Monday, September 5

madah berhelah~~ bukan....


Ting... tong... (mood lagu : Mithali cintaku-utopia)... dah lama aki xdengar lagu ni... lagu ni buat hati aki runtun a.k.a sad... serius la.. kalau korang suke sape2 jgn la buat2.. lagu tema untuk saat2 indah pertemuan korang tu.. kalau hapi ending,,, ok la,,, kalau ending yang xending macam aki... parah2...

Hahaahha... susah ke kita nak menyukai seseorang dan menyayangi mereka??? Antara suka dan sayang mana yang hadir dahulu??? Boleh ke kita menyayangi orang yang kita xsuka??

Aki keep putar2 lagu ni banyak kali.. sampai suatu ketika hati aki rasa sebak or kosong.. sedih.. ni lagu tema aki.. lagu d saat aki menyayangi orang yang aki xpernah kenal dan suka.. wujud secara tibe2,,, di saat aki betul2 perlukan orang untuk membantu aki utk bangun... huhuh kadang2 aki rasa pertemuan kami satu kesilapan.. kesilapan yang sangat besar...

Pertama kali aki benar menyayangi seorang insan yang buat hati aki pedih sangat2 bila d perlakukan begini... baru aki sedar.. bagaimana rasanye apabila sayang yang di persiakan.. cinta yang d permainkan... rasa sangat2 teruk... rasa sangat2 bodoh.. baru aki tau knp ada segelintir manusia sanggup bunuh diri sebab cinta buta mereka.. dan baru aki tahu perasaan mama aki.. bila ayah aki sia2kan kehidupan dan kasih sayang yang kami beri.

Pernah aki seketika.. aki benci KAUM LELAKI! Kejam! Xberhati perut! Semudah2nye mereka mempermainkan perasaan perempuan yang menyayangi mereka.. MURAH SANGAT KE PERASAAN KAUM HAWA INI? Sehingga boleh di lontar2 kemana2 saja?? Hahahah... antara wanita dan lelaki.. wanita lagi mudah mendermakan air mata mereka dari lelaki.. kerana jiwe mereka lebih mudah terusik.

Aki bukan menyalahkan lelaki je... time emosi xterkawal masa tu... SYAITAN pon dok terloncat2 menghasut... but reality.. ada juga wanita yang mempersiakan cinta seorang lelaki.. mcm kisah kawan aki.. sayang gilee2 kat gurlz2 ni.. tapi gurlz2 ni tau y member aki syok gile kat die.. but hati xterbukak kat member aki kot... ada y telah menyunting hati terlebih dahulu.. kesian kawan aki... bg aki la.. dia mangsa korban “ANTARA KAWAN DAN SAYANG”. Payah2...

Aki hilang kepercayaan... dan akan hilang buat satu jangka masa yang panjang.. kebodohan diri memakan jiwe... padan dengan muka sendiri.. ahhaha... mungkin ini dugaan bagi aki dan mereka yang terbabit... aki amat2 berharap insan tu boleh baca apa yang aki penah tulis kat blog ni.. namun mustahil la... aki ternanti2 kisah sebenar di sebalik drama yang diputarnya... namun seketika aki tersedar.. “ reality xseindah fantasi, namun fantasi lebih menyakitkan dari realiti”..
Huhuhuh... aki membebel apa tah malam ni. Malam raya lak tu.. ya allah.. ni lah bila hati berbunyi.. terasa luka dulu terusik kembali.. terasa benci bercampur rindu... entah la.. taip2 dalam xperia ni... terciptalah kata2 keramat yang telah tercalar...



Mungkin sayang ini milik aku
Tetapi bukan untuk kau miliki
Tetapi sayang ku untuk di hargai bukan dimiliki
Mungkin luka ini milik aku
Tetapi bukan untuk kau ubati
Tetapi lukaku kerana tajamnya hatimu
Mungkin yang indah pernah aku miliki
Tetapi bukan untuk ku kongsi
Tetapiseindah anugerah akhirnya menjerut kisah kau dan aku
Mungkin pandangan ku hanya aku
Tetapi bukan untuk kau perduli
Tetapi pandangan ini lah yang berakhir dengan sebutir permata jernih
Yang tiada berpenghuni
Laksana perahu hanyut namun xsinggah ke pelabuhan

Hakikat dari sebuah penceritaan.. lazimnya hanya untuk hiburan,,, membahagiakan jiwa2 manusia di atas kesedihan manusia lain,,, hebat nya manusia yang tercipta... mampukah kita tersenyum apabila mata bertemu permatanya,,, bibir bertemu senyumnya... hati berlagu pedih.. mampu melakar senyuman di wajah insan lain... kuatnya hati manusia..

insan2... aku merayu... rayuan aku atas dasar keperitan hati mereka... bukan pengaruh kepedihan sendiri namun dengarkan pesan aki::::

“ jangan sesekali kau sentuh hati mereka sekiranya bukan untuk kau miliki, jangan kau gegar batas kesabaran mereka sekiranya bukan untuk kau bimbing, jangan sesekali kau ungkapkan kata2 hikmah, sekiranya kau sendiri xpasti apa yang pasti.. biarkan... biarkan ia di situ menunggu masanya tiba... sama ada insan yang layak menjemputnya.. atau PEMILIK SEMUA JIWA ... menjemputnya pulang......” 

********** xde kaitan ngan yang mati... semua hidup g.. saja borak2.. bermadah sikit2... kasi hati yang pilu tenang sikit.. hope aki dapat sebuah jawapan... bukan sebuah pernantian dalam satu permainan... ini bukan madah berhelah... tetapi madah berselirat dengan makna tersirat dari sebuah kisah yang tersurat.. bye!

versi raye!

Salam... 2 minggu aki ilang dari teratak... huhuhu,, balik kampong kan,,, alhamdunilah... pose pon dah setel... raye pon dah setel... lemang dan rendang pon dah setel... raya tahun ni aki rase gembira dan ada jugak sedih sedikit .. yang rase gembira,, bukan sebarang gembira.. tetapi gembira bermakna... huhuhuh... sedih bukan sekadar sedih.. tetapi sedih yang menginsafi.... why2?????

Perkara yang mengembirakan:

1. Tahun ni tahun pengajian terakhir dan aki bakal bergelar graduat pada bulan 10 ni..

2. Tahun ni jugak aki bakal melangkah satu tingkat lagi ke pengajian y lebih tinggi,,, (amin pemohonan dah diluluskan... bakal memulakan nya pada tanggal 12 sept 2011 ni... insyallah,, akan aki usaha sekuat2nye,,, sampai berjaya.. amin ya allah!!!!)

3. Tahun ni tahun yang banyak dugaan... yang banyak buat aki mengalirkan ayak mata,,, membuat aki hilang deria rasa ke 6.. yang buat aki lagi matang.. yang buat aki mengerti banyak mende... what woos that????

                - projek degree aki yang  menyiksa jiwe.. zahir dan batin!
                - bergelut masalah dalaman antara beberapa manusia
                - exam2....
                - menyayangi orang yang belum tentu menyayangi kita
                - i’m lost my trust.. (tah mn aki letak,, lupa dah.. huhu)
                - tak mampu mengengam sebuah permata di hujung mata
                - money2....
                - pepisahan
                - macam2 g la.... 

4. macam2 la, aki dah lupe dah.. ada yang indah untuk di ingat... ada yang pahit untuk disimpan.. entah la... aki pon xpasti.... sejauh mana aki mampu melangkah... adakah langkah aki akan tamat pada saat ni?? Aki sendiri xpasti... 

5. Pada tahun ini jugak TERATAK USANG wujud... inspirasi dari seorang lecturer.. yang suka menulis buku... membuat hati dan jari aki sama2 bekerja menghasilkan TERATAK USANG.... walaupun ia xse gah seperti homepage yang lain... namun ia mampu membuat aki tersenyum... mungkin juga anda tersenyum apabila lalu di teratak aki,,,

Perkara yang menyedihkan:

1. setahun sekali raya... mean,,, setahun sekali berkumpul ramai2... saudara mara,,,, Ya allah,,, aki terkesima sangat2 raya tahun ni... saudara2 aki semua yang pangkat pak cik2 n makcik2 aki dah melangkah ke alam tua,,,, Nampak sangat perubahan fizikal mereka,,,, sampai ada yang aki xcam dah muka... saudara2 or sepupu2.. or adik aki sendiri makin dewasa... makin besar panjang,... subhanallah.................. mengucap panjang aki.... cepatnya masa berlalu,,,, mereka di telan masa sehingga kita xsedar... kita makin berubah dari satu fasa.. ke fasa yang lain... ia buat aki takut akan perubahan ini.... perubahan yang mengubah keindahan dahulu... makin kita dewasa... makin banyak yang kita hilang... ya allah.... aki masih xbersedia untuk menhadapinya,,,, dengan kesibukan dunia kita lupa akan perkara itu,,,, kita lupa akan USIA kita sendiri.... sayu aki memandang setiap saudara mara aki,,,, moga mereka mendapat rahmat dr yang ESA.... anda  juga mesti mengalaminya jugak kan.....

2.  .  like aki pernah kate dahulu... apabila septmbr kembali.. aki akan bergelut dengan cabaran baru... erm,,, cuba secuba yang mampu... melepaskan segala yang bukan milik aki... dan memulakan dengan yang baru... aki benar2 berharap... aki dapat melupakan segala anasir2... dari dalam mahupun luar,, yang mengongcang tali jantung aki... menebuk tempayang ayak mata aki... “pergilah.... tolong lah pergi dari minda... hati... telinga... mahupun pandangan aki... tempat kau  bukan di sini dengan aku... aku izinkan kau pergi... dan usah kau kembali sekiranya untuk menyakitkan sekalian yang ada dengan diri aku”..... (i’m serious with this word!)

 3. pertembungan dengan saudara2 buat aki... rase tercabar n seedy sikit,,, melihat mereka yang telah berpasang2.... ada yang dah berkerjaya,,,,  ada yang dah berkeluarga,,,, indahnya,,,, rase suasana kekeluargaan,, ada bb,,, ada hubby,,, raya bersama2... punya rasa tanggungjawab.... hahaah.. aki jujur,,, aki jeloz sebenarnya,,,, huhuhu la ni kite ni terkial2 mencari rezeki.... lagi terkial2 mencari putera hati.... kita bukan cantik nk menharapkan jejaka yang hemsem.... kita bukan mewah... nak mengharapkan intaian orang berada... kita sederhana seadanya ciptaan NYA.... acap kali,,, aki pujuk hati bila si JELOZ mengusik hati.. 

[“sabar ye mata... belum tiba masa untuk kau diredupkan dengan pandangan seorang lelaki yang benar2 jujur dengan pandangannya...”

“sabar ye akal... belumtiba masa untuk kau kusutkan benakmu, memikirkan diri seorang lelaki yang menberi kebenaran untuk kau memikirkan akan dirinya...”

N yang penting! 

“Sabar ye si hati.... belum masa untuk kau menyayangi, merindui, dan mengasihi seorang lelaki yang sanggup menerima dirimu dan membimbing dirimu,,,”

“sabarlah diri ku... akan tiba masanya nanti.... yakin kan janji tuhan...”]

“CINTAKU DAN HATIKU BUKAN UNTUK DIMILIKI, NAMUN  IA UNTUK DIHARGAI DAN DIJAGA. SUPAYA IA MAMPU MENGIMARAHKAN SEBUAH MASJID YANG DIBINA DAN MENJADI PENYERI KETIKA DI SYURGA... AMIN.....” 

(ni bukan ciplak2 nye ayat k... tulus dr hati nurani aki sendiri.. takut kecewa buat kali kedua,,,,)

Finally, September yang tiba dengan cabaran,,, aki sahut dengan senyuman.. walau jauh di sudut hati parut yang lama masih belum pudar tone warnanya... but life must go on!! To all blogger... dari Malaysia... over sea....  jauh kat mana2 pon anda... aki ucapkan selamat hari raya n maaf sekirannya... sepanjang anda membaca mana2 post aki.. anda terasa hati... maaf sekiranye ada post milik bolgger2 lain aki tercopy untuk di gantung kat dinding teratak ni... xde niat nk mencuri... Cuma nk mengkongsi ilmu bersama,,,  sekian... wasalam.



Wednesday, August 31

Hikayat seorang manusia

Salam, ari ni pena merayau2 dalam dunia maya, mencari blog2 yang mengunakan nama TERATAK USANG.. banyak juga yang aki jumpa. erm,, TERATAK USANG... ramai yang berminat.. ia bukan satu nama yang hanya ada nama. Tetapi sebuah nama yang penuh dengan cerita.


Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari

 Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik

 Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah

 Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time

 Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos

 Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab

 Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Wednesday, August 24

Bingkai langit


Di atas bangku kosong aku duduk
Melihat dada langit
Aku tersenyum
Melihat bulan
Jauh nun di sana
Aku tengelam dalam larut malam
Langit yang kosong
Tanpa bintang
Bagai tak lengkap
Hiasan dinding langit malam ini
Angin bertiup tenang
Ini yang aku cari
Nafas berat pergi bersama angin
Mengharapkan ketenangan meredhakan diri
Redha perlu dicari bukan dinanti
Yang dimiliki bukan hakiki
Yang dicari belum tentu pasti
Yang dinanti hanya harapan
Kesendirian suatu yang indah
Kesepian satu nikmat
Memiliki diri sendiri
Menyayangi tanpa disakiti
Tiada penantian
Tiada pencarian
Tiada harapan
Hanya yang ada satu ketenangan
Di bangku kosong aku menulis
Dibingkai langit aku berharap
Aku dan mereka mampu tersenyum
Seperti si bulan
Walaupun sinar si bintang
Tiada menghias dada langit.

 Pen off.


Saturday, August 20

Cerita seorang aku dengan si siput..


Pada suatu hari tuhan memberiku tugas membawa seekor siput jalan-jalan makan angin... Aku tak dapat berjalan cepat bersamanya... sekalipun siput telah berusaha keras mengikutku.

Setiap kali dia hanya mampu beralih sedikit demi sedikit..  lalu aku menariknya dan mengheret.. bahkan menendangnya... sehingga si siput menjadi terluka.. 

Ia mengugurkan keringat serta nafas derasnya,,,, dengan payah dia terus merangkak...  aku mendesak... menhendik dan memarahinya... siput memandangku dengan pandangan bersalah serta memohon maaf... lalu ia berkata” maafkan aku sahabat, aku sudah bberusaha dengan segenap tenagaku..” 

aku hilang pertimbangan lalu berteriak.. “ tuhanku mengapa engkau meminta aku mengajak seekor siput berjalan bersamaku??? Apakah maksudmu???? Tibe2... aku melihat langit menjadi kelam dan sunyi senyap... siput menghilang dari pandanganku.. adakah ini jawaban dari tuhan? Dia menyingkirkan siput dari kehidupanku... 

Bagus! Tugasku selesai!! Tetapi ternyata aku terlihat siput tadi merangkak di depan ku.. aku terpaksa berjalan kesal di belakannya... aku pelankan langkahku.... menenangkan hati... dan sesuatu seakan2 tibe2 datang dalam hatiku,,, rupanya inilah yang tuhan maksudkan... siputlah yang mengikut setiap langkahku.. aku diminta perlahankan langkah ku untuk aku berfikir sejenak...

Merenungkan saat2 aku dipertemukan dengan “seseorang” saat Sang Penolong menemukan diri kita... Ingatlah bahawa itu anugerah yang tak ternilai harganya... kerana dia, hidup kita diubahNYA...  

Saat2 kita masih memiliki orang2 yang kasih dan sayang kepada kita walupun kita seringkali sedih kerana kehilangan atau tidak mampu memiliki orang yang kita kasih mahupun sayang... cubalah kau berusaha mencari kesempatan untuk mengisi sedikit runag bersama2 mereka... kerana mereka tidak akan memberitahu bila masa mereka akan pergi.... bertindaklah sebelum ia hanya satu yang sia2...  

Disaat kau dipertemukan dengan seorang teman yang mampu kau beri kepercayaan... berusahalah untuk berdiri bersama2nya... kerana seumur hidup manusia, teman sejati tak mudah untuk ditemuai sekiranya kau mencari... lazimnya ia datang bila kau kesendirian.. 

Disaat kita mengingati orang yang kita sayangi,,, namun orang itu tidak menyayangi kita seadanya kita...  pernahkah kau terfikir.. mampukah kita berdoa untuk kebaikannya? Bukankah kita berharap dia bahagia? 

Suatu saat ingat akan orang yang pernah kita cintai tetapi semuanya telah berakhir.. senyumlah kau... walaupun hatimu terasa perit... berilah senyuman manis untuk semua kenangan yang telah terjadi... kerana dia telah membuat kita lebih mengerti tentang kisah sejati... usah malu menangis,,, ia satu penawar luka dalaman jiwa... 

Di saat kita meningati orang yang kita benci.. mulailah belajar memaafkan nya,,, kerana kehadiranya telah menyempurnakan kitaran hidup kita serta memberi kesempatan pada kita untuk lebih bijak...  

ketika orang mengkhianati kita, ucapkan kalimah kesabaran... jika bukan kerana dia masakan hari ini kita pernah melihat dunia dari dua penjuru berbeza... 

Ada ketika orang meninggalkan kita begitu sahaja tanpa sebarang kata.. berterima kasihlah kerana dia pernah ada dala hidup kita... kerana suatu masa dahulu dia telah membuat kita peduli pada perasaan sesame manusia... 

erm................. fikirkan sejenak wahai blogger sekalian... termenung sejenak... lihat sedalam2 hati kalian... ambik masa 5 init cukup la... apakah kita benar2 mahu menyingkirkan “siput-siput” yang sentiasa memburu langkah harian kita??? Tak pernah sekali pun sesuatu terjadi pada kita begitu sahaja... rencana tuhan mengaturkannya demi kebaikan kita... walaupun bagi kita ia sesuatu yang memeritkan... 

kadang2.. ada saatnya kita perlu berjalan perlahan-lahan untuk merenungkan sedalam2nya... siapa sebenarnya diri kita... apa yang kita buru dan kita telah tercicir dalam penghidupan ini... 

Blogger2... dengarlah, pesan aki... bangunlah dari lena kalian, walaupun kalian already terjaga.. jangan kau sesali apa yang diberikan kepadamu.. sesungguhnya setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita Dia Maha Mengetahui... dan itu adalah aturanNya...

********** pesanan khas dari hati aki: 

Jika suatu masa nanti kita terjatuh dan terluka, kehilangan dan ditinggalkan... pliz... don’t give up dear... yakinlah.... Dia tidak akan meninggalkan kita... Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. 

Keep in mind blogger!
“ Everything happens for a reason... there is no coincidence.” 

Dan adakalanya Dia tidak memenuhi keinginan kita, tetapi Dia memberitahu apa yang kita sedang cari.... 


(Ni hanya coretan dari sebuah rentetan kisah hidup aki... aki gantung di bingkai teratak semua ia menjadi ingatan buat aki dan mereka y sudi singgah ke teratak usang membaca... teratak usang... usangnya ia bukan pada nama tetapi pada kenangan... terpahat didinding sebuah rumah... bernama manusia..... wasalam...)

Thursday, August 18

I always asked ALLAH...

This isn't just a word but real thing happen to me!

I asked for strength... 
And Allah give me difficulties to make me strong...
I asked for wisdom...
And Allah gave me problem to solve...
I asked for prosperity...
And Allah gave me brain and energy to work out...
I asked for courage...
And Allah gave me danger to overcome...
I asked for favors... 
And Allah give me opportunities...
I asked for a Love...
And Allah gave me trouble people to help...
I always asking something that i really want it...
But Allah know better than me... 
What should i have first....


My system Barter : How much Friend price in world market?


ASSALAMMUALAIKUM!!!!!!.....

Sebenarnykan... aki malas nk menulis malam ni... namun ada y buat tangan aki berjoget jugak atas key board ni... siapakah gerangan nya.... SI PERMATA... PERMATA YANG AKI TERJUMPA NUN JAUH DI SANA...

Aki sebenarnya tang ari tu nk mengcakar dinding teratak ni dengan perkataan KAWAN... tapi xberkesempatan.. namun malam ni... insyallah,,, bukak pose sangat meriah... ada orang support! Aki tukang masak sama tukan makan sekali tukang basoh periuk,,, xda hal... janji aki hapi kan... well back to,,, business... 

KAWAN....

TEMAN...


SAHABAT...


GENG....


MEMBER...



DER (TU ISTILAH AK PANGGIL KAWAN AKI LA)...


SAING/GU(KELANTANIS..)...

Macam2 perkataan terwujud melambangkan bonding antara 2 or more human with human without MONEY.... betul ke? Ade ke kawan yang boleh beli dengan duit? Berape henggit ek???? Mahal!!! Mahal harga seorang kawan... xlaku kalau nak beli dengan duit gaji or duit biasiswa anda tu... mahal sangat harga nye/// tetapi kenapa human kat dunia ni ade je kawan??? Mana die orang beli kan??? Korang pon ada kawan kan... aki pon ada....

Nak tau mana aki beli kawan2 aki????????????????????????????????????????????

Aki beli mereka dengan sebahagian HARTA PERIBADI AKI YANG PALING MAHAL!
Aki xguna duit la... xlaku duit aki kalau nk beli setiap kawan2 aki ni... aki beli ngan system barter dulu2 kala.... aki bgi Aki nye KEJUJURAN... SAYANG... SABAR.... KEIKHLASAN.... DAN PALING PENTING! KEPERCAYAAN AKI!!!!

So Aki dapat la.... kawan... bukan sorang... ramai tau.... hahaaha... kat mana aki beli?? Ade kedai specific ke??

Jawapannya.... xde kedai specific... aki dapat beli kawan2 aki dari satu agensi... ia itu DUNIA... dengan seorang ajen... SAPAKAH AJEN ITU??????????? Sapa lagi.... aki la ajen tu... with a single word like “ hai apa kabar? “ aki dapat beli seorang kawan baru.... bukan murah tau! Duit ringgit Malaysia ke... dollar mareka ka ke... xmampu beli kawan...... tapi system barter aki boleh beli bukan satu..... manyak kawan//// terrer  kan aki???? (riak pulak ak ni).....

****** heheheh sori la ayat belit2 xmacam selalu kan.. jiwang2 ni... i can BRUTAL.... tapi DALAM HATI MANYAK TAMAN..... heheh... ape y akin k kate... kawan tu amat berharga,,, walaupun jauh kat mana pon depa duduk... terpisah lautan or batu2 dan jalan2 tar... jaraknye mereka dengan kita... kita tetap merasakan mereka sangat2 dekat dengan kita.... aki tak malu nk ngaku aki SAYANG GILE2 kawan aki.... bagi aki lakan//// “ kawan yang paling baik tux de, namun kawan yang sentiasa berusaha menjadi baik dan sentiasa berusaha menjadi insan yang kita mampu beli tanpa guna sesen pun duit adalah insan y istimewa. For sure mende y istimewa kita sayang kan,....

Knp aki kata kita xmampu beli beli kawan dengan duit... example la kan... kita pinjam masa die... kita boleh ganti ke? Xboleh kan... kita beli masa die... boleh kan... how????? With system barter y aki kate tu la... ni pemikiran aki.... korang faham ke tak.... aki pon tak tau le... kalau dapat faham korang memang BERHATI MANUSIA LAH... apa beza manusia ngan orang???? Banyak bezanya.... nanti2 la aki cite ye...

“Jadi walaupun kita mampu menjadi orang, namun belum tentu kita mampu menjadi manusia” 
(xfaham,,, xpe keep in akal.... think... later i tell u.. kalau aki ingat la... huhu)... pen off la... mati akal sudah...  mau cari akal baru... nanti kalau ada akal baru.. aki tulis la... kalau xde akal baru... aki merapu la... kalau ada y boleh pakai... boleh simpan dalam akal dan hati... mana xleh pakai, jangan buang biarkan ia di situ... mungkin ia berguna untuk orang lain kan.. sape tahu... ok la... jam ninding sudah dekat satu pagi... lagi lima minit mau satu pagi... mengantuk sudah,,... tapi aku masih terasa nk nyanyi ini lagu b4 ZZZZ... khas buat kalian yang aki sayang... terutama.. my fac team, my school team,, my buddy.. my specially my SRM... kopak teratak akan berkemundang......

" A lonely road, crossed another cold state line.. miles away from those i love.... purpose hard to find while i recall all the word you spoke to me... can't help but wish that i was there... back where i'd love to be... oh yeah...."

night everyone! later u see my HOME TERATAK lagi la,,, kalau sudi singgah... xsudi xpe... aki xmarah... "selamat datang,,,, terima kasih kerna tersinggah...." (ucapan budiman aku mlm ni..)
  
Aku ingin berbisik... dengar:


Sekiranya suatu hari kau rasa ingin menangis dan tiada sesiapa di sisi...
Carilah aku....
Aku xjamin boleh menghentikan tangisan kau, tetapi aku boleh menangis bersama kau... 
Sekiranya suatu masa nanti kau terasa seakan2 semua penjuru memburu mu dank au terasa mahu lari sejauh mungkin...
Carilah aku...
Aku xakan menghalang larian kau.. tetapi aku mampu berlari bersama2 kau..
Sekiranya suatau hari kau terasa sangat2 pilu sampai kau membenci setiap suara2  yang ada di hadapan matamu,,,
Carilah aku..
Aku xjamin aku mampu memgukir senyuman di wajah mu.. namun aku mampu bersamamu sehingga kau sendiri boleh tersenyum...
Sekiranya suatu masa kau mencari aku, namun tiada jejak ku...
Maafkan diri aku.. mungkin aku tidak ditempatku lagi... dan aku mahu kau sedar yang aku tetap dalam hati kalian... walau aku bukan lagi di sini...
Aku xmeminta apa2 dari kalian... cukup sekadar satu pengertian dan penghargaan.. ia sudah cukup buat aku tersenyum apabila aku terluka... tersedih... tergelut dengan masalah dunia...
Kerana kalian antara PERMATA YANG AKU TERJUMPA NUN JAUH DI SANA...