10.30 p.m/Malaysia/5-12-2011/isnin:
Sudah hari ke lima
kita semua dalam bulan December, bila December menyapa bermakna kita di hujung perubahan masa. Tidak lama lagi kita akan
mengucapkan selamat tinggal 2011 dan membuka tapak tangan menyahut 2012. Tahun
baru mean azam baru? Huh… aki hanya pasang 3 azam yang aki wajib dapatkan dalam
tahun ni, pertama menamatkan pengajian aki, kedua membina TERATAK USANG yang
luput kerana dendam, ketiga menyambung pengajian. Alhamdunillah…… apa yang aki
azamkan telah aki dapat, yang lebih bermakna apabila apa yang aki xpernah
fikirkan aki berpeluang memiliki. Ada orang
berkata:
“kadang2 allah tak
memberi apa yang kita mahu dan apa yang kita pinta walaupun betapa kerap kita
berdoa, namun di beriNYA apa yang kita perlu untuk meneruskan kehidupan”
Kadang2 aki
terfikir kalau apa yang kita, mohon tak di terima kenapa kita perlu memohon
sedangkan DIA mengetahui apa yang terbaik pada kita. Kadang2 aki terfikir juga,
tak layak kah kita memiliki pemberianNYA? Worst come to worst xde jawapan yang
nyata, namun sejak dua menjak ni aki terfikir semua persoalan itu. Jauh sudah
aki melangkah, apa yang aki harapkan aki xperolehi. Namun apa yang aki harapkan
suatu masa dahulu aki perolehi. As contoh, perihal diri aki.
Suatu ketika, Aki menyayangi
seseorang lelaki, namun aki sendiri tak tahu sama ada dia menyanyangi aki
seperti mana aki atau tidak. Sikapnya seumpama memberi harapan yang tak
berpenghujung kepada aki, But di saat aki perlukan seorang lelaki, mungkin
kerana keinginan berpasangan seperti yang lain, namun entah la.. aki berdoa
semoga aki dapat pertunjuk, namun kabur. Aki tetap xpasti, aki menunggu, sebab
ketika itu aki percaya sekirannya kita sabar insyallah tuhan xakan sia2kan
usaha umatnya, namun sampai satu masa
aki tewas. Aki mula benci dengan harapan. Sejujurnya aki xpercaya pada harapan,
macam aki pernah kata dahulu. Harapan boleh jadi benar, boleh jadi palsu. Sejak
dari peristiwa itu, aki xpercaya lagi pada harapan.
Keluarga…
Suatu masa dahulu
ada antara insan2 dalam keluarga ini melempar aki jauh dari mereka, kini aki
menjadi rujukan mereka. Mungkin kini
mereka baru sedar yang aki bukan budak hingusan seperti dahulu, atau baru kini
mereka mula tahu rasa menghormati orang yang hampir sama taraf dengan mereka? Rasa
lawak pon ada, parut dahulu masih ada lagi, kini mereka datang membawa madu? Sedikit
sebanyak aki sedar, mungkin ini pertunjuk tuhan. Tak akan didatangi masalah tanpa
penyelesaiannya, xakan datang kepahitan hidup tanpa madu penawarnya. Mungkin kini
ada yang memerlukan aki lebih daripada apa yang aki perlukan. I’m not say I’m hate
my family, but it really pain memory to remember. Kisah lama menjadikan aki,
sangat2 sayang akan setiap insan yang aki kenal dan takut untuk memilih.
Mungkin aki masih mentah untuk meminta anugerah
ilahi, but aki cuba menjadi kuat! Cuba melupakan segala kenikmatan yang
sementara. Nama pun sementara, namun cukup meninggalkan parut yang baru. Rindu?
Kadang2 aki rindu dengan sesetengah masa yang lepas, macam mana kita nak
menyimpan rindu? Macam mana kita nak membuang rindu? Kenapa kita perlu rindu? Aki
masih tak jumpa akan jawapannya. Aki tak meminta rindu, kenapa ilahi memberi rasa
rindu ini pada aki? Kalian juga pernah merasa rindu bukan, kenapa mesti kita ada
perasaan itu? Kerana sayang? Sekiranya ia. Kenapa rindu itu kadang2 datang
dengan air mata? Kenapa ia menyapa pintu hati yang xmemerlukannya? Aki masih
tak pasti akan jawapannya. Dalam BI merindu adalah missing, dalam erti kata
lain, missing adalah hilang, adakah ketika kehilangan baru kita akan merindu? Aki
xda jawapannya lagi, Cuma aki ada segumat persoalan.
Namun apa yang aki belajar
dan ingin aki kongsikan, sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan.
Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita
menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa
berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.
Every new beginning come from some other end
No comments:
Post a Comment