa2 yang terperangkap dengan PEMBUNUH INI! Salah mereka ke? Atau salah si pembunuh? Pembunuh yang membunuh mangsanya.. namun si mangsa xmati… namun sedikit merana (mungkin)..
“mungkin yang terbaik untuk kita, bukan untuk dimiliki. Tetapi hanya untuk dipinjaman”
The worse thing in life when you hidup dalam keadaan yang di atas… really hate it! Aki sendiri kadang2 terfikir.. kenapa ye… bila kite jujur.. percayakan dia.. baik dengan dia,,,, tetapi si dia tergamak mengambil kesempatan? Sedikit pun tak terdetik di hati mereka, akan rasa belas kasihan? Ya allah!!!!!!!!!!!! Kenapa manusia memiliki sifat seperti itu? Kenapa kejadian kita perlu melalui keadaan demikian? Kau! Kau yang membaca.. pernah ke kau melakukan nya? Mengkhianati org yang mempercayakan dirimu? Membohongi insan lain demi kesenangan atau kegembiraan kau? Sekiranya YA.. kenapa? Mengapa? SANGGUP KAU… calarkan anugerah yang di takdirkan oleh allah untuk kau nikmati??????
Putus asa… give up… just let go… redha.. semua ayat2 yang akan terkeluar bersama air mata si insan yang terkeliru… tersalah arah… tersilap bicara dan langkah… tersalah atur cara…. Sayang sekali adanya manusia sebegini dalam kehidupan…
Bagi aki lah, aki lebih rela xmempunyai hubungan atau mengenali orang sedimikian… biar aki hidup sendiri dari di calar… aki benci sekalian manusia sebegini serta sekutunya…
sekiranya aki si mangsa… jauh dari sudut hati aki akan berkata (jujur dr hati)…
[dengan nama ALLAH…. “usah kau berkata2 maaf dengan aku, kerana tiada maaf buat kau dari aku, pintalah maaf dari yang ESA… kerana apabila kau berkata2 JANJI dengan ku.. kau juga berkata2 JANJI denganNYA.. walaupun hatiku mati untuk memberi kemaafan.. namun nyata DIA lebih berKUASA dari aku.. namun jangan kau lupa.. ALLAH takkan mensia2kan insan yang terluka dan teraniya…”]
oppp… sori… kalau post aki ni agak membosankan, rase kekecewaan dari sebuah kisah.. buat aki menulis dan mengukir kata2 KEJAM…
“apabila si hati mati, ia bukan kerana iman nya.. tetapi kerana rasa keinsanan yang telah rapuh dan reput di dalam sanubarinya. Jangan kau pinta, aku berkata2 sebagai insan lagi.. kerana tiada lagi kata2 insan dalam diri ini setelah kau bunuh dengan kata2 harapan, namun sayangnya harapan itu hanya hiasan semata2 di hujung kata”.
madah berhelah~~ bukan....
Ting... tong... (mood lagu : Mithali cintaku-utopia)... dah lama aki xdengar lagu ni... lagu ni buat hati aki runtun a.k.a sad... serius la.. kalau korang suke sape2 jgn la buat2.. lagu tema untuk saat2 indah pertemuan korang tu.. kalau hapi ending,,, ok la,,, kalau ending yang xending macam aki... parah2...
Hahaahha... susah ke kita nak menyukai seseorang dan menyayangi mereka??? Antara suka dan sayang mana yang hadir dahulu??? Boleh ke kita menyayangi orang yang kita xsuka??
Aki keep putar2 lagu ni banyak kali.. sampai suatu ketika hati aki rasa sebak or kosong.. sedih.. ni lagu tema aki.. lagu d saat aki menyayangi orang yang aki xpernah kenal dan suka.. wujud secara tibe2,,, di saat aki betul2 perlukan orang untuk membantu aki utk bangun... huhuh kadang2 aki rasa pertemuan kami satu kesilapan.. kesilapan yang sangat besar...
Pertama kali aki benar menyayangi seorang insan yang buat hati aki pedih sangat2 bila d perlakukan begini... baru aki sedar.. bagaimana rasanye apabila sayang yang di persiakan.. cinta yang d permainkan... rasa sangat2 teruk... rasa sangat2 bodoh.. baru aki tau knp ada segelintir manusia sanggup bunuh diri sebab cinta buta mereka.. dan baru aki tahu perasaan mama aki.. bila ayah aki sia2kan kehidupan dan kasih sayang yang kami beri.
Pernah aki seketika.. aki benci KAUM LELAKI! Kejam! Xberhati perut! Semudah2nye mereka mempermainkan perasaan perempuan yang menyayangi mereka.. MURAH SANGAT KE PERASAAN KAUM HAWA INI? Sehingga boleh di lontar2 kemana2 saja?? Hahahah... antara wanita dan lelaki.. wanita lagi mudah mendermakan air mata mereka dari lelaki.. kerana jiwe mereka lebih mudah terusik.
Aki bukan menyalahkan lelaki je... time emosi xterkawal masa tu... SYAITAN pon dok terloncat2 menghasut... but reality.. ada juga wanita yang mempersiakan cinta seorang lelaki.. mcm kisah kawan aki.. sayang gilee2 kat gurlz2 ni.. tapi gurlz2 ni tau y member aki syok gile kat die.. but hati xterbukak kat member aki kot... ada y telah menyunting hati terlebih dahulu.. kesian kawan aki... bg aki la.. dia mangsa korban “ANTARA KAWAN DAN SAYANG”. Payah2...
Aki hilang kepercayaan... dan akan hilang buat satu jangka masa yang panjang.. kebodohan diri memakan jiwe... padan dengan muka sendiri.. ahhaha... mungkin ini dugaan bagi aki dan mereka yang terbabit... aki amat2 berharap insan tu boleh baca apa yang aki penah tulis kat blog ni.. namun mustahil la... aki ternanti2 kisah sebenar di sebalik drama yang diputarnya... namun seketika aki tersedar.. “ reality xseindah fantasi, namun fantasi lebih menyakitkan dari realiti”..
Huhuhuh... aki membebel apa tah malam ni. Malam raya lak tu.. ya allah.. ni lah bila hati berbunyi.. terasa luka dulu terusik kembali.. terasa benci bercampur rindu... entah la.. taip2 dalam xperia ni... terciptalah kata2 keramat yang telah tercalar...
Mungkin sayang ini milik aku
Tetapi bukan untuk kau miliki
Tetapi sayang ku untuk di hargai bukan dimiliki
Mungkin luka ini milik aku
Tetapi bukan untuk kau ubati
Tetapi lukaku kerana tajamnya hatimu
Mungkin yang indah pernah aku miliki
Tetapi bukan untuk ku kongsi
Tetapiseindah anugerah akhirnya menjerut kisah kau dan aku
Mungkin pandangan ku hanya aku
Tetapi bukan untuk kau perduli
Tetapi pandangan ini lah yang berakhir dengan sebutir permata jernih
Yang tiada berpenghuni
Laksana perahu hanyut namun xsinggah ke pelabuhan
Hakikat dari sebuah penceritaan.. lazimnya hanya untuk hiburan,,, membahagiakan jiwa2 manusia di atas kesedihan manusia lain,,, hebat nya manusia yang tercipta... mampukah kita tersenyum apabila mata bertemu permatanya,,, bibir bertemu senyumnya... hati berlagu pedih.. mampu melakar senyuman di wajah insan lain... kuatnya hati manusia..
insan2... aku merayu... rayuan aku atas dasar keperitan hati mereka... bukan pengaruh kepedihan sendiri namun dengarkan pesan aki::::
“ jangan sesekali kau sentuh hati mereka sekiranya bukan untuk kau miliki, jangan kau gegar batas kesabaran mereka sekiranya bukan untuk kau bimbing, jangan sesekali kau ungkapkan kata2 hikmah, sekiranya kau sendiri xpasti apa yang pasti.. biarkan... biarkan ia di situ menunggu masanya tiba... sama ada insan yang layak menjemputnya.. atau PEMILIK SEMUA JIWA ... menjemputnya pulang......”
********** xde kaitan ngan yang mati... semua hidup g.. saja borak2.. bermadah sikit2... kasi hati yang pilu tenang sikit.. hope aki dapat sebuah jawapan... bukan sebuah pernantian dalam satu permainan... ini bukan madah berhelah... tetapi madah berselirat dengan makna tersirat dari sebuah kisah yang tersurat.. bye!
Wednesday, August 24
Bingkai langit
Di atas bangku kosong aku duduk
Melihat dada langit
Aku tersenyum
Melihat bulan
Jauh nun di sana
Aku tengelam dalam larut malam
Langit yang kosong
Tanpa bintang
Bagai tak lengkap
Hiasan dinding langit malam ini
Angin bertiup tenang
Ini yang aku cari
Nafas berat pergi bersama angin
Mengharapkan ketenangan meredhakan diri
Redha perlu dicari bukan dinanti
Yang dimiliki bukan hakiki
Yang dicari belum tentu pasti
Yang dinanti hanya harapan
Kesendirian suatu yang indah
Kesepian satu nikmat
Memiliki diri sendiri
Menyayangi tanpa disakiti
Tiada penantian
Tiada pencarian
Tiada harapan
Hanya yang ada satu ketenangan
Di bangku kosong aku menulis
Dibingkai langit aku berharap
Aku dan mereka mampu tersenyum
Seperti si bulan
Walaupun sinar si bintang
Tiada menghias dada langit.
Pen off.
Sunday, August 14
Erti kebahagiaan yang sebenar
salam blogger, erti kebahagian yang sebenar... well2... malam ni aku sibuk mengerjakan data2 keje aku... serabut ngan masalah2 disekeliling and juga masalah jiwe aku sendiri... tup2.. sahabat lamaku di matrik.. post one video kat wall aku... "Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!" jut aku... xpenah2 die post vd kat aku... tibe2 je kan... so ak pun bukak la... rupe2nye sebuah ceramah dr DR. ASRI.. cuba korang dengar jugak...
aku dengar... aku teliti... aku berfikir...sedar xsedar... kolam di tepi mata aku yang kosong tibe2 bertakung.. dada yang terasa kosong terasa sebak... yes! aku akui aku menangis bila mendengar ayat2 nasihat yang di ungkapkan... sebak aku kerana sering kali ak terjatuh dan menyalahkan nasibku sendiri... timbul rasa tidak puas hati dalam diri... seolah2 aku adalah mangsa pada takdir dan keadaan... aku hilang sebuah kepercayaan pada yang lain... aku hilang kegembiraan dalam kedukaan.. dan aku hilang senyuman di balik air mata aku sendiri... kecewa... ye ak kecewa dengan apa yang terjadi terhadap pilihanku,,, aku terfikir, adakah aku yang silap? atau ia ditakdirkan untuk berlaku kesilapan? sememangnya aku tak mengerti, aku mahu adanya insan yang cuba mengerti dan cuba memahami. tetapi sukar mencari sesuatu yang bernilai di dalam hidup ini. mencari batu permata di balik ketulan batu-batuan,
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar? Yang ada itu sudah harapan kita, tapi insan bukan salah untuk mengharap yang belum ada tapi jangan lupa yang telah ada.. Oleh itu, wahai hati dan perasaan... dengarkan kata2 dari aku " JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA!"
Sekadar pesanan dari seorang aku:
Rasa syukur lebih tinggi daripada rasa sabar, moga ianya membawa perubahan pada kau dan aku untuk mengenal erti REDHA dgn apa yang terjadi dalam hidup ini... amin... wasalam~~~.
Saturday, August 13
Apa kata hati?
Mungkin
Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan
Yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi
seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan
Pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah
Apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga
anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan
Seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan
Yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan
Anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Just ingatan: Memiliki semua yang indah milik bersama, seindah2 kemilikan adalah milik YANG ESA.
Saat aku takut menyadari
Adakah sebuah keadaan di sini
Saat hari-hari kemarin telah kulewati
Dan takkan pernah kembali lagi…
Adakah sebuah keadaan di sini
Saat hari-hari kemarin telah kulewati
Dan takkan pernah kembali lagi…
Wednesday, August 10
Sesuatu untuk di hargai: kenangan
Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku
Hulurkan tanganmu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah
Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku
Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Dihargai
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Dihargai
Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu terindah
***** aku melilau dalam youtube cari lagu2 best.. cari feel nk mengarang la kan... tup2 terjumpa lagu ni.. Muzzy- hingga akhir nafasku. Bunyi macam lagu cinta je, aku play le... wow... ni bukan lagu cinta biasa,,, ini sebuah lagu kehidupan. Buat aku terasa sangat indah, tenang, rase macam teringat saat2 lampau. Time yang aku suka teringat... "Berikanlah aku sesuatu yang meyakinkan, Sesuatu yang takkan hilang, Yang terbaik untuk diriku, Tuk hidupku" = kenangan. Yup kenangan yang menyakinkan, yang tak akan hilang, adalah perkara yang terbaik untuk aku dan kalian. Mungkin kalian pernah alami seperti aku alami, ketika kita ada masa terluang dan tibe2 kenangan lalu muncul tibe2,,, like zaman kanak2 ke,,, zaman belajar ke,,, or anything yang buat korang tersenyum tersendiri bila terfikir. disaat kalian memikirkannya, adakah kalian merasakan satu perasaan yang hangat didalam hati kita? yang buat kita tersenyum sendiri n merasa sangat tenang. Itulah rase dari sebuah kenangan yang hadir sebagai rindu. YES! aku rindu akan kenangan aku yang lalu. walaupun banyak perkara yang mencalar hidup aku, but ada perkara yang buat ak tersenyum ketika aku dalam kelukaan. MA aku selalu kate, walaupun seberapa teruk kita dilukai jangan sesekali lupa tersenyum. kerana senyuman itulah penawar luka tanpa kita sedari. ialah menjana kekuatan buat diri.
"orang yang mampu tersenyum disaat ia terluka menunjukkan betapa tabahnya dan sabarnya insan tersebut"
aku blum sampai lagi tahap tu, still in progress... belajar memberi tanpa meminta balasan dan tersenyum apabila dilukai. sangat payah pada awalnya, namun apabila mampu memilikinya ia terasa sangat unik.. perasaan yang xpasti mcm mana nk katakan... tapi sangat tenang... ari ni member aku mintak aku belanje.. sokmo suh ak belanja, ak mintak la reason why... adalah beberapa reason y die bg... y paling aku suka " sebab ko sayang aku kan" hahha... gelak ak baca.. this guy ok. jgn fikir bukan2.. apa yang aku nk bg tau, ada jugak orang hargai diri kita. disaat kita menyayangi orang disekeliling kita, seringkali kita dilukai. namun, ada yang menghargai! bagi aku itu cukup indah, umpama sebuah ucapan "TERIMA KASIH".. mungkin kalian juga mengharapkan ada org menberi tahu korang yang mereka "SAYANG" kalian kan... samalah seperti aku... Kadang2 ucapkan "sayang" "terima kasih" kepada setiap insan yang wujud di kalangan kalian. Walaupun mereka mungkin tidak akan selalu disamping kalian, but mereka memerhati dan menjaga kalian dari jauh. Sama seperti aku....
"Menjaga hati dan menyayangi walaupun dari penjuru mata hati. Ia adalah satu keindahan bagi yang mengerti"
Monday, August 8
Untuk siapa cinta hatiku ini?
Kau aku dan mereka
Kita semua mudah tertarik pada keindahan
Seringkali jatuh hati pada ketampanan
Namun berapa ramai yang sedar akan pencipta keindahan itu?
Sedangkan Dialah yang paling indah seindah-indahnya
Sesungguhnya allah itu indah dan mencintai keindahan
Kau aku dan mereka
Kita sama-sama mudah tertarik pada kekayaan
Jatuh hati pada kemampuan kewangan
Namun sedarkah kita
Segala kekayaan itu pinjaman dari yang maha berkuasa?
Sedangkan Dialah Zat yang maha kaya
Kau aku dan mereka
Kita mudah terpikat
Pada kehebatan insan dan keagungan cinta
Jatuh hati pada kedudukan dan kehormatan
Namun sedarkah kita
Akan kehebatan dan keagungan pencipta alam?
Sedangkan dialah zat yang maha agung lagi maha tinggi
Kau aku dan mereka
Kita jua mudah tertarik
Dengan orang yang mengambil berat terhadap kita
Jatuh hati pada mereka
Yang suka memberikan
Perhatian terhadap diri
Sayang nya ia tidak kekal abadi
Walaupun kata-kata
Boleh di lafaz, namun sedarkah kita
Allah sentiasa mengambil berat
Sentiasa dekat dengan kita
Disaat kita memerlukan cahaya
Dimasa kegelapan atau dimasa terang
Kau aku dan mereka
Kita semua milik nya
Di bumi ini kita berusaha
Memiliki yang dimiliki olehNYA
Mampukah kita memiliki sesuatu
Seperti mana DIA memilikiNYA?
Menghargai satu kemilikan
Adalah satu tanggungjawab
Kerna kau telah mengambilnya dari
YANG TELAH MEMILIKINYA.
***** keep in mind blogger! :
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Monday, August 1
Aku amat2 Hampa
aku sangat2 hampa
terutama kepada insan bergelar lelaki
bukan kerana putus cinta
bukan kerana dendam
tetapi segelintir mereka
hidup menghampakan
orang yang ada disekeliling mereka
sanggup mengkhianati
satu kepercayaan
yang diberi oleh seorang kawan
mahupun seorang teman rapat
ataupun teman istimewa
sanggup mecalar
kejujuran yang diterima
demi menmiliki keseronokan diri
atau sanggup mencanar
perasaan sayang yang diberi
semata2,, untuk kegembiraan
hampa...
aku benar2 hampa
hilang aku satu kepercayaan
terhadap takdir kerana lelaki
namun aku tepis
kerna masih ada yang bergelar LELAKI
yang mencerminkan
kisah seorang LELAKI
namun
aku tetap hampa
kerana aku terjumpa
segelintir
lelaki yang menghampakan
sayang sekali
aku terpaksa mengenali kalian
sayang sekali
aku zahirkan
kehampaan aku ini
walaupun bukan semua miliki yang sama
namun aku tetap hampa...
**** bukan monolog kerana putus cinta, bukan kerana dendam.. tetapi aku hampa kerana aku wujud di kalangan mereka. memerhati dan bergaul dengan mereka. Sayang seribu kali sayang, kejujuran di hiasi kepercayaan aku berikan di palit dengan satu erti kehampaan. kenapa aku mesti wujud di kalangan mereka????? aku benci kalian! hidup penuh dengan kepura-puraan. menikam hati dengan lakonan watak pelbagai cerita. Walau kau si LELAKI bukan orang sebegitu.. namun fikirkan lah.. pernahkah kau hampakan diri orang lain demi dirimu sendiri. Renungkan ini jua wahai si gadis, kerana kau jua memiliki sifat yang sama sekiranya akalmu tak di gunakan di tempat sepatutnya. niatku bukan memalukan atau menyalahkan sesiapa, namun kerana aku si pena yang hidup dalam manusia bergelar lelaki yang sering menghampakan hidup manusia lain. aku menjadi tak faham, kenapa segelintir LELAKI yang aku kenali bukan begitu, namun kenapa ada wujudnya lelaki yang wujud dlm hidup aku dan mereka seringkali mengagalkan kesempurnaan sebuah penghargaan yang kita berikan kepada mereka. aku xmengerti, dah aku tak mahu mengerti! semua lakonan dunia, melengkapkan kitar hidup mereka. Supaya mereka mampu ketawa atas kehampaan hidup manusia lain. (mood:bad mood)
Tuesday, July 26
Untuk satu kesabaran
Salam, long time aki ilang.. ade kerja sikit kat " land below the wind" a.k.a sabah. Sempat gak aku menyesatkan diri ke kaki gunung kinabalu, walaupon aki xsempat nk g memanjat sampai puncaknye.. gara2,, mase terhad.. later la aki g shoot panjat sampai puncak la! Tie aki di ranau, aki stay kat sebuah hotel, tah ape name hotel tu.. harga semalam boleh tahan mahal la... tp xde hal, bos bayar! hahah y best room aki menghadap mt. kinabalu! best gile... sangat indah.. cantik... tenang.. tibe2 buat aki teringat tentang Xbf aki... Dia org sarawak, dah masok tahun ni ade la 5 thn kami break... die seorang y penyabar.. sangat2 penyabar.. tp jdh kami xlama.. salah aki juak.. sebab penakut bila die betul2 serius gile2...
Apa yang aki terfikir ms ni, mampukah aki mencari seorang lelaki yang jujur n penyabar? Aki sendiri bukan seorang yang penyabar. That why aki mencari org y sangat penyabar. Sampai kini aki xjumpa g, kadang2 aki ase menyesal sebab lepaskan Xaki dulu. ABANG ADIB AMSYAR ABANG GHAFAR, nama yang aki sentiasa ingat. Ada orang berkata kesabaran kunci ketenangan, aki akui ia betul. Bukan senang mencari ketenangan dalam kesabaran. Itu aki pasti, dibalik awan kinabalu.. aki terlihat seolah mt. kinabalu tersenyum seolah-olah ia berbisik melalui angin ranau:
Yang indah bukan milik kita
Yang palsu hanya seketika
Yang dimiliki hanya lah satu pinjaman
Yang dinanti hanya satu khayalan
Yang diharap kadang2 hanya mimpi
Berhenti memiliki apa yang dicari
Berhenti bermimpi apa yang dicari
Berhenti melukai apa yang dimiliki
Berhenti mencari apa yang hilang
Biarkan ia pergi mencari tempatnya
Yakin akan janji tuhan
Setiap kejadian milikNYA
Walaupun kita tak putus2 berusaha memiliki
apa yang dimilikiNYA
Ingatlah blogger
Ia hanya satu pinjaman...
Hargailah sekiranya anda berpeluang
memilikinya...
Walaupun hanya sementara.
Saturday, July 2
Antara yang kita terlupa.
Salam, seminggu ak hilang dr dunia maya.. singgah ke seberang lautan mencari sedikit ketenangan,, Di sibu ak terdampar mencari rezeki.. di sisi sungai rejang ak termenung. Mengimbau peristiwa semalam, yang telah berlalu.. dan mungkin berlalu. Mungkin kau juga pernah memikirkan apa yang ak fikirkan ketika itu.
- Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
- Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
- Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
- Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
- Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
- Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
- Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
- Yang indah hanya sementara
- Yang abadi adalah kenangan
- Yang ikhlas hanya dari hati
- Yang tulus hanya dari sanubari
- Tidak mudah mencari yang telah hilang
- Tidak mudah mengejar impian
- Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
- Karena walaupun digenggam terlepas juga
- Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
- Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
- Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
- Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
- Apalagi yang mahu diperebutkan
- Apalagi yang mahu disombongkan
- Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
- Jangan terlalu berhitung
- Jangan hanya mahu menang sendiri
- Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
- Belajarlah tiada hari tanpa kasih
- Selalu berlapang dada dan mengalah
- Hidup sentiasa ceria dan bebas
- Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
- Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
- Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan
Pen off.
Wednesday, May 18
Permata yang hilang
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
.
.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah SEKADAR keperluanmu.... Apabila sekali ia RETAK.... tentu sukar untuk kamu MENAMBALNYA SEMULA.... Akhirnya ia DIBUANG.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat
dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. TERLALU ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....
Sunday, April 17
Thursday, April 7
Karena Ku Sayang Kamu - Dygta
seandainya kau ada disini denganku
mungkin 'ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu
ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
'kan slalu kunanti
karena kusayang kamu
hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain
adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah kuterus terlena
tanpamu di sisiku
kukan selalu menantimu
Monday, March 21
Walau kemana aku pergi..
dimana aku berada..
apapun yang aku lakukan...
walau aku berdiam tanpa khabar ingatan...
Ayah dan ibu...
kalian sentiasa di hati dan doaku
sentiasa ku panjatkan untuk mu...
kerana mereka
aku berada di dunia ini dan
merekalah segalanya... sesungguhnya,,
walaupun tanpa ucapan,,,
mengertilah,,, aku teramat menyayangi mereka...
dan ingin selalu bersama mereka...
semoga ALLAH...
memberikan kesempatan untuk aku,,,
berada disamping mereka...
kerana akulah anak perantau....
Tuesday, March 15
siapa aku sebenarnya di hati kamu?
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku
Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ooh...
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku
Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ooh...
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Sunday, March 13
Andai la awok tau,,,
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
Ps: Pena petik dari notes member kat fb,,, note ini menarik perhatian pena..........
Ingin ku mencari bayangan dikau
Namun tiada bersua yang tersembunyi
Di dalam diri rasa cintamu yang abadi
Setiap detik dan tiap ketika
Tuhan mengerti yang kita mencuba
Mengapa kau masih tak peduli
Pengemis cintamu yang asing ini
Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula
Bila kubaca pintu hatimu
kesetiaan cinta terkunci padu
Seakan kau turut berbicara
Agar kebahagiaan sama dirasa
Kiranya benar oh kekasihku
Betapa lama masa berlalu
Kiranya benar suatu siksaan
Mengapa tiada penderitaan
Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula
PS:// sentiasa bermain difikiran... really mizz that moments!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)











