“AKI, Aku dah penat nak menyayangi dia. Aku dah letih hadapi semua ini sendiri. Kenapa dia pilih aku? Kenapa dia sayangkan aku than biarkan aku tertunggu sekarang? Apa salah aku kat dia? Dia hadir masa aku amat memerlukan seseorang untuk menyokong aku. Kini? Kenapa dia hilang?,,,, AKI aku betul2 tak faham. Tak de sape yang tahu macam mana aku rasa sekarang. Perasaan ini membunuh hati aku, aku benci lelaki! Semua penipu!!!”
***** Pena ~~~ Apabila seorang wanita benar-benar jatuh cinta kepada seorang lelaki ia adalah perasaan yang ikhlas dari hatinya, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati wanita selembut kapas. Mereka sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk insan yang mereka sayang.Oleh sebab itu mereka sensetif terhadap perubahan sekeliling mereka. Wanita dianugerahkan keistimewaan yang jarang ada pada lelaki. Daya penduga @ in sting mereka lebih power dari lelaki. Dan hati mereka juga mudah tercalar dengan pelbagai perkara yang mampu melukakan hati mereka.
Untuk seorang lelaki, sekiranya kamu menyedari teman wanita kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman wanitamu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Wanita suka mengingat saat yang buat mereka tersenyum, walaupun bagi lelaki ia tidak memberi sebarang erti. Jadi tidak hairanlah wanita sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman wanitamu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. . Fitrah manusia wanita memag lebih kuat membebel daripada lelaki, itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Wanita memang kuat cemburu, (aku akui sendiri).. Tetapi ia merupakan satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Kadang2 teman wanitamu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi! Mostly girl akan memikirkan bab2 ni more than man.. i think soo... hhuhuhuh.
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman wanitamu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai wanita lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan wanita yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu. Jarang wanita sanggup berkongsi kasih dengan orang lain, itu hakikat kejadian..
Ada juga wanita yang jenis cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih2 lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman wanitamu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Ia penting dalam merapatkan hubungan antara kalian +++ menambahkan perasaan sayang jugak.. hahahah.
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman wanitamu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. jarang rasenye lelaki menitiskan air mata untuk seorang perempuan selain daripada ibu, isteri, anak or adik-beradiknye.. tetapi bagi wanita, air mata merupakan sahabat yang paling rapat dalam hidupnya. So, pliz2.. don’t make women cry because of u! Kesian dia!
Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila wanita tersebut menjadi milikmu yang kekal, dia memberikan kamu si lelaki sebuah keluarga, kasih sayang yang tak terhingga, sentiasa mententeramkan kamu di saat kamu kegusaran dan sentiasa bersama2 meniti usia sebelum ajal menjemput dirinya.
Aku pahat bingkisan ini, semata2 untuk seorang wanita agar menjadi satu pengetahuan buat seorang lelaki. Jiwa antara seorang wanita dan lelaki amat berbeza, namun ALLAH telah janjikan kesempurnaan apabila dua jiwa ini di satukan. Kadang2 kita merasa letih menyayangi sesorang, namun ALLAH tak pernah letih menyayangi diri kita. Di hantarnya, bertalu2 dugaan agar hati kita menjadi kuat.
Ingatlah pesan AKI;
Biar kepahitan itu pergi
Agar kemanisan mengisi
Biar kekecewaan berlalu
Agar kegembiraan datang
Biar penderitaan menyapa
Agar tembok kesabaran terbina
Biar kesepian berlabuh
Agar kerinduan mengamit hati
Biar kemarahan menyisip pergi
Agar ketenangan bertaut kembali
Biar ketakutan singgah di hati
Agar keinsafan menebal di jiwa
Biar apa pun yang datang
Ia adalah ujian daripadaNYA.
Pen off.
No comments:
Post a Comment