Alkisah 1 pagi jumaat dalam 4.30 pagi, ak terjaga gara2 xsolat g isyak. Semalam punya mengantuk gila balik kerja. Terlelap xsedar diri. Tiba2 kawan aku ni ana (bukan nama sebenar) call, "Wei kau kat mana? aku nk beranak lah.. tolong ak. Aku dah call semua orang tapi xde org angkat.. Tolong aku yat" aku apa lagi gelabah melompat bangun dengan baju kerja mamai2 cari kunci kereta. Gi basuh muka dulu, mamai melampau ni.. ya allah... jgn beranak kat umah jgan beranak dlm kereta.. hati aku dah mula berdebar. Maun xberdebar, sapa je ada kat umah tu. Dia sorang dengan anak kecik baru 4 tahun! Dalam hati kecik rase nk tunjjal je laki dia! kalau aku laki, maun ak pukul laki dia ni.. kalau apa2 jadi dengan ank n baby tu ak paksa family ana saman laki dia!
Dlm 5.30 pagi mcm tu ak sampai rumah dia kat putrajaya, bawak kereta mcm pelesit dah aku rase.. tapi mamai tu lagi kuat. Maka, lambat jugak sampai. Nasib aku sampai dia dh tunggu depan rumah, tapi dh mula menangis bila tengok ak. Masih boleh jalan g.. kira oke g ni... tapi kejap2 menjerit sakit.. udah.. ko rase? kalau korang yang si suami tau perasaan gementar tu macam mana. Aku xde pengalaman maun berganda2 gementar. Habit aku selalu bercakap dengan baby walaupon dalam perut. Xde ingat doa apa dah aku nk hembus, aku sound terus bb dlm perut... "bb! jgn keluar gi selagi xsampai kat katil hospital! cik yat xpandai jadi bidan!!! cik yat takut darah manusia!!" Ana dalam sakit2 boleh gelak lagi tgk aku panik mcm tu... Malu pulak aku bl sampai hospital, panik melampau.. tapi ahhh... peduli apa.. laju selaju2 ak bawak... sekali lupa org tepi aku ni nk beranak kan terhentak mcm mana..
6.00 pagi selamat sampai bilik bersalin, aku setel isi apa dokumen y perlu. Aku ambik no family n laki dia. Mamat ni tutup fon pulak, time2 macam ni xde hati langsung ke dia ni.. aku balik semula ke putrajaya dengan khalisha, ank bongsu ana. Kelam kabut lupa ambik barang bb. Sampai balik hospital dlm 6.30 pagi. Kesian khalisa, pagi2 buta dah kn bangun. Kecik2 tapi dah petah bercakap. "jangan panggil kita adik, panggil kita kakak".. aku senyum.. aku tanya nk makan apa2 tak.. dia just nk biskut beruang dekat vending machine. "cik yat call sapa?" aku meleret senyum "call ayah kamu lah, mama kamu tengah sakit dia boleh hilang pulak.. ada jugak cik yat belasah ayah kamu ni nanti!"
Dia pandang aku tepat dengan kepala berkerut "Eh xboleh pukul ayah kita!" **** kesian.. kecik lagi tak tau apa.. kalau kau tahu kenapa aku nk sangat pukul ayah kau, sebab dia xpikul tanggungjawab dia dr segi nafkah family, dah mak kau tu bertarung nyawa nk lahirkan ank dia! bukan ank org lain. Mana hati perut kau manusia? ayah kamu mengingatkan cik yat dengan ayah cik yat! penderitaan mama kamu sama macam mama cik yat. Allah je tahu sayang. Peritnya hati mereka ini.
Dalam aku mengelamun, tiba2.. "waris ana" aku bangun.. "ye saya adik dia" tipu yang pertama. "cik suami puan ana mana ye? tahniah dapat bb boy" ............. "Suami dia outstation puan"... "eh dalam ms mcm ni boleh tinggal isteri macam tu pulak"... nurse minta barang bb.. aku dalam hati.. mamat ni baik ko angkat call aku.. dah dekat 10 kali ak call xangkat2 ni... alik2 aku call mak dia... berjurai air mata mak dia. Mak mana sanggup tengok anak dalam susah. Mcam mana degil pon si anak ni. Mak tetap sayang. Dah dekat kol 10 pagi aku still xboleh masok melawat. Hanya waris.. damn! last2 aku hantar si khalisa ke rumah pengasuh.. dah layu budak ni menunggu dari pagi.. dengan aku kol 11 pagi ada meeting dengan community.. penat gila.. kol 4.30 ptg baru dapat katil. Malam baru bb tu d azankan.. Ya Allah, ujian kau. Itu kekuatan perempuan yang lelaki xada. Kesabaran mereka.
Dengan the next day, laki dia still xmuncul2. "yat, ambik aku bawak keluar wad" aku xtau prosider bawak keluar ni ketat.. aku selamba ambik wheel chair kat lobi bawak ke wad. kena tahan dgn guard, cuma lepas gara2 aku ada wheel chair. so diorg ingat aku dh dapat kelulusan dr bahagian guard kat lobi. maka tipu ke dua... masok dalam wad kena g dewan bersalin sb nk bayar kos wad n ambik uri.. masok wad balik kn soal siasat pulak.. aku pon layan kan aje.. tipu kali ke 3... kalau kantoi memang aku boleh kn saman dgn kerajaan ni.. banyak kes kecurian bb, ank luar nikah lah.. tu jadi mcm ni.. cuma, allah mudahkan betul urusan ana... bb xmeragam... dah 1 minggu ak xjumpa ana.. baru2 ni dia call minta hantar ke bank.. pertama kali aku pegang muhammad adib rayyan y masih blm daftar kat jpn lagi.. tiba2 aku rase sebak.. ak bisik dengan adib "hai sayang, ingat saya? sy driver ambulan awak ari tu.. adib jadi ank y soleh ye, jaga mama baik2.." dia macam nk menangis bila dgr suara ku bergetar.. air mata aku tb2 tumpah.. "adib jgn nangis, adib kuat kan.. it oke biar cik yat nangis.. adib kn kuat semangat mcm cik yat!" dia kembali tenang.
......................................................................................................................................................
-Rindu yang terluka
Rindu seorang ank kepada ayahnya.
Rindu seorang ank kepada keluarga yang sempurna
Rindu seorang isteri kepada lelaki yang pernah mencintai dirinya
Rindu penuh dengan rase sayang
Kenapa ia sampai melukakan?
Allah maha mengetahui kan
Sedalam mana kita berusaha \
Sekuat mana kita bertahan
Bila sampai spot y retak
Ia akan patah terkulai jugak
Itulah rindu itulah hati
Sikap hati berbolak bali
Akal yang sihat pon belum tentu dapat mengawal
Di mana iman melarikan diri
Di saat kita lalai mengejar dunia
"Cintailah sesuatu sewajarnya, kerana ia boleh menjadi kebencianmu.
Kawal kebencianmu, kerna barangkali itu yang terbaik buatmu"
#Kaizo