22/4/2011... 2.32 pagi... ak masih bersengkang mata menyiapkan writing y tak jumpa noktah terakhir. Letih la dengan benda ni, jem2... kepala otak,,, stress tahap memuncak,,, di saat ak memerlukan sebuah senyuman,,, namun sayang,, ia tiada di situ, hanya selendang merah y ada. Hilang,,, menghilangkan diri,, atau menyibukkan diri? ak pun tak pasti. Kosong,, kosong saja minda saat kehilangan. Siapa ak sebenarnya d hati kamu insan? Teman? Kawan? Sahabat? Insan? atau Cinta? Seringkali ia berlegar d minda, namun tidak d bibir. hahah bodoh! memikirkan benda y xberfaedah! tapi knp ak sering terfikir? aku bodoh? mungkin,,, atau aku d perbodohkan? kadang2 ak terfikir,,, kesabaran buat manusia hilang segala rasa. Di hadiahkan rase kekosongan.. atau ayat "AKON" lonely,,, Bukan senang untuk kita belajar memahami diri seorang insan. Banyak perkara perlu d tempuhi. Akan tetapi... bagaimana dengan ak? Siapa yang mahu belajar memahami diri aku? Aku membesar dengan segala keperitan hidup.. bukan harta mengajar ak erti keperitan. Tetapi mereka! mereka yang sering berlaku tidak adil terhadap ak! Aku juga mempunyai perasaan, aku juga mahu d mengerti, mahu di fahami, juga mahu di sayangi. Tetapi aku hilang semua itu, kerana keperitan dahulu. Sejak dari itu, aku berusaha sekuat2nya keuar dari dunia mereka. Sejak dari itu aku menghargai setiap insan y hadir dalam hidup aku.. termasuk kalian. Namun sejauh mana kalian menyayangi aku? ye.. sayang aku tidak meminta balasan. Cuma kadang2 aku terasa sedih. Bila rase y aku penah alami dahulu, menjemput diri ini pulang ke sejarah lama. Selendang merah menjadi penguat diri, tetapi kian ilang bisanya. Kenapa??? Aku terjumpa dairi lama semasa aku di situ, banyak perkara yang aku karang ketika itu (maklumlah.. mase mude2,, xkenal blog2 ni). AKu selak satu persatu2,, pelik.... kisah lalu seperti baru berakhir, kisah aku dan bulan,,, kisah ak dan insan d seberang laut.. kisah mereka.. teratak usang yang dulu hilang,, sekarang aku bakal menamatkan kisah aku sebagai seorang student degree.. beberape minggu je lagi. kegembiraan jarang bertandang dalam hidup kita, tetapi apabila ianya hadir, hargailah ia sebaik mungkin. supaya kegembiraan itu mampu menjadi kenangan di suatu masa nanti.Selendang merah.... aku berharap kisah kita tidak berakhir seperti kisah merentas kabus... mahupun kisah satu persinggahan. Biarlah kisah kita seperti kisah nota cinta, berikan aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang engkau bukakan arah untuk aku. Jangan biarkan aku terpinga-pinga di persimpangan. Kerna aku mungkin sesat, dan tak akan kembali... -sekian- (tiada kaitan dengan yang mati, hanya ilusi minda separa sedar, yang buntu mencari jawapan, yang tak tertanya.)
No comments:
Post a Comment