Monday, October 31

Lagu Tunjukkan Aku - Boneca

mood malam yang dingin.. sebuah lagu dihujung bibir...

Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?

Oh...

*Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?

Tunjukkan aku
Tunjukkan aku

Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu

Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu

Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?

Tuhan, tunjukkan ak...  
 
 
 

dairi semalam

31-10-2011/1200 p.m (malaysia)-
 - salam... selamat malam... p4250.. sunyi sepi... yang ada hanya aki sendiri... lama jugak meninggalkan ruangan teratak usang,,, entah kenapa terasa kosong melihat teratak aki sendiri...  dah berkepuk aki sepi dari teratak... hilang dalam keramaian manusia... tengelam dalam debu berkaca... hidup2... pelbagai dugaan, melanda... segulung ijazah sudah selamat dalam gengaman... ha.ha.ha....

30-10-2011/2.30a.m (malaysia)
- aki duduk di hadapan meja kayu, melihat buku2 yang tersusun.. lalu aki menarik si buku berlambang hati. "berteduh di kebun cinta- Rezza khanafiah, buku bukan si novel cinta.. hanya sebuah buku penuh dengan kata2 cinta bersempadan.. aki membaca.. ----> 103 page.. stop. pelbagai cerita nasihat berkenaan hati d dalamnya, seperti teratak usang... aki suka satu chapter dalam buku ini, "kemudi cinta"- sedikit petikan  

" hidup adalah seni, seni dapat dipelajari dan ditekuni. belajarlah dari alam terbentang luas di hadapan kalian. musibah datang adalah untuh dimuhasabah. ketahuilah itulah tanda kasih dan cinta ilahi kepada kita, sabar adalah aset utama. 

".... ia buat aki tersedar lagi... adakalanya, cinta yang kita harapkan bukan pilihanNYA, dikala itu kita diuji.. kata hati ini buat kau yang membaca:

"jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. jangan bermain api, kalau sudah tahu sifatnya membakar. usahlah melakar cinta suci kerana hanya ingin mengusutkan cita-cita. tinggalkan cinta palsu ini, kalau sudah tahu mudharatnya lebih banyak dari manfaatnya" 


29-102011/1746 p.m (malaysia)
- aki menyelak2 halaman muka buku... tertarik pada satu group himpunan quotes













28-10-2011/0324 a.m (malaysia)
- Cuti... cuti.. pulang ke kampong halaman.. erm... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. pepatah melayu.. lambang tanggungjawab yang perlu digalas demi melunaskan sesebuah kewajipan... begitu juga aki.. waris terakhir... segalanya di bahu... segalanya perlu di pikul... ke hulu.. ke hilir... entah la... bersyukur? atau sebaliknya? aki sendiri tak pasti.. aki mahu hidup seperti mereka... sekadar bersederhana... hidup dengan penuh makna.. harta? pangkat? kekayaan? nama? semua hanya permainan dunia... prasyarat untuk hidup dalam manusia yang sibuk... bukan itu yang aki cari.. hilang nyawa kerena hasat dengki.. hilang nikmat hidup kerana kianat..

" ya allah... lindungilah keluarga aki... berikan kami hidayah dalam menempuhi dugaan mu ini... andai tiba masa kau menjemput aku... jangan kau biarkan saudara2ku terpesong akidahnya kerana dendam dan tamak, kerana mereka adalah saudara seagama denganku dan keturunan kami adalah satu... bukakan lah pintu hati mereka untuk bertaubat padamu... amin..."



18-10-2011/0000 a.m (malaysia)
- Di hari yang lalu, aki termenung di tepi tangga dewan menara gading... melihat mereka di hadapan sana,, mereka ketawa.. mereka menangis.. si ayah dan ibu menangis d saat nama anak nya di panggil di atas pentas... sejambak bunga ross digenggam oleh si ibu... menanti anaknya berjubah dan bertopi empat segi keluar dari muka dewan dengan senyuman bersama sebuah buku plastik merah... si ayah termenung sambil tersenyum, menyapu titisan mutiara dari hujung mata... dalam hatinya mungkin berkata.
" alhamdunillah.. itu anak aku.. tersenyum di atas keringatku... alhamdunillah.. anak aku berjaya dalam citanya"

sayu.. sayu.. itu bukan monolog aki sendiri, tetapi cerita kisah seorang kawan...  aki?? hanya seorang ibu dan seorang adik mengiringi aki naik dengan sebuah senyuman dan sebuah ungkapan syukur... "alhamdunillah... pandai anak aku," itulah kata2 dari ibu aki... ketika aki mengantar ibu aki pulang, ada jiran2 bertanya pada ibu..

" dah, kau g mn semalam? sape tu ?" ibu aki menjawab " dah g tengok anak dah konvo, die pakai jubah siap topi empat segi atas pale.. amboi... cantik dah tengok anak dah kak.. biarlah dah ni comot, selekeh.. anak2 dah pandai2.. lawa2.. ala hai anak omak..."

lucu aki dengar kerenah ibu aki.. tapi ibu tersenyum... aki pon tersenyum... kini perjuangan aki bakal teruskan... 2 tahun jadi sandaran.. segulung ijazah lain perlu d buru... insyallah... berkat doa si ibu tua.. dan keluarga... aki akan ke pentas itu lagi...


********** untukkerjaotakkitabersama:

A flower is sometimes blooming and sometimes withering. A tree is at times nude and at timed clothed. Just like me..



Saturday, October 15

apabila si lara pulang ke hati..

Arahan: buat ayat dari 3 ayat2 di bawah.
- apabila hati kering menjadi pasir air hujan dah xberguna lagi. 
- silence is a girl loudest cry you know she's really hurt when her ignore you. 
- Don't try to be someone you're not, wait for the guy who like you for you. you were born an original don't die a copy.
**** when you try to forget the one, they will always came back to track you... sometime it will pain... sometime it sweet.. namun apabila hati kering menjadi pasir air hujan dah xberguna lagi.wanita dicipta pemilik air mata. air matanya bukan sekadar saja, namun air matanya penuh dengan kata2... sampai satu ketika dia diam,,,silence is a girl loudest cry you know she's really hurt when her ignore you... buat kau si wanita... untuk aku juga,,, dengar baik2,..
"Don't try to be someone you're not, wait for the guy who like you for you. you were born an original don't die a copy"

Tuesday, October 11

Siapakah itu?




Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

***** siapakah aku? Persoalan demi persoalan.. tanpa jawapan..

Tersenyum ketika kau dalam kesusahan tanda betapa kuatnya dirimu.. benarkah?

Orang yang mempunyai akal adalah orang yang mengunakan otaknya di dunia ini.. benarkah? Siapa pula orang yang mempunyai otak, hati dan akal namun xtidak mempunyai perasaan? Siapa orang yang mempunyai otak, hati, dan perasaan tanpa akal? Siapakah mereka?

Siapakah orang yang merasa bahagia apabila terluka?
Siapakah orang yang gembira di saat mereka bersedih?
Siapakah orang yang memiliki senyuman namun dia menangis?
Siapakah orang yang sentiasa meningati namun dia sentiasa dilupai
Siapakah orang yang mencari barang yang ada?
Siapakah dia?
Siapakah aku?

Ini bukan satu kenyataan… bukan sekadar huruf yang digabung menjadi ayat… ini sebuah persoalan.. yang tiada jawapan… sekarang.. mungkin juga selamanya… aku ada persoalan...


Siapakah kau di dunia ini?

Sunday, October 9

hanya sebuah lagu..

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada



****** thank for the memory... thank for the pain... than for everything...

Thursday, October 6

Apabila si Rindu mengamit pulang...




Salam blogger! jam di atas meja aki tik.. tok... menandakan pukul 3.45 A.M,,,, peh awal gile aki terbangun dari lena!! tido yang tak nyenyak... macam2 terfikir... tetap jam 10 A.M jumaat 7/10/11 aki akan ke muazam pahang. Buat ape g pahang??? aki g follow member g site projek dia n bawak budak2 study kat u g trip... jadi pengiring depa la~~~ 3 hari 2 malam hilang dari dunia kota ke dunia estet! patut2 aki kn ambik jubah 8 oktber ni.... well.... kn tunda la 10 oktber br leh ambik... dari semalam g aki nk menulis... but xjumpa2 idea... alang2 nk ilang.. aki mengarang... bukan cerita orang tetapi cerita aki sendiri...

APABILA SI RINDU MENGAMIT PULANG.... aki xcident jumaat lepas (30/9/11).. xterok sgt.. lebam sikit kat kaki n ade sedikit luka behampiran siku kanan.. but kawan aki lagi terok! bibir dia kn jait dalam n luar... ada sikit luka kat muka//// cian dia... dah la mkn kn guna stroll... salah sape??? salah org yang tak bersabar n tak perihatin! nasib baik nyawa kiteorng tak melayang!... huhuh (luahan hati jap... geram!) 
Back to story, aki dijangka kan konvo pada 18/10/11 bersamaan hari selasa.... mean next week masa sahabat2 aki dari setiap penjuru malaysia akan pulang ke menara gading untuk mengambil jubah! kat facebook... macam2 post kat group fac.. menyatakan kegembiraan mereka ingin pulang ke sini...(bunyi macam nk balik raye je.. heheh) dalam minggu ni je fon aki sentiasa di call n di msg si... mengabarkan mereka akan pulang ke sini... bagi mereka, juga aki.. ada satu perasaan yang buat kau ingin tersenyum.. perasaan yang datang dari sebuah kenangan... that call rindu... rindu memanggil setiap jiwa untuk pulang ke masa lalu.. is juga menyingkap tabir2 kenangan walaupun peti kenangan telah jauh ditinggalkan nun di masa lampau...


kenangan yang sentiasa berlegar di dalam kepala seperti sebuah wayang yang berputar tanpa menghiraukan kehadiran masa kini. bak lagu zhilivia " walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat, pejamkan matamu dan rasakan aku"... aku bukan berbicara tentang cinta... cinta di saat kini hanya satu sindiran hidup yang menguris luka2 lalu... mungkin belum masanya aki menemui penawarnya.. kini aki berbicara akan rakan2 yang sama berjuang mencari kehidupan di masa depan... di menara gading kita bertemu dan disini kita berjuang... di sini kita bersaudara dan di sini kita berjaya... akan dipinjamkan beberapa saat untuk kita hargai... sesuatu masa yang tak mungkin ada ulangan... aki reda menanti saat itu untuk hadir...




aki si rindu yang mengamit pulang setiap pelusuk teman2 sepengajian pulang ke menara gading... aki sabar menanti... menanti sekali lagi peluang untuk tersenyum dan menyimpan senyuman itu dalam kotak hati... aki terasa sangat2 beruntung.... walaupun ada kalanya kita disakiti oleh orang yang kita sayang, namun ada orang yang masih menyayangi kita. aki mula tersedar, sayang yang aki terjumpa di tepian jalan lebih berharga dari sayang yang aki ambil dipersimpangan jalan... ia lebih berharga untuk dihargai..




********** buat rakan2 seperjuangan, aki benar2 sayang akan kalian! walau aki tak pernah berkata2 dengan perkataan.. namun aki hanya bisa memberi yang terbaik untuk kalian... kalian antara permata yang aki jumpa di tepian perjalan hidup aki... izinkan aki menyimpan secebis kenangan tentang kalian.. agar aki lebih memahami erti penghargaan.. dan buat kau si blogger... tentu ada sesuatu kenangan yang mampu membuat kau tersenyum dan hatimu terasa riang.... ia adalah si rindu yang sentiasa mencari ruang dalam setiap kotak hati dan minda insan... dan sentiasa mengamit pulang sebuah memori dari masa lalu.... to all my Forester batch 2008/2009 and my MANTAN TEAM SRMUPM... taniah kerana mampu naik kepentas menara gading dan turun dengan segulung ijazah...