Saturday, March 23

Jodoh itu rahsia Allah



Sekuat mana kita setia 
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima dirinya
Jika takdir Allah menentukan kita bukan dengan dirinya
Kita tidak akan bersamanya
Jika Allah telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya
Kita tetap akan bersama dirinya
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya
Tidak akan pernah tertukar
Dan akan bertemu pada saat yang tepat
Menurut ilmuNya
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang
Dan sebaik-baik yang dirancang dari Allah jua



Di dalam jaga aku mengirimkan doaku untukmu nun di hadapan rumah Allah wahai adam, walaupun aku belum tentu menjadi tulang rusukmu yang telah hilang aku redha dengan ketentuanNya... aku pohon agar kau di bukakan pintu hatimu, untuk mengenali ajaran allah.. biarlah kau bukan jodohku, aku redha dengan pemberianNya... aku bersyukur andai suatu masa aku bersua dengan mu, kau menjadi iman pada wanita itu, walaupun mungkin wanita itu bukan adalah aku.



~Jodoh itu rahsia Allah~

Sunday, March 17

Rindu Padamu





Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

********** Indahnya perasaan sayang yang dicambahkan di dalam hati setiap manusia, semua manusia berhak memiliki keindahan rasa itu. Bermaknanya percambahan kasih yang berputik di tanah hati dan mekar di taman itu dengan di pagar oleh iman. Murninya peribadi yang mencari dan menerima anugerah yang tak tergambar serinya. 

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

************************* Dalam diam aku berdoa untukmu wahai adam, walaupun aku tidak pasti di mana kau berada, siapa namamu, dari mana asal usul mu, namun aku akan berdoa kau tergolong dalam insan dalam jagaanNya, dan andai kata kau masih tercari-cari pegangan hidupmu, aku doakan kau dibimbing olehNya... andai mampu kau ketahuan aku setia menunggu kau menjemputku dengan ijab dan kabul.. 

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

********** Hadirnya perasaan sayang dan kasih adalah anugerah, kenapa perlu di salahkan hati kerana menyayangi? kenapa perlu di marahi hati kerana tersandar pada perasan yang menusuk membuas mengasak perasaan yang hangat pada diri kau insan... kerana kau seorang manusia, di beri dugaan untuk memilih siapakah penghuni di dalam sangkar hatimu, jangan pernah menyesal menyayangi insan lain walaupun hanya sekelip mata, kerana itu adalah anugerah. Ringankan bibirmu yang berat mengucapkan kalimah syukur dengan pemberian dan dugaan itu. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kau kerjakan untuk kau benihkan dan untuk kau jaga. Jangan terlepas pandang akan pemberiannya, walaupun sebesar2 zarah,, ucapkan syukur wahai sahabat, insyallah Dia mendengar ucapanmu itu... 






-Aku kirimkan doaku di hadapan rumah Allah agar kau terbuka hati menerima ajaran Allah, moga kau menjadi imamku dan bakal anak2ku... amin-

Friday, March 15

Doa Buat Kau Pejuang


Salam
Lama aki xbercerita di rumah usang ini
Bukan kerana hati atau otak dah kering
Tetapi pelbagai cerita yang datang
Sampai xsempat kita bukukan dalam kalam rumah ini

Hari ini, aki terbaca secara xsengaja
Pemintaan seorang anggota pejuang tanah air di laman fb awam
Terdetik hati ini berkata
" Lindungi dia dan sahabat2 nya yang berjuang demi negara ini allah..."
Jauh hati terdetik, andai aku di beri peluang mendekati insan ini
Amat bersyukur nya aku...
Hidup di perbatasan...
Namun mungkin hanya sekadar gerak hati sahaja...
Namun aki berdoa buat dia dan mereka di sana...
Walaupun mereka dan dia xmendengar doaku ini
Aku yakin ALLAH Maha Mendengar bisikan hati ini
Tiada apa bekalan 
Mahupun bantuan yang aku mampu berikan pada mereka
Aku bukan pejuang papan kunci
Laju menerjah maklumat utama
Mahupun berdiri di atas jari2 berperang dengan kata
Aku hanya seorang pelajar yang masih belum siap masternya
Berhajat mahu tamat pengajian dan bekerja serta berumahtangga
Dan apa yang aku mampu lakukan mengucapkan butiran ayat berbentuk doa buat mereka 
Agar sentiasa dalam keadaan yang tenang dan selamat mengerjakan tanggungjawab
Dan buat sang pewira, walaupun akudan kau bukan siapa-siapa
Tiada titik pertemuan mahupun perantaraan kata2...
Namun hati aku terdetik, andai kau masih belum menyunting mana2 hati
Luhur hati memanjatkan doa moga ada titik yang mungkin menjati titian garis panjang antara kita...
Doaku dan redhaku sentiasa bersama kau dan mereka... insyallah...
Amin.