Friday, November 25

Global warming of the soul!

Malaysia/12.26 p.m/ saturday/26-11-2011:

It already weekend... huuh pejam celik nak sampai ujung bulan... aki pon dah sampai ke penghujung semester pertama.. bos pon dah balik haji.. so mean aki makin busy la kan... macam biasa.. biasalah la penghujung musim ni.. macam2 masalah datang.. walau pon bukan masalah aki.. masalah orang pon ada sangkut2 ngan aki... hujung tahun mesti hujan.. hujan yang xsihat! hujan ikot jam tuhan.. bila mau turun, turun la.. ramai yang xsihat sebab perubahan cuaca sekarang ni... ada yang pakat telan 5 bijik panadol semata2 nk ok demam... makin sakit la jadinye... demam tu kn cr EN. BAJU PUTIH je cepat2... nanti dapat selongok ubat yang betul2 untuk sakit ko tu... baru boleh baik.. (aki sendiri xsk g sepital... rimas tgk org dlm sepital... bau ubat g... o... jem..!)

selalunya bila kita ngah xsihat ni la macam2 keje n masalah datang kan, mengeluh??? aki suke buat... mengeluh apabila ada masalh... xde masalah pon aki mengeluh.. but orang mengeluh sebenarnya umpama kilang yang membebaskan asap2 beracun ke udara.. Berdasarkan pengalaman aki la kan, selagi masalah kita xsetel.. kita akan mengeluh,, betul ke? 

cuba blogger fikirkan, manusia d ibaratkan sebuah kilang, kehidupan adalah bumi. Saban hari kita mengeluh, setiap kali kita d timpa masalah, samalah seperti kilang yang membebaskan gas beracun. keluhan itu satu racun! ia mampu menghakis dinding jiwa kita. keluhan demi keluhan saban hari memadai membuka langit jiwa kita dan mengoyangkan pertahanan otak dan hati.. as result kehidupan kita akan tergangu. macam dunia yang nyata ni, kilang2 membebaskan asap2 beracun, so as result lapisan ozon menipis.. apa kesan pada bumi? paling sibuk sana sini orang bercerita pasal global warming! 

manusia jugak mengalami global warming dalam diri mereka sendiri!

jiwa kita jadi lemah, keluhan dan rasa hopeless buat lapisan "ozon" dalam diri kita makin nipis.. aki berbicara tentang diri aki sendiri. aki penah rasa hopeless... rasa macam "it not fair for me!" kenapa mesti aki yang mesti menghadapi? kenapa mesti aki? aki putus asa.. yup saya putus asa.. but ada satu kejadian buat aki insaf..

kenapa aku mesti berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang allah? kadang2 ada benar kata pakar motivasi.. pakar yang paling pakar memotivasikan diri kita adalah diri kita sendiri.. cuma kita perlukan sedikit masa dan ketenangan,,, (keep in mind blogger: Diri sendiri adalah teman paling rapat pada kita".

putus asa ini blogger, bukan satu pilihan yang patut kita pilih sekiranya kita ada pilihan lain. aki selalu berkata pada diri sendiri.. " bila aku susah aku tahu, bukan salah aku tapi pilihan tuhan. biarlah xda orang sayang aku, memadai allah sayang akan aku. kalau DIA xputus2 asa menguji aku kenapa aku mesti memilih berputus asa untuk hidup?"

blogger... tak kiralah apa pun agama kita, kita percaya pada tuhan. setiap permulaan mesti ada penghujungnya.. itu pasti, walaupun ada perkataan TERGANTUNG. namun lambat laun ia akan sampai ke penghujung juga...

nikmat di hujung sesuatu permulaan adalah kebahagian, bahagia bermula dari hati. walaupun ramai orang kelihatan bahagia.. namun belum tentu mereka tenang...

Bagaimana menjadi tenang? banyak cara... antara yang aki masih belajar untuk menguasainya bersyukur dan memaafi kesilapan orang lain. samalah seperti yang aki pernah post dahulu.. ramai orng bersabar, namun belum tentu orang yang bersabar itu tahu akan bersyukur. samalah seperti aki, kita seringkali lalai dan leka, selagi ada masa kita belajar memperbaiki..

aki sering kali terfikir: 
sampai bila kita hendak berasa rumput di seberang sungai lebih hijau dan subur  daripada yang ada di depan mata?

 blogger, sekadar pesanan. untuk memiliki bahagia bukan mudah, namun berusahalah terus. sedangkan kita manusia ketika kecil kita tahu berjalan dengan asal mulanya dari selangkah. Pohon beringin yang besar itu juga asalnya dari satu biji benih yang kecil. Dan seekor burung helang yang besar terbang di udara, asalnya dari sebiji telur. 




No comments:

Post a Comment