Thursday, November 10

apabila mata karbon bertemu pemadamnya

Sebuah kisah yang seringkali didengari sekiranya kita melihat...
 Dalam kotak pensil sy ada macam2 alat2 penulisan.. pada suatu malam pensil dan pemadam tertinggal di atas meja kayu kerna si penulis tertdo ketika membuat kerja2nya.. lalu membiarkan pensil dan pemadam di atas meja. Tibe2... pensil berbicara dengan pemadam.. 
Pensil: Awak.. Saya... saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. Jangan la sedih... mungkin tuan kita letih sangat.. esok mesti dia letakkan kita bersama yang lain.. 

Pensil: Bukan... saya nak minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya.

...Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

Pemadam: hahah... Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan tuan  akan menggantikan saya dengan yang baru. Dan awak akan dapat yang baru

Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

  ****** simulasi pensil dan pemadam nampak seperti cerita kanak2... mungkin cerita hanya cerita... mungkin jua ia cerita seorang kawan... mungkin juga ia cerita tentang cinta.... apa pun kisah sebenarnya di balik similasi ini adalah... hakikat yang telah ditakdirkan kepada kita... ia ketentuan ilahi... namun............. kalian jua aki masing2 diberikan waktu yang cukup untuk menghargai masa ataupun kejadian baik juga insan2 yang hadir dalam hidup kita.... menhargai lebih mudah dari melukai.. end.

Tuesday, November 8

best wish...



keep in mind dear, just love those people who deserve to have it. Don't let they play with your life or your heart. You have a right to love by true people, not true people with fake soul..

Monday, November 7

sekali lagi aku tersenyum..

8/11/11 selasa (malaysia)-

bangun2.... selamat pagi malaysia... 
weza............ semalam tido yang sangat best.. why? sebab xperlu berperang dengan nyamuk! ak seharian semalam menunggu kunjungan tak tiba... terkilan sikit sebab kalau xsudi bagi tau la.. kita ikhlas bukan nak show off... haaai.... xpe lah kalau orang tak sudi... (dah mcm lirik lagu lak..) seawal2 pagi lagi (awal la jugak.. kol 10 pg) aki bangun... terus menghadap assus Eee pc.. mimpi la lagu screen "manja" hahhaha... petanda nak g karoke ape...

esok kelas... ari ni berkabung kat bilik... bohsan??? memg pon... but saya ni banyak keje sebenarnya... ban...yak... sangat keje... ada jurnal setimbun nak baca.. ada 2-3 buku nak kn selak2.. ade rumus nak kn hafal.... ada perut y nk kn isi... ada badan y nk kn mandi... busy sy ni... tapi tah mcm mn bosan... tak pe la... kitakan xde target lain2.. y nk kn fikir... y wajib "study.. study... study... project... project..." ada sebuah buku yang aki beli dulu tajuk "senyumlah". saban hari aki dok tenung je buku tu... at least "si kebun cinta tu aki baca gak la.." hok ni tak sentuh muka depan muka belakang... 

aki terpandang perkataan "apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu" aki tersenyum sendiri... (bukan gile!) just terpikir.... masalah2 y aki hadapi sekarang... wawawa.... rase sangat2... stress... serius kan... kalau hidup xda masalah bosan... hidup xmencabar... kalau hidup ada masalah pon bosan gak... sebab penat nak cari jalan penyelesaian... aki menarik nafas sedalam2nya... dan melepaskan..... lalu aki tersenyum lagi... "macam la aku sorang je ade masalah, padahal orang lain pon ade masalah lagi teruk dari aku ni.. aku dok selalu nasihatkan orang. bg semangat kat orang, bila kena tang aku, aku jadi bangang pulak... ahahah" well hakikat kan... 

"orang yang kita sangkakan kuat, belum tentu kuat untuk dirinya sendiri"

aki punyai sejarah hidup yang sangat2 sakit... seawal tahun aki xmengenal siapa keluarga aki, hidup sendiri dalam jagaan orang lain seem kita ni meminta simpati orang lain untuk terus hidup... wawawa,,, caci maki, hendik tengkingan, semua tu makanan ruji aki... aki xda sesiapa dahulu........ tak de sesiapa yang datang membantu... apabila aki tahu siapa keluarga aki.. aki tersenyum sendiri...

"ini bukan kehendak mereka, mereka jua terpaksa.. kerana adat kadang2 manusia bertelingkah... kerana harta manusia sanggup bergadai..."

alhamdunillah... apabila meningkat usia aki makin matang, kalau mahu keluar dari kemelut ini aki kan usaha... apa yang aki mampu buat masa itu hanya "BELAJAR" yeaza.......... aki berjaya keluar... sendiri berdiri menongkah dunia luar yang aki harapkan dahulu... dunia yang sangat2 banyak... dugaaan... but berbaloi... semakin hari semakin jauh aki pergi... 

MALAYSIA... alhamdunillah... semua negeri dalam nya aki telah jejakkan kaki.. walaupon tak semua tempat aki pergi... insyallah... oversea here i come!


MENARA GADING.... alhamdunilah... telah selamat aki daki... dan selamat turun dengan segulung ijazah sarjana muda... kini aki mendaki lagi tinggi untuk membawa turun ijazah sarjana pula...





FREEDOM... yup.. aki dapat bernafas lebih lega walaupun seringkali diduga dengan pelbagai permasalahan yang tah ape2// but at end... ia akan selesai.. well.. betulah kata si penulis buku.. "apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu"...

banyak lagi perkara menarik yang aki sendiri tak sangka aki alami... dunia luar ini juga tempat aki berjumpa mereka... siapakah mereka??? 




pencarian demi pencarian menjadikan aki matang... betulkan kata orang bijak pandai...

" pengalaman mengajar kita erti kehidupan sebenar"

ada masa2 aki rasa jauhnya aki dah berjalan... banyaknye benda aki dah lalui... tetapi matang kak aki?? mungkin ye mungkin tidak... macam mana kita mengukur kematangan manusia??? di tindakannya kah? lakunya kah? hartanya kah? ilmunya kah? atau??? persoalan...

MASALAH....  hidup xpernah sunyi tanpa masalah... ada y berkata

"problem is like a shadow of ourself... moving at our back.. without any footprint"

wah2... hebat betul si MASALAH.. a ghost without a life end.. 

kenapa ramai orang tak suka masalah? 
adakah kita tahu kita ni bermasalah?
atau kita pura2 tak tahu?
bagaimana kita mahu setelkan masalah?
adakah kita perlu pasang gear untuk berlari dari masalah?
betulkah masalah payah berjumpa penyelesaiannya?


soalan demi soalan.... 




adakah gambar di atas satu masalah??? aki post d fb tentang si awan gelap y selalu membawa hujan... hujan yang seringkali menyebabkan banjir dan ribut.. namun berapa ramai yang berterima kasih apabila allah turunkan hujan untuk membenarkan pokok2 tumbuh segar dan menghasilkan oxygen ? adakah itu satu masalah? 

yup! itu satu masalah, penyakit manusia.. tak tahu bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepadanya... (http://meja-pena.blogspot.com/2011/08/erti-kebahagiaan-yang-sebenar.html) aki teringat akan post y lepas "erti kebahagian yang sebenar" aki tersenyum lagi bila bukak balik post ni... ada satu ayat yang d sebut oleh ustaz asri y aki amat2 bekenan.. 




" yang ada ini sudah harapan kita, tetapi insan bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada"


mendalam tau maksudnya.. berkali2 aki tgk video ceramah y bertajuk "mencari sakinah- usataz asri" setiap kali aki rasa hilang semangat... mulai hilang kepercayaan... aki pasti tersenyum semula selepas tengok video tu.. really meaning full to me.. tak da masalah yang mampu menghalang aki tanpa keizinan ilahi... kalau ia hadir.. ia bukan masalah tetapi DUGAAN... antara putus asa dan kesabaran pastinya kesabaran yang menang.. 

putus asa merupakan rasa hilang harapan terhadap kasih sayang allah. aki seringkali tersungkur, patah semangat, seringkali terfikir kena aku dipilihnya untuk menghadapi segala dugaan ini. sedangkan aku cuba berusaha melakukan kebaikan pada diri aku dan jua orang lain. namun seringkali apa yang aku lakukan dipersia2kan... hampa? ya aki sangat2 hampa.. di saat aki menyayangi seseorang, aki disia2kan, disaat aki dalam kemelut aki kesendirian, disaat aki perlu pertolongan tiada siapa d situ, hahahaha,,, di saat itu aki seakan2 ilang semangat... akan tetapi suatu hari ketika aki duduk d tepian jalan di kampung,,, melihat gelagat budak2 kecil yang cuba mengambil buah mangga muda di penjuru jalan.. aki terfikir... mereka membaling kayu untuk mendapatkan buah mangga tersebut... ada sebuah buku aki terbaca tentang pokok dan manusia...

hasan al banna pernah berkata:

" manusia yang baik adalah diibaratkan seperti sebuah pokok yang lebat buahnya.. orang akan teruja untuk mengambil buahnya dengan membaling dan menyakitinya dengan batu atau kayu.. tetapi pokok itu hanya membalas dengan menjatuhkan buahnya"

fikirkan sejenak blogger, bukan kerana lemah pokok itu berbuat demikian.. namun kerana ia sangat kuat sehingga mampu membalas baik sebarang perbuatan jahat terhadap dirinya.. 

"syukur kadang kala lebih tinggi makam dari sabar.. ramai orang  terpaksa bersabar dalam mendapatkan apa yang mereka mahu.. namun belum tentu mereka bersyukur... "

erm,,,, sungguh banyak nikmat yang kita dapat dari ilahi... apa yang allah kurnia kepada kita sudah cukup memadai kepada kita.. lebih dari apa yang kita perlukan... 

kenapa aki menulis perkara2 yang begini?. urm.... aki pon tak tahu... mungkin ia satu permulaan buat aki bangun dari mimpi2 yang tak berarah.. mungkin jua sekadar kupasan cerita perjalan hidup yang masih belum berkesudahan... mungkin ia agak panjang dari biasa,, namun ia sekadar bualan kosong... 

ye.. aki rasa lega.,.. mungkin akan mengambil masa untuk pena ini menari semula... mungkin setelah bertemu kekuatan yang baru ia kan melakar cerita lain... 

"terlambatnya masa pemberian oleh Allah, setelah kita merintih doa, jangan ia menyebabkan kita berputus asa. Kerana Allah telah menanggung terkabulnya doa kita menurut pilihanNYA buat kita, bukan menurut apa yang kita pilih untuk diri kita; serta pada saat yang Dia kehendaki, bukan pada saat yang kita kehendaki"

sekian coretan panjang dari aki.. wasalam...


aku pon tak menahu


Ingin ku mencari bayangan dikau
Namun tiada bersua yang tersembunyi
Di dalam diri rasa cintamu yang abadi
Setiap detik dan tiap ketika
Tuhan mengerti yang kita mencuba
Mengapa kau masih tak peduli
Pengemis cintamu yang asing ini
Mithali…
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali…
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali…
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali…

Mungkin kita kan bertemu semula
Bila kubaca pintu hatimu
kesetiaan cinta terkunci padu
Seakan kau turut berbicara
Agar kebahagiaan sama dirasa
Kiranya benar oh kekasihku
Betapa lama masa berlalu
Kiranya benar suatu siksaan
Mengapa tiada penderitaan

Mithali…
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali…
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali…
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali…
Mungkin kita kan bertemu semula

** sebuah lagu yang sentiasa berlegar dalam ingatan... bg aku ia bukan hanya sebuah lagu.. namun sebuah harapan... walaupun aku sedar harapan itu mungkin hanya mimpi.. indah dalam lena tetapi kosang di alam nyata... ingin sekali aku memetik gitar menyanyikan lagu ini... agar hati yang sayu ini kembali mekar semula...

to empunya blog: ingat janji2 anda pada kami si keluarga, 2 tahun masa kami pinjamkan kepada anda untuk membawa segulung ijazah sarjana dan sebuah cinta pulang ke halaman.

kepada kamu si keluarga: akan aku usahan segulung ijazah sarjana pulang ke halaman.. namun membawa cinta aku serahkan pada ilahi.. andai aku tidak mampu membawa cinta pulang ke halaman izinkan aku pergi membawa diri memburu sebuah ijazah kedoktoran jauh di sana... agar aku xdak perlu gusar mengapai impianku sebelum aku jatuh ke dalam cinta...

jawapan si keluarga: permintaan kamu kami benarkan. dengan syarat, kami tetap akan mendapat pewaris walau bagaimana pun keadaan. 

***********10/11/2011 terpatri sebuah perjanjian dalam sebuah kehidupan aku.. dan lagu ini permulaan dan pengakhir sebuah drama hidup aku y tak kesampaian... 11/11/11 bermula episod hidup baru, hidup si aku yang ingin menjadi budak kecil yang tak memikirkan masalah orang dewasa.. apa y aku perlu tahu.. BELAJAR.. BELAJAR.. BELAJAR... ada masa lapang kita main, bila malam datang, kita zzz... lapo g makan... life budak2 more colorful ... kenapa mesti 10 kenapa mesti 11?? 10/11 penutup kepada sebuah cerita lalu... cerita yang sangat2 aku xmahu imbas kembali... biar.. biar ia luput dalam masa lalu.. ak xmahu ia jadi kenangan... kenapa 11/11/2011?? kerna ia hari jumaat... penghulu segala hari... hari yang dimuliai... moga berkat hari itu aku mampu bangun dan terus berdiri lalu berlari dari bangku ku mengejar sebuah MASTER dan ada sebuah PHD yang menanti... itu janji aku dengan diri sendiri... itu juga perjanjian aku dengan mereka. aku kotakan janji aku, dan mereka kotakan janji mereka.. moga segala2nya berjalan dengan lancar.. ameen....





Friday, November 4

Pliz find me!

Ari ini kawan ku menghadapi sebuah masalah yang mengugat kekuatan dalam dirinya,.lalu aku pun berkata padanya:
"Tiada pagi yang terang tanpa malam yang suram. Selebat mana pun hujan, segelap mana pun awan, sekuat mana pun petir, sederas mana pun halilintar;namun pabila hujan berenti matahari dan pelangi jua yang muncul" 
to u my friends, if u hit by a problem?? pliz find me... i would like to be a sun n rainbow in ur day. :)
 
 

Thursday, November 3

appreciation just a word with a hope..


morning! avenged sevenfold... one of band yang famous di barat... aki mula2 knl band ni masa aki terdengar lagu depa yang tajuk "dear god" masa lepak kat tepi pantai... ade makhluk ni petik gitar die lagu ni... aki ty lagu ape tu... avenged sevenfold.. search punya search,,, jumpa... tup group rock yang bertemakan hitam dan tatu... but lagu2 depa world!! xsemua aki suka lagu mereka/// yang paling aki suka "dear god", "Gunslinger", "afterlife" and "so far away"... 

apa yang buat aki nk bercerita pasal band ni sebabkan lagu "so far away".. aki tak tau yang drummer group tu dah meninggal.. sebab ape, aki pon tak sure.. (xde lak buat kajian lengkap pasal tu".. lagu "so far away" tu khas di cipta untuk meningati one of the team.. seriously it touch me a lot..  having lost of one the we love. lumrah dunia semua yang ada akan pergi, tapi masa yang ada seolah2 memburu kita tiap2 hari. sebaris ayat dlm lagu tu " i have so much to say but u are so far way"... buat aki terfikir lagi tentang kehidupan ini, apa yang sebenarnya aki cari.. apa yang cuba aki miliki.. tak kan sentiasa menjadi milik aki... suatu masa nanti aki akan kehilangan ia juga.. ha.ha.ha... 

sentiasa orang berkata "hargailah setiap saat yang kita ada, kerana ia tidak akan kembali lagi" 

sebenarnya aki benci akan kehilangan, sesuatu yang menjadi milik aki. kalian juga mungkin mempunyai perasaan seperti aki kan, bukan mudah mulut mengatakan "aku mampu menghadapinya" apabila kita berdepan dengan keadaan itu... hahaha... 

"when people walk away from you... let them go... your destiny is never tied to anyone who leaves you, and it doesn't mean they are bad people. it just means that their part in your story is over."


seberapa kuat kita untuk menyematkan kata2 itu di dalam hati??? 

semalam aki berjalan2 dalam kampus sendiri.. terasa kekusutan d bilik sendiri.. suatu masa dahulu aki dan mereka selalu berjalan begini.. saja menghabiskan masa dan mencari sedikit ketenteraman... seminggu yang lepas aki berjalan2 di kuala lumpur.. duduk di bangku di sisi jalan tar di depan kedai kasut princess... termenung melihat manusia yang sibuk di malam hari... aki duduk memerhati mereka.. tingkah laku... setiap antara mereka ada kekusutan mereka tersendiri... dan mereka tetap melangkah menuju hari depan... arh2..... aki mengeluh panjang sambil tersenyum... "kini aku betul2 sendiri dalam ramai..." aki duduk di tengah keramaian manusia dengan fikiran kosong... aki suka melihat mereka.. ligat dengan agenda kehidupan masing2... membiarkan kesibukan memenuhi jiwa tanpa membiarkan kekosongan mengisi... 

some word i like to share:

"what we do for ourselves dies with us- what we do for others remains and is immortal"

remember blogger: sometime, appreciate someone in your life can make your day.. even change a life.. your willingness to put it into word is all that is necessary.. time up.. by the way... i wish selamat hari raya aidilfitri to all muslim... have nice day n nice weekend..





Dialog MR Iblis (Alaihi Laknat) Dengan Rasulullah S.A.W



Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata,
"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras"
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam,sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),
"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengah marah
"Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,
"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata
"Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian
sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi pertama
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis
"Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2
"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"

Jawab Iblis
"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar - besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3
"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis
"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga
hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis
"Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis
"Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya, matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang itu, semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis
"Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis
"Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8
"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis
"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka
ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9
"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis
"Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10
"Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis
"Umat tuan itu ada tiga macam.

Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama' yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama' itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat"

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya,hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11
"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12
" Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis
Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis
"Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis
"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis
"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis

"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis
"Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "