Monday, January 30

station kehidupan

Putus cinta samakah dengan patah hati? Kalau xsempat nak bercinta adakah ia di kire putus cinta? Or ia adalah patah hati? Erm…(aku tersenyum).. well… aku dah lama jugak xmenarah kat dlm blog ni.. sibuk dengan program sendiri.. dengan pengisian hidup yang sentiasa dalam pencarian… dikala aku melintas alam ini aku terselak kisah mereka… kisah cinta mereka.. ak singgah memerhati… kisah yang sentiasa menjerat hati yang melihatnya… perbagai warna aku melihat.. di setiap perhentian.. yang aku singgah… ada rasa cian dalam hati… ada rasa sabar untuk di ungkapkan.. namun mungkin ia jauh untuk di dengari… ada pencarian yang tidak lengkap menjumpai titik terakhirnya.. dan luput dalam situasi lalu,,, erm… aku hanya membuat summary.. maaf sekiranya ia merupakan kisah kau.. ia hanya sekadar pra ayat menyimpan di dalam pemerhatian aku…

First station:

“y aku boleh buat masa ni sabar dan redha je la.. bagi masa untuk masing2 memahami keadaan masing2,, dugaan dia kuat,, tapi aku xleh nak paksa2 org.. aku jugak ada kelemahan.. entah la beb.. ak xtau nk wat mcm ne dah..”

“bahagia itu terletak pada hati bukan pada ikatan. kesendirian juga bukan suatu dosa. malah kita akan nampak ia satu peluang lagi untuk melihat kekuranagan diri, memperbaiki dan menghalusinya. kadang-kadang kita perlu melalui kepahitan untuk mencari kebahagian dalam hidup.”

Ayat pujangga yang aku suka dengar... dalam hubungan ada ribut jugak... tak semestinya bila kita memiliki seseorang atau apa2 benda secara sah atau xsah.. kita kena belajar menghargainya sebaik mungkin... orang selalu berkata.. 

”jangan jadi macam bola.. kejar bagai nak gile.. dah dapat sepak jauh2...”

Ada setengah insan.. rasa sayang ada.. tapi tau macam mana nk bentuk.. tak tau macam mana nak jaga.. bagi aku la.. istilah ”menerima seadaanya” kadang2 xleh pakai sekarang.. dunia sekarang bukan dunia 60an.. istilah persefahaman.. tolak ansur.. memperbaiki diri perlu ada dlm diri sebelum nk bentuk sebarang perhubungan.. kekurangan diri merupakan tembok dalam membina hubungan but try to fix it.. try to make it more better than b4.. ”menerima seadanya dalam usaha memperbaiki harus” bukan hanya ”menerima seadanya seperti adanya tanpa berbuat apa2”.


Boy2... untuk kalian.. wanita hatinya lembut... mereka mudah tersentuh.. mereka bukan kaca,, hanya kelihatan cantik.. yang teguh namun mudah pecah apabila terjatuh.. mereka seperti air.. tenang... walau mereka dikocak.. mereka akan kembali seperti sediakala.. jiwe yang tenang itu... mampu memiliki... ketenangan jiwe yang lain.. namun jangan di salah gunakan ketenangan itu.. sekirenya ribut melanda... ia mampu merempuh semua tembok y teguh berdiri.. istimewanya kejadian wanita.. cantik untuk dilihat.. untuk dimiliki dan untuk jaga.. agar ia mampu menjaga taman hati anugerah ilahi...

Gurl2.. walaupun kalian istimewa.. namun kalian perlu sedar.. lelaki mempunyai hati y gentar,, hati y mampu mendamaikan gelora d hatimu.. wujudnya kita atas wujudnya mereka.. mereka seringkali mengharapkan pengertian dari kita.. seberapa benar pengertian yang di harapkan.. kita xtau.. sebagai gurl2.. naluri kita kuat.. kadang2 naluri itu hanya mainan kerana kita di persimpangan tanpa arah.. lelaki yang betah mampu memberi arah dan berjalan bersama mencari janji y hilang.. mereka sanggup berjuang memiliki sesuatu y memiliki hati mereka.. tersadainya mereka apabila pencarian xsampai ke garisan penghujung.. ia bergantung sama ada gigihnya mereka cuba mengekalkan usaha mereka atau hanya satu pencarian untuk mematangkan diri..

Second station:

”aku sayang dia.. dia cukup package... baik.. lembut.. segala cukuplah katakan.. aku berani jamin la.. lelaki sanggup beratur untuk dapatkan dia... aku xputus2 berusaha,, aku hanya nak kan jawapan je dr dia.. selagi dia xbg jawapan dengan mulut dia.. aku xakan berhenti berharap.. ak btl2 sayang kat dia..”

Tiada pagi yang terang yang tidak di datangi malam yang suram
Kadang-kadang kita tak mampu menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Walaupun kita mampu merancang masa hadapan. Namun setiap masa yang hadir akan mengubah  segala yang kita rancang. Suka atau tidak ia tetap berlaku. Oleh itu setiap detik kita kena sentiasa bersedia dengan serangan yang tidak di duga. Walaupun ia menyakitkan namun ia perkara yang paling berharga,. Amat sakit bila melepaskan orang yang kita baru mahupun yang kita sedang dan sangat sayangi.  Tapi berbaloikah kita menipu serta menyakitkan hati kita demi orang kita sayang? Mungkin ada yang bersuara berkata ya ia berbaloi kerana aku amat menyayangi nya. Kerana kesakitan itu adalah nikmat dari perasaan sayang.

Tapi bagi aku, aku tak mampu. Disakiti demi menyayangi, kerana aku menyayangi untuk disayangi. Hadir aku dalam hidup nya untuk melengkapkan serta berjuang bersamanya di setiap saat aku masih bernafas. Walau aku bukan seorang yang sempurna namun aku berusaha untuk melengkapkan ruang-ruang ksong dalam dirinya. Mugkin ada yang ada yang lebih baik dari ku.. namun aku tetap hadir melengkapkannya. Andai kata aku bukan untuknya.. bebaskan aku dari dirinya.. semoga aku mampu kembali berjalan mencari hidup serta bahagiaku. Mungkin bermasa ia mungkin muncul, namun aku rela menunggu. Cuma yang aku harapkan,,, janganlah kau beri sedikit pun harapan kepada diri ini kerana harapan yang di beri itu hanyalah satu yang tidak pasti dan bukan milikku.

Final station:
Home sweet home- ak pyh nk memberi jalan penyelesaian... hanya yang ak mampu kata...

Hidup tidak selalu indah
Langit tidak selalu cerah
Suram malam tidak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput yang lemah-lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
tak terusik dilanda badai

 

Kita sering mahukan hari yang cerah. Tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering menginginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan. Tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan. Kita sering menginginkan ketenangan. Hakikatnya diri penuh dengan dosa dan kejahatan. Tetapi manusia tidak dapat lari daripada kesilapan. Semua itu bukanlah suatu hukuman. Tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman.

ingatan bersama:


Dibalik kesulitan itu ada kemudahan, esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati.

No comments:

Post a Comment