Sunday, August 7

Cerita selepas subuh: Berkorban Itu Indah




Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin. "Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang "Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau. "Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil. "Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah." "Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terimakasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar. Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar. Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri. Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Allah akan  tetap memberkati dan memelihara kita. Bagi "daun hijau",  berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau".  Suatu hari ia akan kering dan jatuh. Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati. Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan. Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi. Kadang2 berkorban itu indah, make ur heart calm n peace n people will trust u. Ada Betulkan???

Hari ini



Sejak mula hingga kini ku lena 
Keringatku hanya sia-sia

Sendirian ku abaikan dunia 
Menunggu nanti aku tiada
 
Tiba-tiba sentuhnya aku terjaga
dunia aku penuh dengan kemungkinannya

Aku pasti akan bersama
Mencari bahagia

Suatu hari tiada lagi
kuabaikan anugerah yang diberi

Kini pasti
akan ku tempuh segala-galanya

Biar nanti ku mengerti
mengapa kau dan aku di sini

Belaianmu mengajar aku ertinya  
Kehidupan yang tiada terduga

Kepastian yang tiada kuduga 
Mengundang rasa hidup bermakna

Kini mahu kucoretkan liku-likunya 
Kini akan kulakarkan keindahannya

Kau aku kita sama
mencari bahagia

Hari ini ku kan pergi
mencari siapa sebenarnya diri

Aku pasti
akan menempuh segala-galanya

Biar nanti ku mengerti
mengapa kau dan aku di sini

Tidaklah lagi aku mahu
dibelenggu kegelapan malam

Dengan tangan ku yang terluka
aku syukuri segala kurniaan-Nya yang ESA...


**** ungkaian kata dari sebuah movie, dilagukan dengan sederhana oleh seorang manusia. walaupun tak SEPOWER mereka lagukannya. Namun... maknanya amat dalam untuk satu kehidupan yang baru tersedar.

Monday, August 1

Aku amat2 Hampa

aku sangat2 hampa
terutama kepada insan bergelar lelaki
bukan kerana putus cinta
bukan kerana dendam
tetapi segelintir mereka
hidup menghampakan 
orang yang ada disekeliling mereka
sanggup mengkhianati 
satu kepercayaan
yang diberi oleh seorang kawan
mahupun seorang teman rapat
ataupun teman istimewa
sanggup mecalar 
kejujuran yang diterima
demi menmiliki keseronokan diri
atau sanggup mencanar
perasaan sayang yang diberi
semata2,, untuk kegembiraan

hampa...
aku benar2 hampa
hilang aku satu kepercayaan
terhadap takdir kerana lelaki
namun aku tepis
kerna masih ada yang bergelar LELAKI
yang mencerminkan
kisah seorang LELAKI

namun 
aku tetap hampa
kerana aku terjumpa
segelintir
lelaki yang menghampakan
sayang sekali 
aku terpaksa mengenali kalian
sayang sekali 
aku zahirkan 
kehampaan aku ini
walaupun bukan semua miliki yang sama
namun aku tetap hampa...

**** bukan monolog kerana putus cinta, bukan kerana dendam.. tetapi aku hampa kerana aku wujud di kalangan mereka. memerhati dan bergaul dengan mereka. Sayang seribu kali sayang, kejujuran di hiasi kepercayaan aku berikan di palit dengan satu erti kehampaan. kenapa aku mesti wujud di kalangan mereka????? aku benci kalian! hidup penuh dengan kepura-puraan. menikam hati dengan lakonan watak pelbagai cerita. Walau kau si LELAKI bukan orang sebegitu.. namun fikirkan lah.. pernahkah kau hampakan diri orang lain demi dirimu sendiri. Renungkan ini jua wahai si gadis, kerana kau jua memiliki sifat yang sama sekiranya akalmu tak di gunakan di tempat sepatutnya. niatku bukan memalukan atau menyalahkan sesiapa, namun kerana aku si pena yang hidup dalam manusia bergelar lelaki yang sering menghampakan hidup manusia lain. aku menjadi tak faham, kenapa segelintir LELAKI yang aku kenali bukan begitu, namun kenapa ada wujudnya lelaki yang wujud dlm hidup aku dan mereka seringkali mengagalkan kesempurnaan sebuah penghargaan yang kita berikan kepada mereka. aku xmengerti, dah aku tak mahu mengerti! semua lakonan dunia, melengkapkan kitar hidup mereka. Supaya mereka mampu ketawa atas kehampaan hidup manusia lain.  (mood:bad mood)

Friday, July 29

satu permulaan di bulan ramadhan...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
*********** bulan yang sentiasa dinanti oleh umat islam, begitu jua aku. Bulan yang penuh ketenangan, aku menanti dengan sabar. Aku ingin lalui dengan penuh penghargaan. Moga ia memberi aku satu pengertian yang abadi disamping redaMU ALLAH..... Moga ENGKAU terima diriku, ibadahku, serta pelihara hatiku dari segala kesedihan, kedukaan, godaan, serta kealpaan. Pada saat ini, aku izinkan semua yang bukan milik aku, untuk pergi.... Moga yang sepatutnya memilikinya akan dapat memilikinya... Disaat ini jua, izinku, meletakkan harapan yang baru pada bulan yang mulia ini. Agar harapan itu, mampu memberiku kekuatan yang baru dan meluputkan yang lalu dari hati dan fikiran.... Moga aku menemui sesuatu yang bernilai yang benar2 ditakdirkan milik aku.....  amin. 

sekadar hiasan atau untuk memiliki?

pagi2,,, jalan2 dalam youtube,,, tup2 terjumpa satu video ni...


 teringat kisah lalu,,, seorang manusia,,, kisah yang sama,,, cuma berlainan jiwa,,, tersentuh sedikit hati ini,,, terasa denyutan kesakitan lalu,,, aki share video tu di teratak.. semoga ia menjadi satu memory dalam perjalanan aki,,, jua menjadi pedoman setiap yang singgah bahawa jangan lah sesekali kau mengusik hati manusia lain sekiranya bukan untuk kau miliki. kerana hati mereka milik yang BERKUASA... Ia hanya pinjaman kepada pemilik jiwa. Sekali kau cuba menyentuhnya samalah seperti kau membuat satu percubaan untuk membuat satu pinjaman drNYA. Andai pinjaman yang ingin kau lakukan hanya untuk satu perhiasan dalam satu persinggahan dalam hidupmu, usahlah kau buat begitu. Jiwa yang ingin kau pinjam bukan milikmu, ia milik orang lain. Jiwa yang tenang untuk jiwa yang sabar. Bukan untuk satu permainan dalam satu perjalanan hidup. Persiapkan dirimu sebelum kau berani menjemput mana2 jiwa yang dimilikiNYA. kerna pabila kau mula menjemputnya, ia akan berdoa untukmu dan DIA juak akan berdoa untuk kalian. Sayang sekiranya ia hanya dipinjam untuk dijadikan hiasan, sedangkan ia dijadikan untuk satu perisai dan pelengkap kepada sebuah taman. Ini hanya satu peringatan kepada yang sudi singgah membaca:

" hiasan yang paling mahal dalam kehidupan ini adalah yang hanya boleh dipinjam untuk seketika namun kita mampu merasakan seolah2 kita memiliki untuk selamanya tanpa perlu dikongsi, walau pada hakikatnya ia hanyalah semata satu pinjaman dan ia tetap milik yang BERKUASA."

Tuesday, July 26

I'm just in love



I'm just in love... sebuah lagu yang aki dengar tiap2 ari.. tak bosan.. mule2 aki dengar time kat matrik dulu.. tu pon lecturer nye fon ring2.. lagu tu. Cikgu tu minat japan do..hahahah laki lak tu.. lagu ni group glay from japan... aki try la cr kat utube lagu tu... xdpt cr y official video die.. but y ade just concert kat beijing kalau xsilap la.... aki tgk la VD tu sampai hbs... y buat aki pelik yang amat... fan group ni nangis bila nyanyi lagu ni... pelik2,,, lagu ni aki pusing banyak kali2... awal pagi ni aki pusing lagu tu mcm biasa... pastu terfikir nk cr translation dia dlm BI... 
Packed tightly in my little pocket
The treasure things of the grass smell are playing hide and seek
My untied shoelaces came binding onto you
Little trip toward the too heavy midsummer rain

[FROM] LONELY DAYS WE CAN FLY
The "we" from those days, behind our eyelids
[FROM] LONELY NIGHTS WE CAN FLY
Always hurt, however, are we not ?

I'm just in love
I'm just in love
I'm just in love oh Singin' my life

I opened an old photo album
Now I'm as old as my parents in their younger days
Both of you (parents) ran in Show a era, while bringing us
I almost cry when I imagine how hard your life was


[FROM] LONELY DAYS WE CAN FLY
I miss the wealthy days
[FROM] LONELY NIGHTS WE CAN FLY
OK! THANK YOU FOR YOUR LOVE

I'm just in love
I'm just in love
I'm just in love oh Singin' my life

WE WILL ROCK YOU WORDS FROM HEAVEN!
WE WILL ROCK YOU WORDS FROM HEAVEN!

Bila aki dengar lagu ni and padan kan dengan tranlation ni, Yes sebutir air mata almost nk jatuh! (tapi tak tau la kalau korang xde feeling like me kan...) bg aki lagu ni bukan sekadar lagu cintan cintun. Ia lagu cinta dan pencarian dalam kehidupan dan keluarga. bagi aki Lagu ni buat kite berfikir tentang masa lalu, well ada yang berkata hidup kita umpama satu kitaran.. macam roda... yup that right! apa yang mereka yang terdahulu lalui kita akan lalui jua, cuma keadaan yang membezakan cara kite melalui... " i'm just in love" bagi aki seperti ia cuba berkata " walaupun masa kita berbeza, tetapi saya cuma menyayangi kamu dan kehidupan ini sama seperti kamu" ia se simple perkataan tetapi membawa makna yang amat dalam sekiranya kite cuba memikirkannya. Setiap masa kite berdepan pelbagai perkara yang perlu di teliti semata2 untuk menentukan apa yang bakal dimiliki di masa akan datang. Di ketika itu setiap insan mesti menyimpan satu harapan di dalam diri masing2... aki percaya setiap insan berharap mendapat yang terbaik di sepanjang perjalanan hidupkan... even ada juga golongan yang tidak mempercayai harapan lagi (just like me, for some reason..) but suatu masa dahulu aki pernah kata kat adik aki, masa tu kami tanam pokok bunga matahari.. but xtau la apa salah dia.. pokok tu xnak tumbuh.. adik aki naik bosan.. but aki kata kat dia " selagi ada matahari dan air pokok ni pasti akan tumbuh nanti.." bagi tumbuhan sinaran matahari dan air merupakan satu penyumbang yang memberi harapan kepada tumbuh2han untuk hidup.. see.. sometime hope is not only a dream... well... sama juaga seperti kita.. insan.. berlegar di muka bumi.. penuh dengan harapan.. but jangan terlampu bergantung pada harapan.. kerana harapan mungkin benar.. mungkin palsu... namun Di saat kita masih mampu tersenyum, walaupun langkah kita sipi2 hampir ke akhir perjalanan sedangkan masih banyak perkara yang tertinggal disepanjang laluan yang tak mampu kita gengam, tak mengapa syukur.... sekurang2nya sebuah senyuman akan terukir tatkala kita menoleh ke belakang.. senyuman itu hadiah dari sebuah kenangan.. yang kita mampu miliki sepanjang langkah d bumi ini...


" Life is the art of drawing without an erase"

Untuk satu kesabaran

 Salam, long time aki ilang.. ade kerja sikit kat " land below the wind" a.k.a sabah. Sempat gak aku menyesatkan diri ke kaki gunung kinabalu, walaupon aki xsempat nk g memanjat sampai puncaknye.. gara2,, mase terhad.. later la aki g shoot panjat sampai puncak la! Tie aki di ranau, aki stay kat sebuah hotel, tah ape name hotel tu.. harga semalam boleh tahan mahal la... tp xde hal, bos bayar! hahah y best room aki menghadap mt. kinabalu! best gile... sangat indah.. cantik... tenang.. tibe2 buat aki teringat tentang Xbf aki... Dia org sarawak, dah masok tahun ni ade la 5 thn kami break... die seorang y penyabar.. sangat2 penyabar.. tp jdh kami xlama.. salah aki juak.. sebab penakut bila die betul2 serius gile2... 

Apa yang aki terfikir ms ni, mampukah aki mencari seorang lelaki yang jujur n penyabar? Aki sendiri bukan seorang yang penyabar. That why aki mencari org y sangat penyabar. Sampai kini aki xjumpa g, kadang2 aki ase menyesal sebab lepaskan Xaki dulu. ABANG ADIB AMSYAR ABANG GHAFAR,  nama yang aki sentiasa ingat. Ada orang berkata kesabaran kunci ketenangan, aki akui ia betul. Bukan senang mencari ketenangan dalam kesabaran. Itu aki pasti, dibalik awan kinabalu.. aki terlihat seolah mt. kinabalu tersenyum seolah-olah ia berbisik melalui angin ranau:

Yang indah bukan milik kita
Yang palsu hanya seketika
Yang dimiliki hanya lah satu pinjaman
Yang dinanti hanya satu khayalan
Yang diharap kadang2 hanya mimpi
Berhenti memiliki apa yang dicari
Berhenti bermimpi apa yang dicari
Berhenti melukai apa yang dimiliki
Berhenti mencari apa yang hilang
Biarkan ia pergi mencari tempatnya
Yakin akan janji tuhan
Setiap kejadian milikNYA
Walaupun kita tak putus2 berusaha memiliki 
apa yang dimilikiNYA
Ingatlah blogger
Ia hanya satu pinjaman... 
Hargailah sekiranya anda berpeluang 
memilikinya...
Walaupun hanya sementara.