27-9-2011,11.00 malam-
Dari penjuru sudut meja, pena ku berkata-kata. Akan aku pahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena ku menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi aku. Aku hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena ku akan terus menari, sehingga nyawaku diambil olehNYA.
Tuesday, September 27
Sebuah keikhlasan Yang terlupa
keikhlasan…
seberapa ikhlas anda dalam menjalankan
kehidupan seharian anda? Berapa ramai insan yang mampu menghargai sebuah
keikhlasan?
Aki… aki dalam usaha…. Meluputkan sebuah rasa
yang hadir dari sebuah keikhlasan. Kita seringkali mahu orang lain ikhlas
dengan kita dalam menjalankan apa2 saja urusan. Urusan kerja mahupun urusan
hakiki… sebuah keikhlasan perlu di pertaruhkan. Begitu juga dalam membentuk
sebuah perhubungan… ikhlas…. Seringkali kali aki dengar insan2 berkata2.. “saya
ikhlas…” namun sejauh mana perkataan ikhlas itu membawa maknanya yang sebenar?
Kau, aku, juga dia di sana…. Insan sering
terlupa akan keikhlasan…. Insan seringkali meracun sebuah keikhlasan….
Jadi… bagaimana harus dijaga martabat sebuah
keikhlasan? …… senyap…. Aki pun masih mencari. Aki tak tau macam mana nak
melindunginya… aki hanya tahu macam mana memberinya…. Dengan kecil harapan… agar
insan yang menerima mampu menghargainya… namun seringkali terhampa… penghargaan
dari sebuah keikhlasan seringkali di sia2kan….
“ Keikhlasan itu umpama seekor semut
hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat pekat. Ianya wujud tetapi amat
sukar untuk dilihat”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat dengan baik berlandaskan kenyataan.
ReplyDelete