Alkisah sebuah family di sebuah kota besar dalam Malaysia. Seorang bapak yang baru pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut dengan baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase bapakya, si anak itu bertanya kepada bapaknya.....
Anak: Ayah... Ayah.. boleh Adam tanya satu soalan?
Anak: Ayah... Ayah.. boleh Adam tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... Nak tanya apa?
Anak: Ayah2... Berapa gaji ayah sejam di Opis?
Ayah: Hish! Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si bapak mula menengking.
Anak: Adam saja je nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di Opis?
Si anak mula merayu pada bapaknya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh... 20 ringgit…
Adam menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak kalau bagi Adam pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si bapak mula menjadi berang dan naik marah lalu berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal gaji ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya… Sudah!, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si bapak pun pergilah memandikan diri. Selepas itu si bapak duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, bapak kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si bapak mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si bapak kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Adam tunduk... tak berani dia merenung bapaknya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan..."Duit ni Adam kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Adam minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Adam tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Adam dah ada 20 ringgit… Nah... ayah ambil duit ni. Adam nak beli sejam dari masa ayah di Opis tu. Adam nak ayah balik kerja awal esok. Adam rindu sangat nak makan malam dengan ayah…" Jelas Adam tanpa memandang wajah ayahnya... Si bapak hanya terkedu memegang duit yang dihulurkan oleh anaknya…
Moral:
Just adaptasi dari kisah seorang budak dalam sebuah keluarga. Sebusy manapun kita, jangan sampai terlupa akan insan yang selalu menanti kita. Kadang2 mereka menanti dengan sabar tanpa sebarang rungutan. Keringat yang dicari mampu diperolehi bila2 masa asalkan kita berusaha. Namun saat2 yang ada bersama yang tersayang, keluarga mahupun rakan2.. tak akan mampu berulang sama seperti yang pernah berlaku.
Bayangkan lah kan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang lain gantikan kita. Tapi... Keluarga ke, rakan2 ke yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... dan merekalah jugak sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kita.. Fikirlah... Selama ni... Apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?... Untuk insan yang kita sayang?… dan untuk diri kita sendiri?... Tepuk dada.. Tanya selera…
No comments:
Post a Comment