Friday, July 29

sekadar hiasan atau untuk memiliki?

pagi2,,, jalan2 dalam youtube,,, tup2 terjumpa satu video ni...


 teringat kisah lalu,,, seorang manusia,,, kisah yang sama,,, cuma berlainan jiwa,,, tersentuh sedikit hati ini,,, terasa denyutan kesakitan lalu,,, aki share video tu di teratak.. semoga ia menjadi satu memory dalam perjalanan aki,,, jua menjadi pedoman setiap yang singgah bahawa jangan lah sesekali kau mengusik hati manusia lain sekiranya bukan untuk kau miliki. kerana hati mereka milik yang BERKUASA... Ia hanya pinjaman kepada pemilik jiwa. Sekali kau cuba menyentuhnya samalah seperti kau membuat satu percubaan untuk membuat satu pinjaman drNYA. Andai pinjaman yang ingin kau lakukan hanya untuk satu perhiasan dalam satu persinggahan dalam hidupmu, usahlah kau buat begitu. Jiwa yang ingin kau pinjam bukan milikmu, ia milik orang lain. Jiwa yang tenang untuk jiwa yang sabar. Bukan untuk satu permainan dalam satu perjalanan hidup. Persiapkan dirimu sebelum kau berani menjemput mana2 jiwa yang dimilikiNYA. kerna pabila kau mula menjemputnya, ia akan berdoa untukmu dan DIA juak akan berdoa untuk kalian. Sayang sekiranya ia hanya dipinjam untuk dijadikan hiasan, sedangkan ia dijadikan untuk satu perisai dan pelengkap kepada sebuah taman. Ini hanya satu peringatan kepada yang sudi singgah membaca:

" hiasan yang paling mahal dalam kehidupan ini adalah yang hanya boleh dipinjam untuk seketika namun kita mampu merasakan seolah2 kita memiliki untuk selamanya tanpa perlu dikongsi, walau pada hakikatnya ia hanyalah semata satu pinjaman dan ia tetap milik yang BERKUASA."

No comments:

Post a Comment