Sejak mula hingga kini ku lena
Keringatku hanya sia-sia
Sendirian ku abaikan dunia
Menunggu nanti aku tiada
Tiba-tiba sentuhnya aku terjaga
dunia aku penuh dengan kemungkinannya
Aku pasti akan bersama
Mencari bahagia
Suatu hari tiada lagi
kuabaikan anugerah yang diberi
Kini pasti
akan ku tempuh segala-galanya
Biar nanti ku mengerti
mengapa kau dan aku di sini
Belaianmu mengajar aku ertinya
Kehidupan yang tiada terduga
Kepastian yang tiada kuduga
Mengundang rasa hidup bermakna
Kini mahu kucoretkan liku-likunya
Kini akan kulakarkan keindahannya
Kau aku kita sama
mencari bahagia
Hari ini ku kan pergi
mencari siapa sebenarnya diri
Aku pasti
akan menempuh segala-galanya
Biar nanti ku mengerti
mengapa kau dan aku di sini
Tidaklah lagi aku mahu
dibelenggu kegelapan malam
Dengan tangan ku yang terluka
aku syukuri segala kurniaan-Nya yang ESA...
**** ungkaian kata dari sebuah movie, dilagukan dengan sederhana oleh seorang manusia. walaupun tak SEPOWER mereka lagukannya. Namun... maknanya amat dalam untuk satu kehidupan yang baru tersedar.
No comments:
Post a Comment