Wednesday, June 8

Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia!! part 1

Sebuah cerita rekaan, xde kene mengene dengan yang hidup atau mati. Cuba ilusi dari cerita seorang sahabat yang seakan sama kisahnya namun berbeza kesudahannya. D harap mampu membuat manusia berfikir, tak kira kau perempuan/lelaki...

~~~~~~~~~~~~

“Saya sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Lia membalas, “Ok. Saya pun sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau.” Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam hatiku.


Haha..senang saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah katakan..haha..lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di CafĂ© nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..haha 

“Awak, kita ‘couple’ nak tak? Kita dah lama kawan kan..apa salahnya kalau kita maju ke depan lagi.” Fiona senyum sambil berkata, “Lama saya tunggu awak cakap macam ini tau. Hehe. Saya terima awak. Tapi, ‘girlfriend’ awak tak marah ke?” Hatiku tergelak besar. “Haha. Saya mana ada ‘girlfriend’, semua tu kawan saja. Mereka saja yang anggap saya ni ‘boyfriend’ mereka. Saya sayang awak seorang saja. Percayalah.” Fiona gembira mendengar pengucapan dusta dari bibirku, “Terima kasih Sayang. Saya pun sayang awak seorang saja. I love you.” “I love you too.” Balasku sambil hatiku tergelak besar.

Yes..Fiona pun dah dalam tangan..senang kerja-kerja ‘assignment’ aku lepas ni..suruh ‘girlfriend-girlfriend’ aku yang buatkan..haha..tapi, baru dua..tak cukup lah..aku nak tambah lagi dua..biar cukup empat..nak ikut sunnah..haha..mesti best nak ‘tackle’ budak-budak perempuan U ni lagi..harap saja belajar agama, tapi, layan lelaki juga.. haha.. jangan haraplah aku nak buat jadi isteri kalau perangai tak ubah macam ‘playgirl’..haha
  
“Betul, awak seorang saja wanita kesayangan saya. Saya tak tipu.” Melissa membalas renungan mata buayaku sambil berkata, “Ya. Saya percaya awak. Saya pun sayangkan awak. Awaklah satu-satunya lelaki idaman hati saya.”
Haha..aku berjaya lagi..tinggal lagi satu saja..Saira orang yang bertuah itu..haha..
  
“Sai, saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi pasangan saya? Saya betul-betul dah jatuh hati dan gila bayang pada awak.” Sai tersenyum tanda setuju untuk menjadi pasanganku. “Naim, saya terlebih sudi untuk jadi pasangan awak sebab itulah impian gadis-gadis di sini termasuk saya.” Sai ingin memegang tanganku tetapi cepat-cepat aku tepis kerana aku tahu itu satu dosa. Tak ingin aku nak menggatal dengan perempuan murahan macam tu!

Menggatal betullah Saira ini..biasalah tu..perempuan..haha..aku lelaki buaya pun tahu pegang-pegang tangan itu satu dosa, inikan lagi muslimah-muslimah U..haha..dalam U muslimah, luar U semua nak tayang..tudung pun dah hilang..fikir aku nak sangat ke budak-budak tu? Haha..jangan harap..semua nak harta ayah aku saja..materialistik! jangan haraplah..aku nak yang suci dalam debu..mawar berduri..barulah namanya muslimah..bukan macam Lia, Fiona, Melissa dan Saira tu..menggatal saja lebih, muslimahnya hampeh..haha

..............~~~~~~~~~~~

Monday, June 6

life

a good word for a great day (perhaps); life at any time can become difficult. life at any time can become easy. good or bad, they are SEASONS on life. it all depends upon, how you take on life and ADJUST to these seasons..... kinda thinking~~ being to good is not really good sometime N being bad sometime is not really bad,,,

Suka? Sayang? Cinta?

Suka? Sayang? Cinta? Pelik2... Apa bila kita suka seseorang, adakah kita akan menyayanginya? adakah bila kita menyayangi seseorang itu kita akan mencintainya?? Ade yang berkata Suka, Sayang, dan Cinta itu berbeza.... Aku pun makin tak faham dengan erti 3 situasi ni..

Kata mereka:
Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

******* Hey kau y membaca, bagaimana kau mentafsir erti SUKA, SAYANG, DAN CINTA? bg aku sekarang, aku masih tak sampai tahap CINTA. Tapi aku pernah melalui SUKA dan SAYANG... Menyayangi lebih perit dari menyukai seseorang.. Menyayangi seseorang yang belum pasti menyayangi diri kita... arh!!!! aku benci berada dalam keadaan itu. AMAT SAYANG, APABILA KITA MENYAYANGI SESEORANG, TETAPI SAYANGNYA DIA TIDAK MENYAYANGI KITA SEPERTI MANA KITA MENYAYANGI DIRINYA....

Friday, June 3

nilai seorang sahabat

salam.................... lama dah aku menyibukkan diri dengan urusan seharian. Almaklumlah, sy berkerja xikot mase +2 pulak, ade event yang baru je berlangsung.. HARI BELIA NEGARA. Habis2 je event tu, rest sehari terus kene g GUA MUSANG lak,, now cuti weekend.. dapat la rehat2 sikit2.. huhuh member2 ak ramai yang masih bertapak dibumi uPm ni.. macam2 keje yang depa buat! sama lah macam aku kan.. hahahah..... ade gak beberepa orang baru je melabuhkan tirai bersama upm,,, pulang sudah ke kampung halaman masing2,,, tak kurang juga yang baru bertunang.... HUHUHU TANIAH KAK NANA N ABG WAN... mereka berdua tu org fac ak,,, taklama lagi bakal di satukan... amin2..... aku??? aku yang masih terkebil2 kat sini menunggu jawapan dari satu persoalan... huhuhuh SATU PERTEMUAN SATU KESILAPAN.... erm,,,, we talk about it later.. sekarang ak nk bercerita tentang NILAI SEORANG SAHABAT. kenapa tibe2 aku nk cerita pasal sahabat??? huhuhuhu entah lah... bila berjauhan dari depa, aku rase sebahagian dari kehidupan aku hilang. kehadiran diorang suma melengkapkan setiap masa dalam hidup aku, macam2 perangai aku jumpa. but depa suma sahabat aku!

Dalam dunia ini, kite xpunya sesiapa kecuali diri kite sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerna mempunyai seorag sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga die. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kite. Kita rase dikhianati bila die xmenepati janjinya. Kita tidak memberi die peluang untuk menerangkan keaaanya. Bagi kita, itu alasanya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membeiarkan dia ternanti-nanti, kerna ada janji yang xkita ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' die menerima alasan kita. Wakti itu, terfikirkan kita tentang perasanya?? Seperti kita, dia juga tahu rase kecewa... tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan die. Die mendengar luahan perasaan kita, segala kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kite lahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya, kita terlalu asyik bercerita tentang diri kite hingga kadang2 kite terlupa kawan kite juga ada cerita yang ingin dikongsikan bersama. Pernahkah kite memberi die peluang untuk bercerita tentang rase bimbnagnya, rase takutnya???

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kite?

Iklaskah kite mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kite menjadi sumber kekuatannya seperti mana die meniupkan semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kite yakinkan die bahawa kite boleh dipercayai, kite boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kite menjadi bahu untuk die bersandar harapan?

erm,,,,,,,,,,,,, Sesekali jadilah kawan atau sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati, dan perasaan kawan kite, kerna die juga seorang manusia; dia juga ada rase takut, bimbang, sedih dan kecewa. Die juga ada kelemahan dan die juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kite kawannya itu, Kita selalu melihat die ketawa, tetapi mungkin sebenarnya die xsetabah yang kita sangka. Di sebalik senyumanya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenanganya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..... 

tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti die, mungkin kita akan tahu kan..

Kau yang membaca,fikirkan lah, adakah kita layak menjadi kawan, teman dan sahabat kepada mereka?..... 



Monday, May 23

Trust=shit

Menurut kamus B.I;
Trust is both and emotional and logical act. Emotionally, it is where you expose your vulnerabilities to people, but believing they will not take advantage of your openness.

Menurut kamus MELAYU;
Kepercayaan tidak lain daripada pemikiran yang kita fikirkan berulang kali. Apabila kita memikirkan sesuatu berulang kali, kita akan menganggapnya sebagai sesuatu yang benar.

Menurut kamus ak;
Trust=shit (kadang2)! Dalam dunia ni, manusia macam2 ragam.. macam2 perangai. Dalam hubungan antara manusia, terdapat beberapa element utama yang menjadi penghubung antara manusia. Kepercayaan, kasih sayang, kejujuran, keimanan dan saling tolong menolong. Bagi aku, ini element penting dalam hidup manusia, kalau salah satu hilang. Hilanglah diri kau sebagai manusia, korang mesti pelik. Kalau sape2 yang follow blog ak la, aku jarang tulis bende2 macam ni. Jarang sangat rase nk maki2 orang. Tapi malam ni, aku tak leh tahan. Bengkek, sebenkeknye! Selagi aku tak dapat penjelasan, aku tak puas hati! Falsafah hidup aku simple, tak kira sape kau. Kalau aku kenal ko, aku bg 100% element yang aku cakap td. Tapi bila sekali kau calarkan mana2 element yang aku bagi tu, sampai ko mati aku ingat! Sekarang aku bercakap tentang, kepercayaan! Susah sangat ke, nak percaya kat orang? Paling susah ke, nak hargai kepercayaan yang diberikan? SHIT! Aku benci istilah kepercayaan! Betapa murahnya kepercayaan yang kita beri kepada setiap orang yang kita kenal, sampai depa sanggup sia-siakan macam tu je. Well memang aku tengah bengang dengan orang, orang yang aku sayang lak tu. Payah sangat ke nak bercakap kalau ade masalah? Bukan tak boleh setelkan masalah ni dengan baik. Ingat melarikan diri cara yang baik la.. walaupun die tak berlari. Tapi cara ni, aku dapat rase die mengelakkan diri. Bajet kau jauh dari aku, so semua bende setel la. Silap besar beb.. silap2,,, walaupun aku tak bagi tau ko aku bengang ngan ko. Tapi serius aku cakap, aku tak akan reda apa2 dalam hal ni... bagi balik hak aku! Lepas tu ak tak kisah dah ape nak jadi dengan kau! Jangan buat naya kat orang macam ni. Sungguh aku cakap! Kalau tak setel cara baik, aku tulahkan kau. Tak selamat hidup ambik rezeki orang beb! Sori la kalau ayat kasar sikit! Aku bukan pandai  marah2 orang depan2,, pakse2 org lagi aku tak suke, bg aku. Kau tau tanggungjawab ko sediri, tak payah nk bg tau banyak kali.. shit!!!!!!! Aku memang out now! Rase nk pijak2 org pon ye jugak... ya allah!!! Bg aku jalan keluar!!

aku yang masih di perjalanan

aku yang masih di salam.... long2 day... lama tak menyembang kat teratak,, kalau menyembang pon menyembang sendiri,,, tapi ramai tamu yang tersesat di dalam teratak aku kan,,, huhh minggu ni sangat2 padat.. ak secara sah nye tamat mengaji di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA... kawan2 ak dah berduyun2 balik ke rumah minggu lepas,,, bertakung2 air mata nk mengalir,,,, sedih la sikit,,, apa yang aku nk sedihkan??? ak pon tak pasti.. mungkin sebab ak sayang sangat ngan member2 ak la kot,,, memang ak sayang depa... 3 tahun ak kenal depa... macam2 ragam.. macam2 keje kitaorang run bersama.. now semua akan pulang ke kampong masing2... aku je tersadai kat sini... sebab aku sayang gile tempat ni... siap member baik ak kate AKU NI UPM TEGAR... hahahah wat ever~~~~ ak keje la ni,,, jd enumerator untuk 4 bulan yang sah.. br je selamat terima surat pelantikan ari ni,,, huhuh. kalau projek xhabs,,, sambung sampai ujung tahun kot... dalam minggu ni ak sibuk sikit kot,,, esok nk ke jb.. rabu--->ahd ak ade event hari belia kat putrajaya.. ahad tu jugak ak kn g pahang kalau ikotkan... tp entah la.... best jugak life mcm ni... tak yah ade mase terbuang2.. kalau tak... ak nye kepala start la memikirkan bende2 y menyakitkan jiwe! ari ni, ak bajet nk mengadap bos ak a.k.a supervisor ak la.. nk bincang projek master kononnye.. tup2.. die xde.. ish2... ak dah wat appointment kot... tak hbs2 die ngan kolej die.. rase nk bako je kolej die.. tertunggak la jawabnye proposal ak ni.. mase ak nk balik bilik tadi, tibe2,, mamat kat cafe kolej aku bukak lagu ramli sarip! perjalanan hidup.... 


Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata hidup ini
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

buat ak terfikir kejap... jauh dah aku melangkah kan... dari sekolah rendah--> sekolah menengah---> matrik---> upm--->?????  kemana hala tuju sekarang?? apa  yang aku cari sebenarnya dalam hidup? dulu mase sekolah... ak tekad... nk belajar betul2.. so ak leh masok u.. n g jauh2.. dr family... ak dah buat dah sekarang. makin jauh ak pergi makin banyak ak tertinggal dan hilang. erm,,,, 

perginya 
meneinggalkan 1 pertanyaan
kemunkinan atau kebetulan
yang sememagnya tak terjangkau secara lahiriah
lalu pencarian bermula
pencarian yang akhirnya membuahkan hasil
namun...
sukar menceritakan sebuah kebenaran
kerna...
sejarah kebenaran
seringkali berakhir dengan
kehilangan..........

makin jauh kita melangkah.. makin banyak perkara yang perlu di lalui, setiap orang ade laluan hidup yang tersendiri.. ak dengan jalan aku,,, kau dengan jalan mu... ade orang yang masih tercari2 sesuatu yang mungkin mereka sendiri tak tahu.. ade y berkata LIFE IS SIMPLE.. but LIFE IS HARD... ade yang berkata.. HIDUP INI SATU PERSINGGAHAN.. mungkin benar hidup ini satu persinggahan... kerna kehidupan yang hakiki menunggu kita di suatu masa...

Kisah kehidupan bermula dari zaman remaja, bertemu, berpisah, bermain dgn perasaan namun akhirnya masing-masing membawa perjalanan kehidupan sendiri. Masa muda, byk perkara yang dilakukan di luar pemikiran dan akan dikesalkan dalam hidupnya. Namun atas kuasaNya, bertemu semula setelah usia semakin matang, pengalaman semakin banyak. Namun pertemuan kali ini, setelah byk menghimpun pengalaman lalu, kadangkala banyak perkara sukar utk dinyatakan, payah utk dilepaskan..Mencari sesuatu yang tertangguh, mendpat sesuatu yang hilang dan akhirnya semua derita yang hadir bagaikan satu hikmah yang indah dipenghujungnya. Sejarah tidak pernah berubah..

Sesuatu yang indah itu tidak semestinya wujud di depan mata dan boleh di lihat macam kebahagian di masa hadapan. Jadi manusia tidak semestinya kena ikut kata orang lain yang penting persaan sendiri. Mungkin hari ini kita bernasib malang tapi jangan sesekali berptus asa pada hari esok. Nak hari esok jadi menarik, kita sendiri lah kena berusaha untuk terus hidup. Kita bukan hidup untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri. ~pen off~