Tuesday, August 7

baik? jujur? layak ke korang dapat semua tu?

buang terbiat ke ape?
soalan terbaik...
buat baik tapi di salah guna?
apa beza aku dengan mereka?
aku suka bergaul dengan orang
tapi orang suka ambik kesempatan
aku ni bendul ke?
seronok ek main2 kan orang lain?
der.....
kawan pon ada undang2 dia...
lagi2 kalau org y kau sayang
ni nakkan anak orang
tapi buat macam bantal buruk..
nak tdo cari...
tak nak lantak kau la

aku je ke
y berfikiran macam ni?
bajet diri baik la?
nak nasihatkan orang konon...
tapi aku bukan pelakon...
aku nak hidup
dalam dunia manusia ni
secara saksama
bukan untuk main2.
tapi
kenapa...
kenapa orang aku kenal
buat aku macam selipar jepun?
yup... bukan semua..
tapi sorang dua pon dah cukup
menyusahkan hati aku
ari2 aku dok menyumpah

apalah y korang nak dari aku?
aku bukan cantik mana pon
aku tak kaya
cerdik tu adalah
kalau tak
takkan orang bodoh2kan aku?
tapi kadang2 aku bendul
org gunakan demi kebaikan mereka
sebab
sebab aku rapat
hahhahah...
bodoh ke?
tak kot,
tapi aku xpuas hati beb
aku xkacau orang, tapi orang main2 kan aku
aku sayang org aku kenal
tapi... entah la...
aku pon xtahu ape y aku merapu
tapi aku bengang
"kesian"
"aku xsetaraf dengan kau"
naik muntah aku dengar ayat2 ni
ayat penyemak lagi pengecut
dah la.. lagi panjang aku tulis
lagi aku merapu
ape2 pon... selamat puase

aku-bukan-penunggu-aku-manusia-ada-perasaan

Monday, August 6

mata lens ku 3












aku si selipar jepun...

aku
si selipar jepun
wujud d tepi tangga rumah 
tiada y menyedari aku di situ

aku 
si selipar jepun
setia menunggu d tangga rumah
menanti y tiba dan yang mahu berlalu

ye aku hanya selipar jepun
tetapi aku berguna
apabila keadaan memerlukan 
dan tiada pilihan
aku sentiasa d perhatikan

walaupon gah bila d perlukan
namun aku sedar....
aku 
hanya selipar jepun...
ketika mereka mempunyai pilihan....
aku?
aku bukan pilihan mereka
 aku hanya memerhati d penjuru tangga

sedihkan kehidupan aku?
kadang2 selipar jepun y murah ini
di cari bagai mencari emas dalam kaca
namun aku sedar...
aku hanya sebuah selipar jepun..
hanya orang2... dahulu kala 
yang tahu menilai aku
bukan mereka sekarang
kerna aku hanya sebuah selipar jepun....

**** kadang2... bukan semua orang tahu menghargai diri kita, walaupon mereka seolah2 mengerti dan memahami diri kita, namun hakikat sekiranya di halusi.... hanyalah sebuah lakonan untuk kehidupan mereka... demikianlah cerita aku... cerita sebuah selipar jepun.... sekian.

-aku*hanya*sebuah*selipar*jepun-