Dalam keramaian aku duduk bersandar merenung langit
Salahkah aku?
Kata mereka aku bersalah
Menyalah gunakan kebaikan ku
Ada yang mengambilnya tanpa aku sedari
Ada yang aku sendiri memberi tanpa aku sedari
Salahkah aku?
Ya
Kata mereka aku bersalah
Telalu mudah
Sifat yang terbenam dalam diri ini adalah satu kesalahan
Aku tahu kah?
Mungkin aku tahu
Mungkin aku tak tahu
Aku bodoh?
Ya
Aku bodoh dengan memiliki sikap itu tanpa tahu mengawalnya
Sehingga ia mengurung
Mencalar
Menghiris
Aku
Dan aku hanya termenung memerhati
Dan mereka berkata aku salah!
Aku cuba membina
Yang terbaik untuk diri aku dan mereka
Namun pada aku itu mungkin baik
Mungkin tidak
Bukan aku pinta aturan jadi begini
Perlukah aku menulis hikayat hidup untuk mereka jadi panduan?
Akal dan hati digunakan untuk apa?
Kenapa aku perlu di persia?
Adakah aku boneka kosong tak bernyawa?
Aku letih untuk berfikir
Aku letih untuk menjadi pelita
Aku bukan lilin yang gah membaka diri menerangi org lain ketika kegelapan
Aku bukan bintang dilangit indah menghiasi dinding malam
Aku bukan pohon rendang untuk kau singgah berteduh
Aku letih untuk semua
Benar aku letih
Apa yang mahu lakukan sekarang?
Aku mahu berhenti untuk semua itu
Aku diam
Aku akan bisu
Aku tak akan melihat apa yang berlalu di sisi jalan
Sudah jangan bersuara lagi
Pergilah
Aku tak mahu dengar apa2 lagi
Aku tinggalkan lukisan pelangi dari muka ini
Jangan bertanya kenapa lagi
Aku letih untuk semua itu
Dan
Aku hanya mahu duduk bersandar sebentar di dinding ini
Memerhati tanpa sebarang suara
Sama seperti angin yang menyapa diriku
Diam, tapi aku dapat merasakannya
Sudah
Pergilah
Jangan berpaling melihat aku
Aku mahu memejam mata sebentar
Menikmati indah yang aku rasa indah
Tanpa Sebarang suara
Pergilah...
........................................................................................................
No comments:
Post a Comment