Tuesday, July 26

Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia!! part 3


  
********* Semasa Dahlia Eleen sedang berjalan sendirian di kantin, aku cepat-cepat berlari ke arahnya dan menjerit namanya. “Lia! Lia!” Dahlia Eleena terperanjat lalu pusing ke belakang. “La..kau Naim. Aku ingatkan orang gila manalah tadi yang menjerit-jerit nama aku ni... Haha. Apa mimpi kau ni tiba-tiba je cari aku ni?” Aku bernafas macam tak cukup oxygen dah, punya laju aku lari nak kejar minah ni. “ aku nak Tanya kau ni, kau kawan dengan budak perempuan yang baru masuk tu kan?” Lia mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis padaku lalu berkata, “Yup, apasal kau tanya? Nak berkenalanlah tu. Mende la kau ni, perangai tak berubah2,  Apalah nak jadi dah. Jangan haraplah kawan aku tu nak dekat kau kalau dengan perangai ‘playboy’ kau tu,  sedarlah. Dia tu bukan perempuan-perempuan ‘taste’ kau pon. Toksahlah kau nak menyibuk! Dia tak minat laki perangai macam kau. Lagi satu, dia tu kawan aku, kalau kau nak buat main2 g cari orang lain. Kalau tak naya muka kau aku lanyak nanti!.”

Aku selamba menjawab, “Garangnye kau ni, patut lah. Xde laki berani dekat ngan kau. Aku dah berubahlah. Aku nak tanya kau! Pernah ke dalam dua minggu ni kau nampak aku keluar makan dekat café dengan perempuan-perempuan tu?” Lia menggelengkan kepalan je kerana itulah kebenarannya. Aku menyambung lagi, “Tau pun. Kalau kau nak tahu, budak perempuan baru tu lah yang ada semua ‘taste’ yang aku nak. Dialah satu-satunya gadis idaman pilihan hati aku. Haha. Tolonglah aku ya. Siapa nama dia? Aku dah cuba banyak kali tapi tak dapat-dapat.

 Tolonglah.” Lia hanya tersenyum sambil berkata padaku, “Telinga aku ni salah dengar ke? Si Putri Eleeyana Natasha tu  ciri-ciri wanita idaman lelaki ‘playboy’ macam kau ni? Haha. Kau jangan buat lawak boleh tak? Dia tu lain ok! Dia tak sama! Untuk pengetahuan kau, ‘playboy’ hanya layak berpasangan dengan ‘playgirl’ sajalah. Lupakanlah niat kau nak dekat dengan Putri tu. Dia tu jenis happy go lucky kadang2.. kadang2 pendiam, baik hati, penyabar, tak sesuai langsung ngan kau, dia tu sesuai ngan orang yang biasa2 je, bukan orang HEMSEM a.k.a ‘playboy’ mcm kau tu.” Aku tersenyum sedikit kerana kini, aku sudah pun tahu siapa nama si dia yang mengganggu hatiku. Haha. “Yang kau marah sangat ngan aku ni pasal? Kau boleh cakap apa2 sajalah Lia. Aku tak kisah. Yang penting, nama dia aku dah tau. Kalau ada apa-apa lagi nanti, aku akan minta pertolongan kau. Boleh kan? Hehe. Cuma, peringatan bagi kau. I’M NOT A  PLAYBOY ANYMORE OK! Understand? Assalamualaikum!” Aku terus pergi dari situ dengan satu senyuman. Aku langsung tak ambil hati dari kata-kata Lia tadi kerana aku berasa gembira dengan jawapannya tadi. Silap aku jugak dulu wat perangai macam2... tapi lantak la. Janji aku ada misi baru.. heheh... 

Gadis idaman kalbuku, kini aku sudah tahu namamu. Putri Eleeyana Natasha. Sangat panjang namanya.. Buat aku terpingga2... Hati aku seperti terusik,  Aku akan cuba memikat pemilik nama itu untuk menjadi permaisuri hidupku... InsyaAllah....************ bersambung....

No comments:

Post a Comment