Sunday, February 26

Usang diri tanpa cinta


Usang diri tanpa cinta?

27/2/2012-isnin-2.25 a.m-malaysia-

Salam blogger… lama aki meninggalkan teratak usang, hanya sekali dua lalu di sini melihat siapa y sudi singgah d rumah usang aki ni. Aki seminggu hilang meninggalkan Malaysia ke Negara jiran, Indonesia… lebih jitu aki singgah ke universitas sumedra utara d Bandar medan sebelum bergerak ke danau toba. Melihat tempat orang mengajar aki erti perngorbanan dan perngertian yang amat mendalam. Betapa bersyukurnya aki di lahirkan menjadi anak Malaysia, betapa aki bersyukur dengan kepimpinan pemerintah kita dalam mengekalkan keindahan dan keselesaan serta membangunkan Negara ini d mata dunia. Nantilah aki akan mengupas cerita “langkah2 longlai aku di medan”.

 Hari ini aki ingin berbicara tentang cinta dan diri kita. Sebaik aki pulang dari medan, aki di landa beberapa dilema dan masalah y xd undang, ye lah sape suka masalah kan… tapi aki dalam proses membiasakan diri dengan “reda” dan “sabar” walau ia hanya mudah untuk d utarakan namun agak payah utk d zahirkan. Aki jua mempunya baucar buku 200 rm.. buku y akin k beli xde pulak, out of stok… last2 aki beli buku tah ape2… tp bukan novel la,, ak beli buku DR. HM TUAH, aki suka beli buku terbitan beliau… serasanya aki ada 4 buah buku karangan beliau.. pengisian y sesuai untuk diri aki… kadang2 ia membuat aki terfikir dan idea menulis…. Aki tertarik dengan pengisian membina rasa cinta.

Suatu ketika, dua orang teman aki (lelaki) bertanya pada aki sewaktu kami menunggu bus upm  y tibe2 rosak d lapangan terbang peneng… “ aku stress!! Aku dah nk hbs stdy.. tp ak xde awek! Mcm mana ni??!!! Aku xlaku ke??” hahahha… relax la beb…  aki ni dh hbs stdy dah, xde boyfriend gak…  ke aki pon tak laku? Hahha “relax la,,, ala.. pasal ko nk awek?? Keje dulu.. kasi poket ada isi… nanti dapat awek pinang terus.. hahah”  “ jeloz la aku tengok diorang tu ada couple… ak ni x de org nk… ak nak gurl baik ati… sabar… pandai masak… bla.. bla.. bla…” “fine2… insyallah ada rezeki adalah jodoh ang, ak pon relax je xde sape2 gak…” “ ko lain.. skandal ramai…” “otak mu! Skandal2 xmain ar…. Xbaik min2kan hati org.. kalau serius buat cara serius.. kalau setakat nk main2.. rentikan je la…” “ rex la.. emo lak.. cer ko cite ngan ak, cinta tu ape? Time bila kita tau y kita ni dah jatuh cinta? Macam mn kita tau org tu y kita cinta?” …………………………….. tu dia… seorang lelaki menanyakan erti cinta pada aki! Kan bagi bahasa sastera dia xfaham… bagi bahasa mudah xcukup faham pulak, adoi susah betul budak pala mesin2 ni… dulu2… aki dah kata kalau mengikut teori sastera aki bila berbicara pasal cinta… ----  > …………………………………. (dalam post ni, aki dah kabo sekali. Malas nk ulang.. )

Cinta? Kalau secara kasar.. aki katakan cinta satu proses.. ada y mengatakan cinta itu tanda sayang y mendalam pada insan. Ye betul… aki katakan ia satu proses kerana ia merupakan fasa2 persedian dalam membentuk satu garisan yang panjang dari dua titik yang berbeza. Cinta bukan sesuatu yang kita tahu kenapa ia datang, “ia datang tanpa dijemput, dan kadang2 ia pergi tanpa kita sedari”

“bagaimana rasa dalam bercinta? Bagaimana kita tahu kita mencintai seseorang?” payah2… aki sendiri payah nak kasi baying mcm ne ropenye.  Macam mana rasa bercinta, tak ada siapa boleh bagi tahu sebenarnya kecuali kalian sendiri alami. Apa y aki boleh katakan, ia merupakan satu perasaan yang asing. Ia seolah2 menjadikan kehidupan kalian indah sekiranya di pandu ke arah y terang, namun akan suram sekiranya kemudi d lautan bergelora . 

Wanita… ini pesanan aki pada kalian, andai kata kalian masih tercari2 cinta hati.. ingatlah, nilai hati kalian tentu merujuk pada harga diri yang sanggup d bayar oleh seseorang lelaki dengan harga kejujuran. Jangan menjadi kelkatu yang menerjah api, namun biarlah menjadi rama2 dengan sayapnya yang terang dan indah. Wanita harga diri kita hanya kita yang menentukan. Sekiranya si lelaki itu bersungguh ingin memilikimu, dia akan berusaha memilikimu . apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tak tahu menilai harga dirimu. Biarlah terlewat menanti cintamu, dari tersilap memilih pemimpin hati.

Buat kalian boys or gurls, yang masih menanti… kalian sama seperti aki. Menanti penyeri syurga datang menjemput kita sebelum allah datang mengambil kita. Selalu panjatkan doa pada allah.. kerana DIA lah pemilik sekalian jiwe, DIA jugalah yang tahu mana yang terbaik untuk setiap antara kita. Jangan putus2 berdoa padaNYA selepas solat. Kerna ALLAH sentiasa mendengar, tiada yang lebih memahami diri umatNYA selain DIA.  Kadang2 kita selalu tersilap, selalu mengeluh pabila bahagia yang d kecapi xsampai ke penghujung jalan. Ketahuilah…. Setiap kebahagian akan datang dengan masalah. Semua pasti ada baik buruknya, lumrah kita sebagai manusia ciptaan tuhan.

Kalau ada y bertanya…” kepada siapa hati ini patut d berikan?” ia sebuah epilog cinta antara dua insan yang saling memerlukan. Hati ini milik kita insan, kita sanggup memberikan hati kita pada insan lain kerna mereka sanggup memindahkan hati mereka pada kita… subhanallah.. indahnya perkongsian yang d ciptakan oleh ilahi tuan2.. puan2… mendamaikan setiap hati y menerimanya.

Erm,,, g tulah sembang2 kosong aki sementara menunggu uncle2 bus aki siap repair enjin bus tu… hargailah orang yang ikhlas menyayangi diri anda… terima mereka seadanya kerna aki yakin kita saling melengkapi namun ingatlah jangan rabun mata dan buta hati kerana perasaan sayang yang tak berarah, setiap dari anda berhak memiliki y terbaik.. kerna perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Namun takdir allah, kita tak mengetahui… aturanya sangat sempurna. Kerna DIA tahu apa yang terbaik untuk kita… sabarlah teman2 ku… insyallah jodohmu akan datang padamu.. sebaik2nya jodoh diusahakan diiringi dengan doa kemudian tawakal. Sebaik2 jodoh di ukur pada agamanya.

“Dan ingatlah…. Sayang, suka dan cinta adalah benda yang berbeza… kadang2 yang kita sayang or suka belum tentu kita cinta, namun yang kita cinta itulah yang kita sayang dan suka.”

Wasallam…………





No comments:

Post a Comment