Sunday, January 12

Tentang Kita

Rentetan cerita tentang kita kata mereka 4 bulan tempoh lama untuk mengukur... hampir.. dan masih tiada jawapan... bingung memikirkan... susun langkah di atur... melakar sebuah cerita tanpa sebarang permulaan... kata aku.... "cinta itu tak bersyarat" dan kerna itu dia akan pergi mencari kepastian.. monolog hati bermula... 


Telah kuhebahkan
Rinduku yang lesu ini
Tertutup mastuli
Namun mustika
Cintaku terus membara

Walaupun tenggelam
Cinta yang dalam membeku
Di selendang arus
Namun mutia
Rinduku masih menyala

Biarkan tidak terlintas
Hasrat cinta tertutup ini
Untuk sorak dan isytihar di hatimu
Mungkin kerinduan
Belum kau peduli
Haruskah diuji? 

Namun pernah terkandas
Hasrat rindu tenggelam sepi
Mengumum dan merayu terhadapmu
Bukti kerinduan
Masihkah kau sangsi
Perlukah diuji? 



...............................................................................

Mungkin kerinduan ini masih tidak mampu menyapa hatinya
Mungkin kerinduan ini hanya lukisan yang hanya tergantung pada dinding rumahku
Mungkin kerinduan ini hanya ilusi minda separa sedarku
Mungkin ia sebuah imaginasi aku yang menyalah tafsirkan muntahan kata-kata
Ya itu satu kemungkinan
Baik 
Adakah ia perlu diuji?
Tempoh... andai satu jangka rasa itu ada...
Moga allah bukakan jalan untuk kau dan aku
Maafkan aku menganggu lena dan benakmu
Maafkan aku menganggu hari2mu
Maafkan aku atas segalanya
Aku akan berlalu pergi sementara waktu
Memasang cermin jernih di antara kehidupan kamu dan aku
Bukan kerna benci
Kerna sayang itu yang akan menjadi racun yang bisa untuk aku
Maafkan aku
Aku lepaskan kamu dengan kegirangan hidupmu
Tiada lagi kata-kata untuk kamu
Terima kasih kerana membuat aku 
Terasa ingin tersenyum
Walaupun aku tidak pasti
Adakah aku layak untuk senyuman itu
Salam.
 

Friday, January 10

Tentang Dia Part 2

Januari, 10, 2014 Jumaat menjelma lagi. Jumaat tahun baru, alhamdunillah aku masih bernafas, kalian juga masih bernafas syukur pada allah. Perjalanan aku minggu ini penuh dengan drama sebabak, alhamdunillah berkat berubat makin sihat namun di minta berubat betul2 berubat, katanya aku tak sihat. Hurm, ujian apa ini pula ya allah? makan aku o.k, minum o.k, tidur over o.k, perasaan@jiwa alhamdunillah makin o.k lepas mengambil ubat makin pulih semangat. Hurm, tak mengapa mungkin ada ujian yang aku tak duga, tak mengapa lepas balik kampung aku akan kembali ke pusat perubatan islam di seksyen 9 itu. Minggu ini aku di berikan beberapa peluang mungkin atau pilihan mungkin, peluang menyambung pengajian keperingkat PHD dalam bidang berbeza, peluang pekerjaan tetapi bidang berbeza, melayan kerenah orang2 dua di kampung, melayan kerenah keluarga di rumah. Hurm, sampai satu tahap, aku over dose punya stress. Sekeras mana pun kepalaku, sekuat mana pun hati ku, sekali di ledak dengan ujian allah tersungkur jua aku ke bumi. Namun alhamdunillah ada jalan penyelesaiannya. Tadi aku bersembang dengan teman akan cerita teman kami yang sanggup pergi ke kenduri perkahwinan insan yang dahulunya menjadi insan ke sayanganya. Dalam diam aku teringat cerita Tentang Dia. Kata Rin "Dia yang mencuri renungan dan senyuman ku suatu masa lalu........."

................................................................................................

Hampir setahun aku di sini, di bumi kelahiran ayahku, perak darul ridzuan. Setelah beberapa bulan aku bertapa dalam sangkar kolej ini, aku melayakkan diri untuk berada di dalam laluan pengajian matrik yang biasa. Selama setahun aku, berada di sana sebagai pelajar matrik dua tahun, yang rata-rata terdiri daripada bumiputera semuanya. Berbekalkan pointer 3.0 ke atas aku layak menyambung pembelajaran aku di sana untuk tahun. Bermulah episod aku sebagai pelajar yang bercampur dengan mereka2 yang terpilih dan bijaksana. Aku? tak sebijak mana, cukup makan. Setelah tamat sketsa aku dengan abg adib, aku gagah membawa diri di bumi asing itu. Aku buang kesedihan itu dengan menyibukkan urusan harian dengan pelbagai aktiviti. Almaklum hidup di alam separa kampus, siang malam adalah buku. Itulah tiket untuk aku masuk ke universiti. Keluarga? mereka ada di sana, berharap aku mampu menyara diriku dan mereka kelak. Hurm, aku jenis samseng ketika sekolah, perwatakan macam lelaki kononnya nk jadi tomboi, di sebabkan cara hidupku yang kasar dan jauh dari keluarga kandungku membuat aku menjadi begitu. Dalam ke separa perempuanan itu, ada juga perempuan yang jatuh hati dengan aku. Adoi? naik seram jugak aku dulu, dalam diam ada yang merenung, kdang2 ada saja barangan aku hilang. sampai satu masa, aku menerima surat layang yang menyatakan perasaan cinta nya itu. Well aku sekolah perempuan dulu, so hanya cikgu dan kerani saja yang lelaki, tomboi2 aku ak syok ngan cikgu aku sendiri. hahaha.... member pon sama main tepuk tangan urm,,, gaduh pulak ngan cikgu.. tak paham aku kadang2 perempuan ni.. dah tuhan bg pasangan laki dan perempuan pasai pa nk jugak pompuan... oke2.. back to life di matrik.....

So sebalik saja aku dari PLKN aku slow2... buang tabiat tomboi aku tu.. aku bukan suka pompuan, aku suka laki! buktinya abg adib couple ak... herm,,, aku rapat dengan seorang lecturer perempuan ni, dah arwah dah dia... first day aku di universiti, dia menghembuskan nafas terakhir dia. Husband nye, telifon kata keracunan hati, urm,,, dialah yang menjadi penyambung cerita cinta aku di matrik... alkisah bermula suatu hari.. ***************Time nk exam lecturer mula sibuk wat kuliah sampai lewat malam... alkisah aku yang suka menyanyi tak tentu hala masa tu... maklumlah nk exam kepala semua tak berap nk betul...Dalam ke keasyikan aku menikmati bingkai langit sambil handfon memutarkan lagu kerispatih "Lagu rindu" kalau aku tak silap, ni gara2 nak tunggu lecturer aku sampai... akon dalam bilik kuliah tu ya allah... sejuk amat! aku tak sedar ada sepasang mata memerhati aku mengelamun sambil menyanyi... seorang lecturer.. dari kuliah sebelah... seorang lecturer y aku mula2 jatuh hati masa mula2 datang ke matrik.. 

"amboi... lagu rindu untuk sape tu?" terkejut... hahah... "alamak... segannye.. cg. dengar ke?" 

aku tak pasti adakah itu cinta atau apa sebenarnya, tapi kisah kami bermula di sebuah cafe... satu perlanggaran... aku ingat lagi.. aku bertembung dengan seorang cikgu masa d cafe.. sebab aku nak cepat g kuliah... n cikgu tu pulak bercakap xpandang depan.. kami berlaga, note n ketas nota aku berterabur sama... aku hanya sempat kata mintak maaf saja.. gara2 nk kejar kuliah bio.. serius cikgu dia garang gile2.. cikgu tu laki.... seram masok kelas dia.. kalau lambat dia halau... masok2 kls cun2,, ngan masa dia.. aku selak la note2 y dah bercampur aduk.. sekali ada ketas2... note soalan math dlam note aku.. udah.. ni soalan sape pulak ni... note aku pulak ada y xde... hish2.. dah mcam dalam drama pulak dah... mn nk cr cikgu tadi ni... erm... aku xleh fokus.. xleh fokus... note xde.. takut kena soal kan nk jawab mcm ne... but nasib baik la.. xkena soal.. 
masalah2.. mn pulak nk cr cikgu ni.. nama pon tak tahu... adoi... ni ketas soalan student dia ni.. aku trus je balik hostel.. elok je mlm tu seorang warden a.k.a cikgu aku jugak.. tp kami rapat la.. ajak kuar g pasaraya beli barang2 dapo.. dia nk buat jamuan makan hujung minggu ni.. erm.. aku saja2 tanya dia... pasal lecturer y aku langgar.. but dia pon xsure... sebab ramaikan... erm.. xpe la.. t aku g la tgk kat cubicle math tu... kot2 terjumpa... tp kn tunggu isn depan la.. ari ni dah jumaat..... so... 

ari ahad aku n the geng sibuk2 menolong warden ni masak2.. wat jamuan makan2.. semperna hari raya... ok fine.. kami ni orang jauh.. so kalau baik2 ngan lecturer.. ada benefit gak la.. xde la bosan sangat kan.. macam2 juadah cikgu fizik aki buat.. dia pon gile masak gak... n sedap! aku suka gile kalau dia masak... macam kat umah pon ada jugak rasenye.. masa aku sibuk melayan tamu y datang... ada satu suara dr belakang..

"boleh isikan kuah mee kari utk saya?" aku menoleh... eh ni kan orang y aku langgar ari tu.. "boleh2... cikgu kan y saya langgar kat cafe ari tu...? sori xsengaja... ".. dia menghulurkan mangkuk mee dia, dan tersenyum.. "kejar ape ari tu sampai, pasang gear turbo?" adoi... "saya nk kejar kuliah.. saya dah lambat sangat, maafkan saya xsempat nk mintak maaf dgn cikgu"... "oh... ade ketas2 cikgu terselit dalam note saya.. n ketas saya rasenye ade jugak dlm note cikgu kan?" dia mengambil makanan dr tangan aku... "haah.. ada.. sy pon pelik, bila masa sy nye note ade gambar2... daun la... bulat sana bulat sini..." ceh... ni perli aku ke ape? tau la aku ni tangan kayu.. melukis tu... ish2... segan la nk bg orang tengok.. " tak pe la.. isn nanti datang ambik, sy kat cubicle math... "oook..." aku pon berlalu ke dapo... segan la pulak nk duduk depan tu... yelah semua lecturer ada kan.. kita ni student je...

sibuk2 dok kat dapo.. cikgu fizik aku nama cikgu huda.. dia dah meninggal masa hari ak masok ke U (28/6/2008).. cg huda suruh kami makan la kali.. "ei.. makan2.. jgn segan2.. wat mcam umah sendiri... k" aku masa tu tengah merebus spaghetti... tibe "masak ape lagi tu?"... punya la kita ni terkejut.. cikgu math tu ada kat belakang aku.. dia pon lebih kurang tinggi aku je... (golongan rendang2 kan).. "ei... ko , buat ape masok dapo ni.. g depan... amboi.. dapo untuk kaum hawa saja ye..." "ala uda.. aku nk tengok gak dapo ko ni, apa g bende sedap boleh makan... hahah".. sampai kemalam gak la kami dok mengemas... lebih kurang 10 mlam selesai kemas... sebelum balik ke bilik.. "cikgu uda.. nk ty sikit boleh?" "aaa... tanya2.. nak tanya pe?" "sape nama cikgu laki y masok dapo td?".. cikgu uda ni tersengeh lebar.. "kenapa? suke dia ke?" "ish cikgu ni.. sy terlanggar dia ari tu.."..." k.a"... oooo cikgu k.a... oke la.. tau dah nama// senang nk cr...

aku g ambik note aku.. bukak sem.. lecturer math aku sambung study.. so akan ada cikgu baru.. ganti.. sekali cikgu y aku langgar tu menjadi cikgu ganti... oh jem... jd cikgu tutor aku pulak dah.. ada beberapa event y aku terlibat dengan cg nuar... kadang2 kalau cg uda ajak kuar makan or jenjalan/// ada jugak lecturer lain akan kuar sama.. kadang2 cg math tu ada sama... lama2 kami jadi  rapat... rapat sebagai guru n student.. tapi ada je mata y pandang lain macam... aku sendiri xpasti, apa perasaan aku pada dia... kadang2 aku risau kalau xnampak kelibat dia walau sehari... kadang2 aku jadi pendiam n senyap bila ada dengan dia... 

ada satu trip kami ke cameron... aku ingat lagi.. masa tu kami berjalan2 waktu malam kat tanah rata... aku termasok la sebuah kedai cenderamata ni... dia jual mcam2.. aku bekenan tengok cincin... tiruan punya.. xsampai berpuluh2 pon harga dia.. . suke dah nk beli.. dah try dah kat jari... tapi money xcukup ms tu.. yelah.. mau beli bende lain lagi... makan lagi... "tak jadi beli?" "tak la.. xcukup duit"... aku terus keluar dr kedai tu... pastu kami g la makan... best borak2 ngan orang dah keje ni... xde bende y diaorang risau... cerita kehidupan masa diorang study kat universiti... wah bestnye... sampai lupa pasl cincin td.. masa lewat dah nk kol 12 mlm br balik hotel.. "...erm.. jap2... " tibe cg anuar panggil.. "nape?" aku dah mamai2 masa tu... letih kot seharian bejalan2... dia hulurkan aki sebuah ketas yang berlipat kecil.."ape ni?" "untuk kamu, selamat malam, salammualaikum"... dia bla macam tu je masok bilik dia... aku selak2 la apa dalam ketas tu.. rupe2nya cincin y aku tengok td... nk kata hapi ke, terkejut ke, blur ke.. semua ada.. 

"kenapa cg bg sy cincin ni? mahal la.. sy xde duit nk ganti balik ni"... time tu kami sibuk mau naik bus balik ke matrik dah... "sy xsuruh bayar.. tp suruh awak pakai.. xsusahkan?".. "memag la xsusah.. tp hati sy susah.. duit org ni..."... "kalau awak sayang cincin tu awak pakai k... jgn tanya lagi" aki simpan lagi cincin tu.. n masih pakai sampai sekarang... kami makin rapat... sampai aku ada satu rasa y lebih dr seorang guru... 

"senang hati nampak nyanyi2 ni" cg nuar terus meletakkan beg dia atas meje n bediri tepi aki... "apa y awak cr kat langit tu... tenung mcm nk mkn org je"... aku tersenyum... "xlama lagi sy nk kuar dr sini... masok u... dulu masa sy rindu mama... mama selalu kata.. kalau kita rindu orang.. kita tengok bintang"... "kenapa mesti tengok bintang?"... "mama kata sebab, mungkin orang y kita rindu tu pon tengah tengok bintang jugak, cahaya bintang tu memantulkan rasa rindu kita kat orang y kita rindu tu..." ................... "betul ke? awak percya ke?".......... "mama kata.. kalau kita percaya, ia akan jadi kenyataan..."....... "so sekarang org y awak rindu pon tengah tengok bintang jugak ke?"............... "erm... mungkin... kadang2... ada perkara y kita tak mampu bg tau dengan pekataan... kadang2.. kita perlu percaya... saya percaya orang y saya rindu melihat bintang ni jugak... n dia dapat rasa sy rindu dia"..... "boleh saya sape y awk rindu?"........ aku hanya tersenyum... dan pelahan2 ke dewan kuliah.. "saya merindu orang y merindui saya.. tapi sy tak tahu siapa dia... mungkin bintang tahu siapa y saya rindu".......dia tersenyum...

pada hari aku keluar dr matrik... sebak xyah cerita... nak berpisah dengan kawan2.. pensyarah.. walaupun bukan bertahun kenal tapi hubungan baik buat kami rasa hiba nk berpisah... dan dia juga menyebabkan aku seribu kali sebak untuk meninggalkan tempat aku menimba ilmu ini...  dia datang jumpa aku lepas ujian metsi, ujian kelayakan pertama kalau mahu mohon pendidikan..... "saya ada hadiah untuk awak... janji jgn bukak selagi tak kuar dr pintu matrik ni.."... "lepas ni, awak akan masuk u.. study rajin2.. ingat... awak dah melangkah ke dunia baru... alam dewasa... banyak dugaan untuk awak".... "apa2 hal... saya ada kat sini membantu... mcam awak kata.. kalu awak rindu kami... awk tengok lah bintang... mungkin saya juga akan melihat bintang y sama.. all the best...".........................

sebaik saja melangkah keluar dr pagar matrik... berjujuran air mata aku jatuh... ye aku yakin.. aku sayang akan insan ini... walaupun ketika itu seakan2 aku masih mentah untuk semua rasa ini.. tapi ia hadir masa kami memalingkan muka kami... aku bukak box hadiah tu... dalam tu ada sepasang kura2 y ada magnet... aku selalu main kura2 ni atas meja dia... ada sebuah piramid kaca.. penanda buku... sebuah mp3 dan sebuah pen drive.. aku dengar mp3 tu... hanya satu lagu je dalam tu... kerispatih "lagu rindu".. berjujur air mata aku masa tu... mama diam je.. dia fikir aku sedih nk tinggalka matrik dan kawan kot.. apa bila sampai d rumah aku bukak pendrive tu... aku tengok ada banyak gambar... time kami keluar ramai2.. time dalam kelas... time keramaian... time exam... aku sendiri xsedar bila gambar ni d ambil.. ada sebuah folder tajuk "bintang" aku buka ada satu file word... 

"salam, saya tahu bila awak baca note ni, awak dah jauh dari saya... mungkin terlewat buat saya untuk memberi tahu awak... y saya sayangkan awk.. saya keliru.. kerana usia awak dan saya berbeza... tetapi ada sesuatu dalam diri awak y buat saya tertarik... saya ingat lagi saat awak langgar saya... dalam kepala saya masa tu "budak ni, kasar betul... sapa nk kawin ngan orang macm ni" namun awak, buat saya sedar...kekasaran itu hanya sebagai kulit keras melindung kelembutan di dalam diri... sama la macam kura2 y saya bagi pada awak.. mungkin terlambat jua buat saya untuk memberi tahu awak... y saya rindu dengan awak, kalau awak tak jumpa saya... walupun awak selalu datang untuk bertanya soalan itu dah cukup menawar hati saya... awak selalu kata.. kalau kita rindu kan seseorang, kita tengoklah bintang... mungkin orang y kita rindu sama melihat bintang juga... pada mulanye saya rase lawak dan pelik,,, yelah awak ni kadang2 pelik.. cara pemikiran awak... tapi ia menarik hati saya... buat masa ini, biarlah jarak menjauhkan kita... awak masih ada perjalanan y jauh sebelum menjadi dewasa... cuma saya berharap awak xabaikan keutamaan awak dalam hidup... insyaallah... saya doakan awak dan kejayaan awak... mungkin awak tertanya2... lagi satu saya nk mintak maaf.. saya simpan novel yang awak tertinggal dalam cubicle saya.. saya simpan novel ni... sebagai ganti saya beri 2 ekor kura2 magnet saya tu... dulu saya pernah kata baca novel ni buang masa saja... tapi kini saya suka baca novel ini... novel yang awak tercicir... saya suka ending novel ni... walaupun ia ayat dari novel... tapi benar dari hati saya...."

Serindit kecapi terbang sekawan
tasik bera mengalir lesu
walau jauh kau kutinggalkan
tenang alurmu mengamit rindu

segugus rindu bawa ku belayar
kasih ku semat di dalam hati
tekun adik ku tekun belajar
di hujung jalanmu abang menanti

salam tulus ikhlas....

k.a
masa tu tuhan saja yang tahu ape perasaan aku.... sebak... sedih... aku memiliki kebahagian dalam tak sedar... ya allah... lagu rindu aku putar sebelum tido... lagu yang membawa seribu erti pada diri aku... ye aku masih mentah pada masa itu namun aku mampu menilai... kini aku telah berada di dalam universiti... dan cikgu anuar masih di sana.. cuma jodoh kami xkesampaian... dia bertemu jodoh atas pilihan keluarga.. aku sedih dan sedikit terkilan... dia email menyatakan kemaafan... dia tiada pilihan... dia mohon aku reda... dan memohon maaf atas segalanya2... satu saja y dia pinta agar aku terus memakai cincin pemberiannya.. sampai suatu masa ada seorang lelaki yang benar menyayangi aku menangalkannya dan mengantikan dengan y baru... sampai kini aku masih lagi melihat bintang dan cincin ini tetap di jari ku... mungkin aku masih belum bejumpa putera idamam... mungkin aku akan terus melihat bintang d waktu malam....Dan bermulah pencarian dan episod Tentang Dia yang mencari keserdahanan dalam kehidupannya... 

************************* bersambung

Monday, January 6

Januari, 7, 2014- Kuala Lumpur

Hanya monolog dalaman dari sebuah petikan cerita kehidupan. 


Dalam keramaian aku duduk bersandar merenung langit
Salahkah aku?
Kata mereka aku bersalah
Menyalah gunakan kebaikan ku
Ada yang mengambilnya tanpa aku sedari
Ada yang aku sendiri memberi tanpa aku sedari
Salahkah aku?

Ya 
Kata mereka aku bersalah
Telalu mudah 
Sifat yang terbenam dalam diri ini adalah satu kesalahan
Aku tahu kah?
Mungkin aku tahu
Mungkin aku tak tahu
Aku bodoh?
Ya 
Aku bodoh dengan memiliki sikap itu tanpa tahu mengawalnya
Sehingga ia mengurung
Mencalar 
Menghiris 
Aku
Dan aku hanya termenung memerhati

Dan mereka berkata aku salah!
Aku cuba membina 
Yang terbaik untuk diri aku dan mereka
Namun pada aku itu mungkin baik
Mungkin tidak
Bukan aku pinta aturan jadi begini
Perlukah aku menulis hikayat hidup untuk mereka jadi panduan?
Akal dan hati digunakan untuk apa?
Kenapa aku perlu di persia?
Adakah aku boneka kosong tak bernyawa?

Aku letih untuk berfikir
Aku letih untuk menjadi pelita
Aku bukan lilin yang gah membaka diri menerangi org lain ketika kegelapan
Aku bukan bintang dilangit indah menghiasi dinding malam
Aku bukan pohon rendang untuk kau singgah berteduh

Aku letih untuk semua
Benar aku letih
Apa yang mahu lakukan sekarang?

Aku mahu berhenti untuk semua itu
Aku diam
Aku akan bisu
Aku tak akan melihat apa yang berlalu di sisi jalan
Sudah jangan bersuara lagi
Pergilah
Aku tak mahu dengar apa2 lagi
Aku tinggalkan lukisan pelangi dari muka ini
Jangan bertanya kenapa lagi
Aku letih untuk semua itu

Dan
Aku hanya mahu duduk bersandar sebentar di dinding ini
Memerhati tanpa sebarang suara
Sama seperti angin yang menyapa diriku
Diam, tapi aku dapat merasakannya

Sudah
Pergilah
Jangan berpaling melihat aku
Aku mahu memejam mata sebentar
Menikmati indah yang aku rasa indah
Tanpa Sebarang suara

Pergilah...  

........................................................................................................


Sunday, January 5

What i should i do?

when I let you go one step further,
my eyes overflowed with tears
when you walk one step further,
more tears are falling
as move away to a place
where I can't reach you,
even if I reach out my hand
I can't reach you, I can only cry

what I should I do?
what should I do?
you're leaving
what I should I do?
what should I do?
you are leaving me
I love you,
I love you
I cry out to you
but you can't hear me because
I am only shouting in my heart

all day long I try to forget you,
but I think of you again
all day long I try to say goodbye,
but I think of you again
when you went to a place
where I can't hold you,
even if my hand reaches out to you
I can't see you, I can only cry

what I should I do?
what should I do?
you're leaving
what I should I do?
what should I do?
I LOVE YOU ONLY
I love you,
I love you
I cry out to you
but you can't hear me because
I am only shouting in my heart


...........................................................................
.

What should i do? just pretend like it just a dream? or should i walk away from your eye, mind, ear and heart? What should i do?


Tentang Dia Part 1

-Ia hanya monolog dalaman separa sedar dalam meniti susur2 jam dindingku-
.....................................................................................................


 Tersenyum sendiri menghempas kepala ke bantal tidur merenung bilah-bilah kipas yang berputar. Jauh diluar tingkap, hujan turun membasahi lantai bumi dan riuk pikuk kedengaran mereka sibuk menelaah kalam masing-masing. Musim final exam, aku? musim berpening dengan pelbagai masalah. Aku bangun merenung haiwan yang terkurung di dalam sangkar di tepi asus ku.. Dia menguap, masuk ke dalam rumah kuningnya. Barangkali dia sudah mau tidur. Aku? merenung meja, jadual untuk minggu ini sudah siap. Nafas berat aku lelahkan, moga ada penyelesaian segera bagi masalah aku ini. Aku merenung dan membaca, kendur otot-otot muka ku, tiba-tiba di bahagian kiri dadaku seakan2 pedih. Kenapa? Hurm... salahkah aku? atau aku hanya berangan2? mungkin. Aku membuka kotak yang aku simpan dalam kotak hijau di bawah meja. Dalam kotak usang itu aku buka kembali, dan aku buka buku merah jambu itu. Aku singkap. 2004, tiada tarikh namun ada sekeping gambar. Lalu aku berbaring dan membaca.... 

.......................................................................................


 Hari raya merupakan hari yang paling meriah dalam hari2 yang ada dalam sejarah hidup Nurin.  Tapi 2004 terasa suramnya walaupun semua keluarga balik ke rumah. Seri rumah kelihatan hampar kerna tiada telatah arwah datuk aku, arwah meninggal setahun lepas sebelum Nurin sempat mengambil peperiksaan pmr. Seluruh keluarga berkumpul, almaklumlah kampung kan. Line telifon canggih2 ni payah nak dapat. Telifon atie sendiri jenis "baling anjing" bak kate orang mase tu. Ia bermaksud nokia jenis 3310, tu paling baik kalau dapat pakai celcom. line full lah jugak kadang2, Sepupu2 Nurin duduk di bandar tak seperti Nurin. Adik-adik Nurin sendiri duduk di bandar, Nurin saja duduk di kampung sejak lahir. 

"Rin, ade fon nokia lebih tak? Ke boleh pinjam ke fon ko sementara waktu. Member aku nk sms payah lah, Line tak de maxis ni" Mai mengomel sambil lagak mencari line telifon ketika kami sibuk menyapu sampah di bawah rumah.

"Ade satu lagi, fon mak long. Tapi dia xguna sangat. Nanti aku ambilkan. Tapi jangan bawak balik pulak, kan mengamuk orang tua tu kat aku". 

"Ah kau ni, xde keje aku nk bawak balik lah telifon tu, fon aku lagi up kot.. hahaha". Nurin mengeleng kepala saja, almaklumlah mak ngah dan pak ngah orang y agak berada dalam keluarga kami. Tak hairanlah anak-anak dia pakai barangan teknologi seawal usia lagi. Aku? dapat telifon pon sebab, pmr. 

Keesokan, aku keluar ke pekan mengikut sedaraku memberi barang, ada pulak yang tak cukup. Hish, makcik2 aku ni, nak kenduri kawen ke ape. 

"Eh rin, nak g mana?" Mai yang baru lepas mandi berlari2 mengejar aku yang dah nak keluar pagar rumah."Nak g pekan ngan Abi, nak beli barang sikit." Aku dan Abi ni dah kawan sejak kecil lagi, Abi di tinggalkan dekat opah dan atuk dia kerna ibunya bekerja di bandar manakala ayahnya telah berkahwin lain dan ceraikan ibunya. "Kau nak ikot ke Mai? nak ikot jom tp kalau kau nak merayap xyah ikot. Kan sekeje aku nak mencari kau di pekan tu". Abi dulunya seorang pemalu dan penakut, selalu kena buli zaman kanak-kanak oleh samseng kampung. Aku? Agak kasar dan selalu jadi heroin selamatkan dia. Sekarang dia jadi hero kalau ade org buli aku kat sekolah. Sekolah Abi dan Aku sebelah menyebelah sahaja, Aku sekolah perempuan, dia sekolah campur. 

"Ala korang ni pon, aku nk ikot sb nk g cc jap je. Ni kawan-kawan aku ramai suruh bukak Friendster. Kejap je, Korang g lag beli barang, nak balik sms aku. Ala pekan tu bukan besar macm KL lah... Aku tak lari jauh pon".

"Hurm, cakap je kan ilang tah kemana. Orang sibuk nak buat lemang ni". Abi mula mengomel. Aku tersengeh saja. Sampai di pekan aku dan Abi ke pasar mencari barangan dapur dan beberapa kedai lain untuk membeli barangan lain. Mai bersendirian ke cc, abg nya tak mahu ikot gara2 nak menyiapkan pelita buluh dengan paksu ku. 

"Hah! inilah dia janji org bandar. Tu pasal aku malas nk melayan kehendak minah bandar ni. Benda cepat jadi lambat" Merah muka Abi menunggu di bawah matahari. "Kau duduk berjemur tu pasal apa? ingat peluh boleh kering dok berjemur mcm tu. Sabar lah kejap, dia nak dtg dah ni". Aku tahu Abi ni tak berapa suka menunggu, maklumlah lelaki. 

"Hah! terkedek2 mcm mak datin. Pasal ko lambat minah?" Abi cekak pinggang apabila Mai tercunggap2 berlari. "Lex lah bro, kejap je lambat. Bukan berjam2 pon aku lambat". "Kejap mende? setengah jam aku terpacak kat sini tunggu kau. Hei lain kali aku xmo bawak kau lagi!". Hurm, Abi dah mula naik bengang lah ni, "Dah2... balik2.. kan bising pulak yang kat umah tu". Mai tersengeh2 memandang aku. "Sori ek, tadi aku chat ngan kawan aku tak sedar pulak kau sms". "Erm, chatting memang lah tak sedar, siap aku telifon pon kau tak angkat". Mai hanya tersengeh lalu masok ke dalam kereta. Sesi petang menunggu lemang yang dah nak siap dan merbus ketupat. Aku dan yang girl2 kena, menolong mak cik2 aku menyapu sampah di halaman rumah. 

"Rin, nak mintak tolong sikit boleh?" aku menoleh dan tersenyum. "Hah, tolong ape?". Mai berhenti menyapu dan tersengeh, "Pinjamkan handfon kau boleh?". 

"Ai... bukan aku dah kasi pinjam handfon mak long kat kau ke?". 

"Ni aku nak pinjam handfone kau sekali ngan sim2 kau sekali. Boleh lah line maxis tak kuat lah.. aku nak sembang ngan member aku malam ni... jangan risau aku top upkan untuk kau... aku janji lepas sembayang raya aku bagi balik oke.. pliz2...."

"Kau ni macam2lah.. yelah2 nanti aku bagi pinjam,". Mai melompat sambil tersengeh2.. "Terima kasih Rin.. Sayang kau"

Malam raya macam biasa, meletup sana sini. Tak Kurang rumah aku jugak. Segala jenis merecun dan bunga api ada. Dari bapak budak hingga ke anaknya main mercun tak sedar diri.Aku tak berani main mercun, takut terbakar. Tapi aku suka tengok mercun roket yang banyak warna. Seawal pagi kena bangun untuk sembayang raya dan menyediakan juadah untuk tetamu yang datang. 

"Rin, nah telifon kau. Thank ek". Mai memulangkan telifon aku semasa kami nak beraya dirumah saudara mara. Raya sakan berjalan, namun tak lupa menziarahi kubur arwah datuk aku. Sedekah al-fatihah dan bacaan yasin oleh anak2 cucunya yang mampu di kirimkan di pagi syawal ini.

Setelah genap 4 hari beraya, masing2 berangkat pualang ke kota untuk bekerja. Aku berangkat pualang ke pekan, aku tinggal dengan mak long di pekan. Tinggalah nenek aku sorang di kampung dengan adik tirinya. 

Suatu malam.. Ring ring telifon aku berbunyi, "no. siapa pulak ni?. Helo, Assalammualaikum." aku mengangkat panggilan tersebut. "Walaikumsalam, Lisa ingat say tak? sibuk ke?". Sudah Mai2... "Maaf ini buakan Lisa, salah no. ni.

"Eh ni bukan Lisa ke? Saya sms dan bercakap dengan dia beberapa hari yang lepas. Mana mungkin saya salah no". Udah, minah ni buat hal ngan mamat mana pulak ni, bahasa dia pon pelik aku dengar. "Boleh tau saya cakap sama siapa? Di mana ni ye?". Aku malas mahu layan. "Erm, xpe lah awak salh no. ni... oke xpe2..." "Kejap2.... Oke sy rase saya kena tipu kan? Pliz tolong saya. Saya cuma nak tahu saja. Bukan nak kacau awak oke?"

Mai2... ko buat bala apa lah ni.. "Saya mintak maaf, sepupu saya pinjam fon tempoh hari. So mungkin dia yang guna call awak kot. Tapi nama dia bukan Lisa but Maisara". aku dengar satu keluhan, dan ketawa kecilan "Padan muka saya kena tipulah ni, xpelah kalau begitu maaf ganggu kamu ya". Aku dari tadi terfikir, orang mana ni, mana dia kenal Mai, "Halo2 masih ada di sana ka?". Aku terkejut, sempat berangan pulak kau ni Rin. "Ade2... maafkan sepupu saya k, nk no. dia yang betul ke? saya boleh bagi". xkeje aku nak bersekongkol dengan si Mai, Kureng asem punya sepupu. Hei2... "Tak palah, dia tak ikhlas berkawan sama saya. Saya tak mahu ganggu dia". Aku diam, macam orang baik... sian pulak kena main. "erm, sori tau, kita tak leh nak kate ape2... " aku pulak yang rasa bersalah. "takpa2.. bukan salah awak. okelah maaf ganggu ya...  Assalammualaikum"... klik... terputus.. "Walaikumsalam". Mai2... nanti kau! balik kampung nanti siap, aku belasah dengan batang penyapu. Cis wat pasal je! kesian mamat tu, dah la nama pon aku tak sempat tanya... hei.....

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hari ni, mak long keje petang. Mean dia balik malam... hurm lega... xdelah riuk rumah ni dengan suara membebel dia.. bingit kepala aku dengar. Ring2... ada sms masuk. No tak dikenali lagi, udah ni no sape pulak.... "Assalammualaikum, erm.. saya yang call tempoh hari, saya lupa mau kasi tau nama saya hari tu. Saya Adib. Kalau boleh saya mau berkawan dengan awak. Saya tak ramai kawan semenanjung. Kalau sudi, balas msg saya ya". 

Udah aku sengeh sorang2... Amboi jauh sangat ke kau ni duduk, "Walaikumsalam, ye jugakkan lupa tanya nama, kita Rin. Awk ni asal mana?"...

 Ring2... "Saya asal sarawak, di bau. Tapi sekarang di sabah, matrik labuan. Umur awk berapa ya".

Saarawak... jauh tu, xpernah aku jumpa or kawan org sana. Patut suara ari tu lain macam je. "ooo matrik... kita bdk sekolah lagi.. form 4"


Ring2... "Oooo saya abg lah ni, nama saya ABANG ADIB AMSYAR, panggil abg pon boleh sb itu nama saya jugak"

Aku tersengeh, makin rancak pulak bersembang. "Oke abg, panggil kita Rin je nama kita NURINA TIHANA MAZLAN".

**** dari kebetulan itu, aku dan abg menjadi kawan. Abg merupan anak kelahiran Bau, Sarawak. Kali pertama, kami bertukar gambar melalui sms, buat aku terkejut amboi hemsem kot. Putih orangnya, aku dah lah gelap. Dia merupakan pelajar jurusan sains di matrik labuan, makin hari makin kami rapat. Boleh di katakan tiap2 hari dia akan msg just waktu malam lepas pukul 10. Bukan apa, just tanya kabar, bagi tau dia sedang study dan tiap2 kali dia habis study kebiasaan dalam pukul 3 pagi dia akan msg bagi tau dia habis study. Aku? erm, buat bodoh aja.. kadang2 aku balas, kadang2 tidak... begitulah situasi dia sampai aku form 5. Dia habis study dan melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian islam di mana aku pun tak ingat. Tapi kami masih berhubung sehingga aku tamat SPM. Dan buat pertama  kalinya dia menyuarakan isi hatinya untuk menjadikan aku teman istimewanya. Aku? gembira mungkin, tetapi aku jual mahal. Aku dapat PLKN, so aku mintak tangguh smpi aku habis PLKN. Dia setuju, dia tak jemu menunggu aku di hujung minggu tiap kali aku mendapat fon dan sanggup top up kan aku gara2 nak ber sms sahaja. Sebaik habis PLKN, dia bertanya sekali lagi, dan aku minta tangguh sehingga result SPM ku keluar. Dan dia masih menanti, bila result SPM aku keluar, soalan sama di ajukan. Dan aku minta di tangguhkan dulu kononnya aku mau fokus kemana hala tuju aku lepas ni. Aku ditawarkan ke sebuah matrikulasi di perak, dan dia masih bertanya soalan yang sama. 

"Abg tak penat ke tanya soalan yang sama?" Suatu malam selepas kuliah dia menelifon aku. "Tak sayang, kalau kita benar2 mahu. Kita kena sabar dan berusaha selebihnya tawakal dan berdoa agar dipermudahkan". Jawapan yang buat aku terdiam. "Rin Masih di sana?". Aku kelu dan aku tahu aku perlu memberi jawapan. "Boleh ka kita berhubung dengan jarak macam ni? Abg percayakan Rin ke? Rin pon xsure Abg ni serius atau saja2 suka2". Jauh dr corong telinga aku dengar Abang Adib ketawa. "Rin, kalau Abg main2 awal2 lagi Abg cari yang lain, xde lag tanya Rin soalan yang sama. Jodoh itu ketentuan tuhan Rin, Namun kita perlu berusaha mencarinya. Selebihnya biar Allah yang menentuka. Rin sudi tak, jadi teman wanita Abg? Abg tau Rin dah muak dengar. Abang tetap akan tanya Rin". Aku diam, "Rin setuju, tapi Rin mintak maaf kalau ada apa2 masalah nanti". Aku hanya mendengar satu ungkapan yang aku pasti dia mengucapkan dengan penuh rasa. "Alhamdunillah, xsia2 usaha Abg. Terima Kasih Rin, Abg akan berusaha membuat yang terbaik dlm pelajaran untuk masa depan kita. Abg harap Rin juga sama".

Selama dua tahun kami kekal dengan status perhubungan itu, namun aku tak pernah berjumpa bertentang mata denganya. Walaupun jarak jauh tapi aku yakin dia setia, pernah juga dia berhasrat mahu ke semenanjung dengan keluarganya.. Aku bingung pila di ajukan soal kawin, sedangkan aku masih merasakan perjalanan hidup aku masih jauh. Dan kerna kejauhan ini dan kementahan aku membuat aku memilih untuk melepas kan dia. Dia merasakan aku ada orang kedua, barangkali "Ya" aku dilanda gelora dengan kehadiran seorang lelaki yang sentiasa ada di depan mata aku. Dia juga jauh lebih tua dari aku. Abang Adib melepaskan aku dengan penuh berat, berderai air mata jantannya ketika aku menelifonnya. Aku mahu dia bahagia, namun jalanku masih jauh. Dan aku tak pasti akan perjalanan ini, sedangkan dia telah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ADAM. Kejam kah aku? mungkin ya aku kejam! namun, lagi kejam kalau aku terus begini. Aku terputus hubungan dengan dia kerana handfon aku kecurian ketika menaiki bus untuk pulang ke kampung. Aku pulak bukan jenis meningat no. telifon. Barangkali ini terbaik buat dia. Dan bermula pula kisah baru TENTANG DIA yang berada di hadapan mata. Seorang guru, yang dalam diam menyuri pandangan aku.......................

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> bersambung.


January, 5, 2014- Kuala Lumpur

Terlampau sering kau buang airmataku.
Tak pernah kau tau dalamnya rasa cintaku.

Tak banyak inginku. Jangan kau ulangi menyakiti aku sesuka kelakuanmu.
Ku bukan manusia, yang tidak berfikir. Berulang kali kau lakukan itu padaku.

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.

Teramat sering kau membuat patah hatiku.
Kau datang padanya. Tak pernah ku tau.
Kau tinggalkan aku di saat ku butuhkan mu.
Cinta tak begini, selama ku tau.
Tetapi ku lemah karna cintaku padamu.

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~

*Instrumental*

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~

Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Ohhhhhhhhh.
(Jika cinta dia, jujurlah padaku.)
(Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.)
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~
..................................................................................................................................


"It hurt the most when the person that make you feel so special yesterdays,
makes you feel so unwanted today" 

January, 5, 2014