Thursday, December 22

game kehidupan! let play!!!


2.25 a.m/Malaysia/Friday/23.12.11

Salam….. selsema! Aku paling benci selsema… hidung sumbat sana sini… mate mula la terkebil2.. ni semua gara2.. kena ujan masa balik bilik petang tadi! Xpe la… janji aku dah abis exam!!! Exam final g tu!! Adik2 aku baru nak masok study week minggu depan, aku final dah minggu ni… hahahah… aku sebenarnya, nak menyembang @ mengumpat.. pasal seorang “kawan” ni bukan mitos dongeng… but reality life.. aku penah cakap some time trust like “shit”, manusia… kejadiannya sangat unik, tambahan pula di bekalkan otak yang boleh berfikir dan hati untuk menilai… 

Setiap manusia, berjalan di muka bumi ni dengan langkah mereka sendiri dan bertanggungjawab dengan apa sahaja yang berlaku pada diri mereka. Betul?
Manusia juga boleh membuat pilihan, apa sahaja yang boleh menjamin kehidupan mereka dan buat mereka selesa.  Betul?  

Manusia juga, xboleh terlalu bergantung hidup dengan manusia lain untuk hidup. Mereka ada haluan dan tatacara hidup mereka yang tersendiri. Betul?
Tetapi manusia hidup menongkah arah dengan manusia yang lain. Untuk kehadapan, bukan sendirian mampu menakhluk arah2 tuju dengan kompas sendiri. Ada yang tiba masanya kita bergantung bahu dengan yang lain. Dan selayaknya manusia bukan hanya bertanggung bahu apabila menogkah arah sahaja, sepatutnya bersama2 menyusur alur kehidupan seiringan. 

Bukan ini bermakna, selamanya melangkah bersama, tetapi ada masanya. Jangan hanya tegar bak pepatah melayu, “budi bahasa budaya kita” jangan dikala tersepit Nampak saja apa yang mampu digapai. Jangan kita jadi seperti si tong sampah, bila perlu busuk pon sanggup di pegang… bila xperlu, jauh nun ku tending.. macam manusia gak, yup! Kite ni hidup kena independent! Kena berdikari, xboleh tunggu2 orang.. akan tetapi, manusia ni saling berhubung… disebabkan itu wujudnya istilah kemanusian… xsalah mengemudi perahu sendiri kalau xboleh berkongsi kapal yang besar.. namun ingat la.. “budi bahasa budaya kita” nah…. Karam perahu dilautan… kapal nan besar ini jua yang menyauk kau ke atas… xpayah pon kalau kita berbahasa… xsemahal emas bumi.. ye lah.. kita semua nak yang terbaik untuk diri kita, tapi jangan sampai hilang peribudaya diri. Aku xsalahkan mereka atau sesiapa, tapi aku terkilan… macam biasa.. manusia yang pandai mencari budi tetapi kurang fasih berbahasa… macam mana nak mengambarkan budaya kita?

Aku xmintak, dijaga sepanjang masa.. ye.. hidup aku milik aku. Namun ingat baik2… bukan semua manusia yang kau jumpa seperti yang kau inginkan.. mereka boleh jadi sebaliknya,,, perihal manusiakan.. tapi aku terasa bodoh, bile terjumpa insan2 yang pandai “berbudi bahasa” tetapi “itu bukan budaya kita” berbahasa bila perlukan sekalung budi, ye lah.. aku hidup di kalangan mereka, meraih kepingan hidup aku… aku terlupa nak memberitahu… ingat tak dulu, dlm post y terbaru.. aku ada kata “no sharing, no caring”.. aku silap………………… ada beberapa ayat tertinggal… sepatutnya… “no sharing, no sharing; no caring, no caring”… baru lengkap perpatah moden aku… bukan sebab aku marah kat sape2.. Cuma bengang, adat manusia… perpatah dahulu hanya hiasan.. “budi bahasa budaya kita” konon… karut! Cukup la,,, aku jumpa sorang… buat aku sedar,… jangan terlalu menjaga diri orang lain… nanti mereka xsempat merasa menjaga diri sendiri… hahah… aku mengarut, bila aku letih dan bengang… dan lapo… kalau terkena.. xde ucapan maaf dari aku.. nasib badan la ya kena.. xde salah,,, xde betul.. xde nama y tersangkut… kata permainan kehidupan.. so let play!

Sekadar pendapat, kita xboleh tunggu orang lain untuk kita membuat keputusan untuk diri, namun jangan kerana diri sendiri terlupa erti hidup sebahu, jangan manis berkata bila mengharap budi yang lain. Hanya perhiasan bibir, bukan hati. Hahahha,…. Lawak, aku kurang berminat kalau terjumpa insan2 begini. Yup!! Beza manusia sekarang dengan manusia dahulu kala, kau single fighter… apa juga y kau usahakan untuk diri kau! Kadang2 apalah lah manisnya istilah persaudaraan? Kawan? Hahha… hanya sekadar satu perkataan mengambarkan orang y kita kenal bukan orang y kita  tahu. Huhuhu………… 

Buat kau, yang terkena! Kalau kau marah, suka ati kau lah.. aku xkisah… aku dah lama kisah.. tp kau xkisah.. xpe.. kita trskan cara2 kita.. lagipun kini, aku atas bahu aku.. kau dengan bahu kau.. arah dan tujuan kita mungkin sama, tetapi cara kita berbeza. So xperlulah, nak bertatih sangatkan, sendirian berhad lagi senang, lagi pun kau semua ada bahu2 lain yang boleh sekali berlari bersama, xrugi kalau hilang aku. Mungkin dulu aku kisah, kini aku xkisah. Kaki sendiri, sendiri jalan… bukan urusan aku, kalau istilah “pertolongan” di letak sebagai sandaran, pikir2kan lah xde guna sekadar melengkap kehidupan orang yang melobangkan kehidupan kau.

To blogger, just ingat jangan mengharap budi orang kalau diri sendiri xmampu nak menabur budi. Bukan harta kaya kita minta, cukup sekadar berbudi bahasa, itu perlambangan bangsa kita. Jangan lah sibuk menongkah masa depan, sampai lupa masa dulu. Kadang2 manusia, ingat lah.. xsemua ketika kita kena dahulu, kadang2 kena dahulukan y lain.. perkongsian dalam permainan hidup begitu, kalau sendiri mahu dahulu, jangan salahkan yang lain kalau ada y menyakitkan. Jangan sibuk, menjaga diri sampai lupa sekalian di sisi. Kelak tersungkur dalam ramai bangun sendiri. Sedangkan ada saja tangan yang menghulur, tetapi xsampai atau mungkin di tarik semula kerana falsafah diri “hidup aku, mesti bermula dengan aku”.

Monday, December 19

Apa yang kau tahu?!


Monday/19122011/7.42 p.m/ Malaysia

Salam, selamat malam n selamat senja! Ari ni sehari suntuk aki mengadap acer4315, gara2 nak siapkan proposal.. tup2.. “apak” aki tak tau g mana… macam ne nak soh dia sain proposal ni.. apak tu supervisor aki. Pening2 lalat aki baca jurnal ni nak buat ayat, serabut mata beb tulis proposal ni… pastu aki bukak fb jap, layan mata… telinga layan lagu rock jiwang gitu~~~ baik punya layan kuarlah lagu screen “orang yang ku sayang” adoi… sakit pulak dengar lagu ni… yelah teringat zaman2 disayangi dulu.. hhuhh cup2.. ada org add fb aki, sape pulak ni… nama chenta hati.. peh…. Terbaik la nye nama. Aki pon approve la… xde gambar dalam fb ni, aki tengok la post2 dia… rupanya kawan aki rupanya… ya nabi.. apa cer tukar fb???

Aki baca je apa y dia post, cuba teka knp dia tukar fb? Sama macam masalah aki dulu, pei tulis nama y aki sayang dalam tesis,, bila dia sakitkan hati kita rasa nak bakar je tesis tu… nasib baik la memikirkan usaha aki siang malam nak siapkan tesis tu.. last2.. simpan dalam kotak tesis tu.. samalah masalah macam member aki ni… aki faham perasaan dia, orang yang dia sayang tu pun aki kenal. Kadang2 jarak, menguji kekuatan cinta lebih kuat dari harta. Sejauh mana kalian mampu jujur antara satu sama lain. Aki tak tahu apa kisah di sebalik mereka, but it feel really sad bila orang yang kita sayang xjujur ngan kita. Xsalah kalau nak bekawan dengan berlainan jantina, janji jaga batas2 diri. Kalau sungguh rasa sayang dihati usaha ke arah kebahagian.

Kadang2 aki pandai berkata2, member pandangan. Sedangkan aki sendiri terkapai2, kadang hidup ni tak seindah yang diimpikan, walupun kita berusaha mempertahankan. Kadang2 apa yang dimiliki hilang dalam gengaman. Hahahaha……………………………………………………….. itulah yang aki alami, kita hanya merancang, sebaik2 mana rancangan ia tetap milik ilahi. Adik aki marah kalau aki sebut perkara2 negetif, macam aki xpercaya harapan or apa2 je y sekutu dengannya, aki benci word trust, aki benci orang yang hanya berharap tanpa berbuat apa2.. baik xusah berharap n xusah buat apa2.. adik aki xsetuju.. dia pernah kata “jangan cakap bende2 macam tu pada orang lain or diri sendiri kalau kau xtahu apa maknanya” hahahahah……………… aki gelak besar, hey budak! Apa yang kau tahu pasal harapan? Kepercayaan? Dunia kau dan aku berbeza, kita membesar dengan keadaan berbeza. Aki benci kalau orang merungut akan kesusahan hidup dia yang buat dia susah nak mengejar kehidupan dia sekarang, aki benci orang yang melihat kesusahan diri dia dan tak Nampak penderitaan orang lain. Don’t say word “hidup kami susah, persekitaran kami xbaik. Semua tak sesenang yang kau kata”. Kau hanya melihat dari dunia kesusahan kau, aki melihat dari dunia kesusahan aki, kisah kita berbeza, cara kita berbeza namun kesannya sama.. penderitaan. Cuma cara kita membelai kesan itu berbeza, ye aku berjiwa lembut tetapi keras.. aki gunakan api kemarahan mengeraskan setiap harapan2 yang ada, dengan api kemarahan aki bakar semangat2 mencari jalan keluar. 


Ada yang berkata  “kegembiraan akan bertandang di hati apabila kesedihan berlalu pergi” huh! Sejauh mana kebenaran ungkapan itu? Sekarang aki mulai ada hobi baru, “cari pasal dengan orang!” tak kire sape2 yang buat aki rase rimas, dia akan jadi pencabar aki. Bukan aki ajak masuk gelanggang tinju pon~~~ tapi cara lain….

“no sharing, no caring” tu perpatah baru yang aki pakai untuk zaman moden ni, xde dah mitos2… erti perkongsian dengan manusia2 yang bertopeng.. sia2 je, hidup sebahu dengan orang macam ni, sori la kalau ada yang terasa hati or what, but I don’t know… knp rasa nak menulis bende2 negetif ni.. bukan suruh ikot bende2 negetif.. just untuk pemikiran… kalau rajin berfikir,  kalau tak xde hal…  

Cabaran hidupkan… sama ada kau mampu bernafas dan melangkah atau kau bernafas mencium tanah! 

Adios!!!  Aki nak sambung study… mau exam ini rabu… hav great day!!!

“yang baik kita ambik jadi pedoman, yang kurang baik kita jadikan sempandan”

Friday, December 16

thank for making me cry and smile



Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close
today my brother put this song in my wall... thank angah for sharing this touching song. it make along smile n cry, sometime time blogger by knowing some people still love and care for u it can make u smile even ur heart is broken. but try to be cool, they try hard to make ur day, so why don't u try together with them make ur day shine... they smile when u sad, their smile is like promise that their will alway be next to ur when u need them... erm...   i wish one day, there will be a nice and true man can sing this song to me the way he sing it to his lover.

blogger...............

this song i can't sing it for u, even when i hear it i will cry.. it to meaningful n paintfull.. but  i dedicated to each one of u who visit my blog. this song is for u, may be...  later u can sing it to someone that u really love and care.. :')

" anywhere u are i am near. anywhere u go i'll be there. and i'm gonna be there forever more. every single promise i'll keep cause what kind of guy would i be. if i was to leave when you need me most?"

Wednesday, December 14

luka semalam


11.22 p.m /Malaysia/14/12/2011/rabu:

Erm……………………………………….. aku stress! Biasalah, rabu… hari paling pack aku.. dengan beberapa insan datang memecah ketenteraman aku.. tadi aku aku terjumpa orang yang dah lama aku xnak jumpa, walaupun hati mau berjumpa. Kuasa tuhan kan, aku terjumpa walaupun jarak jauh.. aku pelik seharian aku rasa nak marah, rasa sesak dada. Selalunya berlaku kalau aku nak bertembung dengan pekara2 yang aku nak elak. Aku tak faham kenapa aku mesti terjumpa dengan insane yang aku tak nak jumpa lagi. Luka yang hampir sembuh, terbuka semula jaitannya. Hahaha… tibe2 aku menjadi sebak, rasa yang suatu masa dulu menghantui pemikiran.. datang menyapa. Hairan, apa makna semua ini? Ia satu dugaan? Takdir? Atau kebetulan? Manusia tak pernah lari dari dugaan. Kenapa sukar kita mahu menerima hakikat yang jodoh kita xkesampaian?



Persoalan yang bagus! Aku sendiri tertanya2.. aku melihat dari dua sudut.. lelaki dan perempuan…

Lelaki

Mereka jenis tegar, kalau nak akan sesuatu mereka akan cuba mendapatkannya. Walaupun kadang2 ia milik orang. Ada juga yang sanggup menunggu, berpura2 dalam kenyataan. Hakikat yang nyata tak mampu menawan rasa ingin memiliki mereka. Aku kagum dengan sepsis lelaki begini, aku ada terjumpa manusia begini. Termasuk kawan baik aku sendir, sanggup meletakkan segala harapan walau usaha tak sampai kemana. Sedih.. sedih sangat… usaha yang di sia2kan… semangat mereka xseperti kita si perempuan. Namun ada segelintir yang suka akan keramaian, rasa satu nikmat bila ada orang di sisi, xkira lah siapa. Kalau kau yang membaca lelaki, kenapa spesis kau ada yang begitu? Nafsu? Seronok ke mempemainkan diri orang lain? Adakah hadirnya seorang perempuan sebagai penyukup syarat untuk ka uterus melangkah sebelum kau jumpa tulang rusuk mu? Ibarat kau memancing ikan, kalau tak suka kau lepaskan semula. Tapi tahukah kau sakitnya ikan tersebut dek terkena mata kail? Mesti tak… tak akan pernah tahu… kerana mereka.. golongan ini tak pernah merasa… betapa sakitnya bila diri disia2kan… lelaki! Dasar hati wanita lembut selembut sutera, jangan kau baja hati mereka kalau bukan untuk kau benihkan rasa sayang pada mereka. Tatkala kau meninggalkan mereka, tanah itu dahulunya segar menjadi tandus dan kering tanpa pemeliharaan yang sewajarnya.

Perempauan

Mereka bukan dari golongan tegar, tetapi halus.. halus untuk di halusi.. untuk di jadikan penyeri taman2 yang kosong. Aku perempuan, kami menyayangi hanya seorang lelaki dalam kehidupan kami. Sejahat mana seorang perempuan itu ada dalam hatinya segumat erti kasih sayang. Cuma salah arah untuk dihalakan kerana gelap pandangan dek harapan. Aku kadang2 pelik kena perempuan2 ni sanggup lari ikot lelaki Lombok sedangkan ada saja jejaka2 malaya yang boleh menjadi tiang seri kepada mereka. Namun selepas beberapa kali aku bercakap dan memerhati mereka. Aku mengerti, mungkin kerana kesusahan hidup di sanan buat mereka menyesal lari dari halaman mengejar cinta. Namun dari sudut lain aku memandang, erti penghargaan. Erti sayang dari sebuah penghargaan. Aku si perempuan, kami tak mengharapkan di siram dengan duit setiap kali bangun dari tidur, namun cukuplah dengan ucapan “terima kasih kerana ada disisi” setiap kali mata terbuka. Kami tak mengharapkan rumah sebesar mahligai untuk berteduh namun cukuplah sebuah teratak yang mampu berlindung. Kami tak minta kehemseman sampai silau dek mata memandang, cukup memadai si lelaki mampu di kenali wajahnya dan hati. Kami tak minta 24 jam sentiasa ada di sisi, memadai sesaat mampu melihat sihat tubuh badan. Walaupun masa kini, ramai yang berkata perempuan ni demand lebih, aku akui kami demand sebab kami mahu yang terbaik untuk kami jaga dan kami belai. Agar mekar cinta yang dibina ke jinjing pelamin. Bukan terkubu di tengah jalan.

Conclusion:

Mungkin aku berat kepada perempuan, sebab aku perempuan. Kini aku baru tahu bagaimana rasanya apabila kita melukan hati orang yang menyayangi kita. Memang kita tak boleh memaksa sesiapa untuk menyayangi kita walau pada hati kita, kita sangat menyayanginya. Namun ingatlah, kita yang merancang tuhan menentukan. Kadang2 apa yang kita lakukan tanpa dirancang adalah bisikan allah tanpa kita sedar, namun di telapak tangan andalah yang menentukan mekar layunya sebuah bunga dalam taman larangan dan tinggi rendah terbangannya sang lebah. Walaupun rendah lebah itu terbang belum tentu dapat jua madu di bunga sekiranya bunga yang disengat layu dek racun.  

Buat yang pernah terluka:

Kadang2 allah ketemukan kita dengan orang yang salah untuk memgajar kita tak semua yang kita miliki milik kita. Tak semua yang kita sangka dalam gengaman, tergengam rapi. Kadang2 ia menyusur keluar dicelah2 jemari. Kadang2 apabila kau buka genggaman mu, ia sudah tiada di situ.

Tuesday, December 13

Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia part 5


********** masa sekejap ke berlalu, sedar tak sedar dah nak exam balik. Aku bila exam je mula la lintang pukang, yelah masa free2 malas nak stdy. Enjoy saja, maklumlah… dayang2 ramai kat tepi. So busy la sikit, hahah… assignment pon xyah nak risau sangat la.. ada backup kalau aku xsiap.. senang betul hidup aku.. nasib la aku ni ada muka.. kalau tak, payah la… nak mengharapkan otak aku.. dah naik berkarat dah aku rasa.. namun aku ni nakal2 mcm ni, aku tahu lagi batal2 aku.. aku mesti mencari idaman hati kesuma jantung yang cukup sempurna buat suri hati aku… aku rasa aku dah terjumpa… putrid elyana natasya… comel, pandai, aku tengok dia senang bergaul. Cuma dia macam payah nak bergaul ngan aku. Sejak aku mula2 knl dia, aku xpernah dapat walaupun sepeluang membuka ruang untuk berconversation…

 ceh, nak jadikan cerita.. suatu ari dalam minggu exam ni aku ke library gara2 bilik aku tak dapat wifi. Libaray conform laju, sedang ak sibuk mendownload games, aku terpandang seorang gadis memakai sweater putih dicelah2 rak buku. Elyana! Adakah ini petanda baik untuk aku? Bertemu di kamar ilmu?? Ak pon perhatikan dari jauh, di mana dia duduk.. dia duduk betul2 depan ak tetapi selang beberapa meja.. masa tu tuhan je lah tahu perasaan aku, berbunga2… hhaha aku sengaja pergi ke rak yang bertentang dengan dia. Sengaja atau tidak kami berpandangan, peh! Kalau boleh masa tu jugak ak nak ajak dia kawin! Hahah.. angan2 je lebih aku ni.. “maaf boleh tumpang lalu?” oh.. ak xperasaan aku menghalang laluannya, “maaf, xsengaja. Kita satu kelas kan?” dia hanya tersenyum dan menganguk kepala dan berlalu. 

Dia senyum pon dah cukup buat ak hapi. Aku main ambik saja mana2 buku, kembali ke tempat duduk dan memerhatikan dia.. si puteri kayangan.. sedar tak sedar, masa berlalu cepat sangat! Library akan ditutup pada pukul 10.30 malam, aku mengemas dengan cepat sebab nak mengejar elyana.. namun dia cepat sangat hilang dalam larut malam. 

Ceh! Baru je nak ucap selamat malam ke… tup2// rezeki malam tu, aku terjumpa dia menunggu bus untuk balik ke kolej. Kami dari kolej yang berbeza.. “hai.. boleh saya duduk?” dia hanya tersenyum. “erm.. awak selalu pegi library ke malam2?” dia tersenyum dan menganguk kepala. Sedih pulak aku rasa… macam tak sudi je dia nak cakap ngan aku.. “ erm.. awak mesti dah habis study untuk exam besok kan?? Saya xhbs stdy g.. banyak item nak kena hafal… awak tahu tak bila kita kena hantar assg minggu lepas??” dia menoleh…   “erm… tak pasti la.. awk…” tibe2.. bus ke kolej elyana timbul di depan mata.. ceh! Potong line tol a bus ni! “cb Tanya yang lain sy xpasti, sy balik dulu. Salam” elyana berlalu hilang dibalik kerusi bus.. “walaukumsalm”… 

malam yang sangat dingin, sayup2 aku melihat bayang2 bus hilang di simpang jalan… silau lampu kenderaan memanah mata aku.. kolej 10.. itulah bus koleh ak… aku tersenyum sendiri.. ya allah.. terima kasih atas pemberianMU ini.. walaupun sekejap… aku puas.. senyuman itu benar memikat hati ini… 

bersambung………..

Monday, December 12

layu si lalang

12/12/2011-monday-malaysia-5.22 p.m:

salam......... selamat petang.. petang yang redup.. xujan.. xmendung.. tapi redup... huh! kita boleh marah kan? marah adalah sesuatu perasaan tak selesa yang ada dalam diri. ada betul? ada ke orang yang suka suki marah2? mungkin kerana perihal sikap peribadinya pemarah, but must be a good reason why they get angry right.. tak kan la lahir2 kuat marah.. mungkin juga genetik.. aki pon macam tu.. genetik keluarga panas baran.. terutama anak sulung.. but aki mampu mengawalnya.. n aki xsuka orang marah2... kita marah bila sesuai tu tak berlaku mengikut aturan sepatutnya kan/// ade ke orang hapi or sedih marah? pelik kan... so ia bukan sesuatu yang kita tak mampu kawal,, boleh di kawal.. but kadang2 ia hilang kawalan/// why.. for a good reason.. bila ati panas... setan pon dok terloncat2.. memegang kipas... maun nye api sekecil lilin boleh menjadi api sebesar api yang membakar arang... why arang? arang batu dileburkan dengan pembakaran pada suhu yang tinggi... sedangkan arang batu diperbuat dari spesis2 batu mampu lebur di bakar mengunakan nyalaan api berkuasa tinggi inikan api yang di kipas oleh setan! well.. point is, kita boleh berubah sikap secara mendadak... dan biasanya orang yang marah akan mengambil masa untuk tenang... macam ape2 bende yang kita panaskan dengan api, masa panas.. nak pegang guna tangan kosong pon tak boleh kan.. so samalah dgn manusi insan.. aki sendiri.. bukan suka2 marah2 orang.. namun jagalah laku kita agar tidak tergolong dalam geng2... setan si tukang kipas.. 

kadang2 ada cara dan laku kita yang menyakitkan orang lain, sedar atau kita tidak sedar.. berkali2 aki berkata di sini, ini dunia semua olang punya.. bukan lu sorang hidup dalam ini dunia.. lu hidup sama olang lain.. sendiri mau ingat la.. tak kan lu mau hidup lu mau guna hidung olang mau sedut oxygen... ada akai ka?? sendiri punya punya badan sendiri kena jaga la kawan... hai ya... tolong la jgn cedok olang lain punya senyum... lu ingat olang tu senyum dia suka lu punya hal ka... sikit ari dia kasi satu lesing baru lu tau.. sekali bahasa sudah talak tahan.. apa cerita??? sangat2 ignoring! idup dalam ini kawah, selupa lu makan mee kari sama mee sup.. walaupon satu rumpun mee.. lain2 kuah ma.. kena jaga la... bukan payah mau jaga ma.. kasi bukak minda saja... mau kasi tolong boleh... hau2... xde hal... satu mangkuk ma.. mesti kasi tolong... tapi kena jaga la... kasi jeling2 sikit... jangan kasi selirat itu mee/// 

tak faham? xpe.. kalau aki dah mula menulis ala2 gangster cina tu.. tok sah pahamkan.. nak jadi gangster xde anak buah mau buat team// xpe la... gangster syok sendiri pon ok la.. manusia ni kadang2 macam lalang... hidup.. membesar.. hidup dalam keramaian macam kita manusia.. dan tatkala di langgar angin akan ke kanan dan ke kiri... sama jugak macam kita kadang2.. but itu perangai xmau ambil la... jadi macam akar lalang... ribut ke... gempa bumi ke... kebakaran ke.. ko cabut macam mana pon.. kalau tak basah dek peluh xsah la mencabut pokok lalang// akar dia kuat memaku pada tanah.. walau dok buang lagu mana pon.. pasti akan tumbuh jugak balik... sembuk la racun ape pon... takkan semua mati.. lambat laun dia tumbuh jugak.. kadang2 apa yang kita inginkan kita sendiri xpasti, apa yang kita rancang pon belum tentu akan menjadi kenyataan. walau bahan rencah tersedia di hadapan mata. jangan membunuh diri yang lain untuk menentukan jalan hidup sendiri.. bijak pandai berkata: segala keputusan dan kuasa untuk diri ada di dalam gengaman.. pilih sahaja, akal di beri oleh tuhan guna sepenuhnya.. tak cukup, ada akal kiri kanan untuk membantu... namun bukan gengaman orang lain yang membuat keputusan samaada kau mahu hidup atau mati.


 #layu si lalang pada daunnya bukan pada akarnya#

Wednesday, December 7

Bila hati rapuh~


kau tak tahu betapa rapuhnya aku
bagai lapisan tipis air yang beku
sentuhan lembut kan hancurkan aku

walaupun cinta tak sempurna
menghampiriku seketika
ingin kau tahu betapa rapuhnya aku

* kau tak tahu betapa rapuhnya aku
masih terasa luka  di masa lalu
ku pernah mencintai sepenuh hati

** dan ku terluka, luka membekas
bekas membuat, buat selamanya
selamanya ku, ku kan selalu
ku kan selalu rapuh

ku ingin tunjukkan kepada dunia
tak hanya ada karena masa lalu
tapi masih ada harapan bagi yang baru

kau tawarkan ku sejuta harapan
namun kenangan itu tak pernah hilang
ku ingin kau tahu betapa rapuhnya aku

repeat *, **
kau datang bagai hujan
basahi tanah hati
tapi kau lihat sendiri
luka ini
repeat **
ku kan selalu rapuh

Rapuh... salam... selamat malam... or should i say selamat pagi.. gara2 semalam (rabu) kelas aki sangat pack... gile2 pack... selamat je sampai bilik.. buum2... letih sangat,,, bila hujung tahun je.. macam2 nk kena buat.. report sana sini.. adeh!!! busy2 macam tu baru kire ada life ke?? aki bangun seawal 1 pagi kamis.. gara2, katil penuh dengan fail dan ketas2 jurnal.. meja tok sah kata la... ngan planner.. Eee pace.. mcm2 la bende lain... dah la time mcm ni perut lapo pulak... ceh! siot je perut ni, tup2 aki bukak winamp.. add playlist "aku tak tahu" aki set beberapa jenis lagu untuk beberapa keadaan.. time keje.. ni lagu dia.. time santai.. ni lagu dia... time bangun tdo ni lagu die... ni playlist time aki ngah jiwang! hahah.. kenapa tajuk dia "aku tak tahu"? sebab aki xtahu la... tibe2 je ade feel... mabuk baru bangun tdo lewat2 malam.. hak2.. 

play punya play.. kuar lagu ni.. Rapuh.. sapa punya suara?? joeniar arif. Orang mana?? indonesia mari.. aki ingat lagi, lagu ni aki dengar time dalam bus masa nk g kelas, ada sorang mamat indon@student dr indonesia dia dengar lagu guna earphone  tapi ngan aki2 pon tumpang dengar sekali.. aki tersenyum sendiri, dia perasan kot.. tibe2 dia kata maaf.. see2... satu ayat je pon dah boleh dapat kawan baru!! heheh... aki kata lagu y dia dengar tu aki boleh dengar jugak.. dia gelak je la.. aki tanya tajuk lagu tu.. sepatah je dia jawab "rapuh"..ceh! cepat pulak sampai.. dia pon permisi untuk bereda.. xpe la "rapuh"... aku youtube!

aki tengok vd lagu tu, can i say lelaki dalam vd tu "hamba cinta"? (if korang pernah tengok vd tu la..) kesian... jujurlah.. aki jarang jumpa seorang lelaki yang xputus harapan terhadap orang yang dia sayang n cinta walaupun dia terluka. It seem macam kawan aki, aki rasa lagu ni sesuai untuk dia.. (dude! sori ek, kalau lu baca post ni, cerita lu selamat dengan aku.. cuma dasar cerita lu wa buat wayang ini lagu) 

aki ada sorang kawan lelaki, aki rasa lagu ni sesuai sangat nga dia, pasal dia menyayangi seorang gurl2 ni.. lama dah.. kami pon sedia maklum akan hal itu.. but "xsemua yang kita usaha akan jatuh ke tangan kan" g tu la dia.. ada yang telah menyunting hati gurl2.. but ni part y aki benci, "HARAPAN" damn! aki memang benci ngan harapan, aki selalu bilang........... 

"harapan boleh jadi benar, boleh jadi palsu.. tiada yang pasti dan hakiki"

kerana harapan, memakan diri. Bila aki dengar lagu ni, aki teringat cerita dia, aki sendiri pernah mengalaminya.. but bila sampai satu masa harapan itu mati di bunuh oleh benci. Kebencian kadang2 bukan sesuatu yang teruk, kadang2 ia penawar as long kita tahu bagaimana nak mengawalnya. Hakikat kejadian insan blogger, hati manusi mudah rapuh.
"orang kita lihat selalu ketawa gembira kadang2 adalah orang yang paling banyak terluka di dalam hatinya"

ini bukan berdasar kajian or pemantauan cuma berdasar pengalaman, blogger' bagi aki la.. orang yang selalu terluka, bersedih or yang sekutu dengan nya adalah orang2 yang berjiwe nipis.. not to say depa ni lemah! but  mereka ni terlampau kuat sampai satu ketika mereka mampu memiliki perasaan sedih dan kelukaan orang lain. wow! adakah orang macam tu? mungkin korang xpernah jumpa.. aki dah terjumpa.. ada beberapa org (termasok diri aki sendiri) 

apabila kita selalu dalam kesedihan or terluka, ia bukan satu perbuatan sia2 or bodoh! ia satu proses pembelajaran tau.. ia mengajar kita erti2 menghargai dan menyayangi apa yang kita mampu memiliki.. jadi manusia ni kadang2 kite demand lebih.. apa yang dah ada xnak jaga.. nak jugak y baru.. but it true.. kehilangan buat kita lebih mengerti erti menghargai.. well... itulah.. ceritanya.. manyak lagi mende nak cakap pasal kesedihan ni... but simpan la untuk esok lusa nye cerita.. now mau sambung zzz balik.. night world~~~ wasalam.



"bisakah kita tak usah berharap di dunia ini, sehingga kita rasa bebas tanpa rasa takut"