Saturday, May 7

mak bedah..


cantik... like ma like me,,, lov u always 4 ever ma,,,

Dairi hati lelaki

ade pelbagai cerita tentang hati seorang perempuan,,, bagaimana pula hati seorang lelaki? mereka juga unik,,, seperti hati seorang wanita,,, wanita dijadikan dengan keistimewaan,,, 


- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Thursday, May 5

kasih yang pergi,,,,


Senja berlalu pergi
Malam mengundang mimpi
Hari silih berganti
Merantai mencengkam diri

Kasih antara kita
Hambar disalut duka
Dalam kalut asmara
Kau hilang entah di mana...

Indah lembut bicara
Kelam di telan dusta
Kasih tertutup sudah
Terpahat sejarah cinta
Kau dan aku...

Bisa bagai selumbar
Rindu kasih tercalar
Biarpun datang dan pergi
Peritnya jiwa merana...

Diperhamba cinta setia
Yang dibenami lumpur kecewa
Andainya ini jalan penyudah
Ku relakan perpisahan...


Simpan kenangan lama
Terjalin antara kita
Tiada lagi cinta yang suci
Yang tinggal hanya memori...
Kasih kita...



~~~~~~~~~~~~~~~ semuanya satu kesilapan~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, May 4

60 Petua Mendapatkan Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


*********** persoalan di minta siapa aku sebenarnya di hati kamu???*******************

Monday, May 2

Sayang Bukan Rahsia

Bukan cerita ak, tapi cerita seorang sahabat di fb... buat ak terfikir panjang tentang diri sendiri,,, di kiri kanan orang berbicara tentang cinta,,, di manakah cinta ak sekarang? adakah dia juga berfikiran seperti sahabat ini? sedih ak baca kisah die,,,, dan menjadikan ak takut,,, takut sekiranya ia benar2 berlaku pada diri ak,,,, 


Ini kisah benar. Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.   Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)  


Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....   Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha....


Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!   Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!


  Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..   Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai).


Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.   Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni.


Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.   Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.   Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.


  Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.   Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.   "Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"   Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.   "Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"   Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu.


Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.   "Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."   Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak.


Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.   "Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."   E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.   "Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"   "Salam. Isteri?"   "Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"  


Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?   "Hello?"   "Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"   Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.   "Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"   Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.  


Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki,  memang lelaki tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita

Thursday, April 28

pulanglah- awi rafael



Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada


Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan


Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung


Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu