Friday, March 15

Doa Buat Kau Pejuang


Salam
Lama aki xbercerita di rumah usang ini
Bukan kerana hati atau otak dah kering
Tetapi pelbagai cerita yang datang
Sampai xsempat kita bukukan dalam kalam rumah ini

Hari ini, aki terbaca secara xsengaja
Pemintaan seorang anggota pejuang tanah air di laman fb awam
Terdetik hati ini berkata
" Lindungi dia dan sahabat2 nya yang berjuang demi negara ini allah..."
Jauh hati terdetik, andai aku di beri peluang mendekati insan ini
Amat bersyukur nya aku...
Hidup di perbatasan...
Namun mungkin hanya sekadar gerak hati sahaja...
Namun aki berdoa buat dia dan mereka di sana...
Walaupun mereka dan dia xmendengar doaku ini
Aku yakin ALLAH Maha Mendengar bisikan hati ini
Tiada apa bekalan 
Mahupun bantuan yang aku mampu berikan pada mereka
Aku bukan pejuang papan kunci
Laju menerjah maklumat utama
Mahupun berdiri di atas jari2 berperang dengan kata
Aku hanya seorang pelajar yang masih belum siap masternya
Berhajat mahu tamat pengajian dan bekerja serta berumahtangga
Dan apa yang aku mampu lakukan mengucapkan butiran ayat berbentuk doa buat mereka 
Agar sentiasa dalam keadaan yang tenang dan selamat mengerjakan tanggungjawab
Dan buat sang pewira, walaupun akudan kau bukan siapa-siapa
Tiada titik pertemuan mahupun perantaraan kata2...
Namun hati aku terdetik, andai kau masih belum menyunting mana2 hati
Luhur hati memanjatkan doa moga ada titik yang mungkin menjati titian garis panjang antara kita...
Doaku dan redhaku sentiasa bersama kau dan mereka... insyallah...
Amin.

No comments:

Post a Comment