Tuesday, July 12

Hanya sebuah contengan

Aku kembali,


Satu biasan cinta aku ukirkan, biasan cinta bercerita tentang kesetian. Sebuah biasan dari cermin hati manusia, mengungkap makna perasaan hati untuk sebuah pengertian akan makna bertahan, kesabaran kejujuran dan kesetiaan. Biasan cinta ini adalah satu bingkai hidup manusia juga tentang rase hati seorang insan yang setia walaupun cinta telah pergi.

Dibalik tangis,
tersimpan senyuman..
Dibalik kegagalan,
tersimpan kekuatan..
Dibalik penderitaan,
tersimpan kebahagian..
Dibalik kekecewaan,
tersimpan pengharapan..
Dibalik rasa benci,
ada rasa sayang yang terpendam..


Kesabaran milik insan yang menanti
Air mata milik mereka yang terluka
Pengkhianatan milik mereka yang setia
Kejujuran milik mereka yang percaya
Sayang milik semua orang
CINTA milik mereka yang BERUSAHA.

Andai segala2nya bukan milik kita
Jangan bersedih
Kerana kita masih milikNYA
Sedih itu wajib!
Air mata itu wajib!
Bukan tanda kelemahan
Lambang kekuatan
Satu permulaan
Selepas kejatuhan


Kasih sayang..
Adalah mata air ganti rugi sebuah pengharapan
Ketabahan..
Adalah nyawa untuk sebuah penantian.
Cinta sejati..
Adalah hadiah bagi orang2 yang bersabar dan percaya..

“Rasa kehilangan hanya akan ada, jika kau pernah merasa memilikinya...”



Pen off.

Saturday, July 9

Catatan terakhir



0000 a.m-1400p.m, Ahad, 10-7-2011, kuala lumpur:

“Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam”. Ini merupakan ayat2 yang aku selalu katakan kat kawan2 aku. Realiti bukan senang nak bangun selepas kita berada dalam kegagalan or kekecewaan. 




Kegagalan, datang dalam pelbagai keadaan. Contohnya, orang gagal dalam percintaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam  hidup dan banyak lagi. Kegagalan selalunya di kaitkan dengan istilah kehidupan yang tidak lengkap. Berada dalam kegagalan kadang2 buat kita menjadi kuat. Kadang2 ini merupakan satu fasa dimana manusia hilang segala kekuatan dalam diri. Di saat ini kita menjadi lemah, keliru, dan for sure sedih. Selalunya mereka yang berada dalam keadaan ini amat2 memerlukan seseorang dalam hidup mereka. Disaat ini mereka benar2 mengerti istilah menghargai. 

Ada yang akan berkata, kenalah kita berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas walaupun kita berada dalam kegagalan. Sekiranya kita tak berani maka ia sudah memberi ‘petanda’ hati kita memerlukan ‘motivasi’ dan ‘inspirasi’ dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup. Itu ayat2 orang yang dikatakan matang. 

Aku sendiri keliru, samaada aku sudah matang or masih dalam pencarian. Ada yang mengatakan aku matang, di mata mereka. Di mata aku, seperti aku belum dewasa akal lagi. Aku sendiri tertanya2, bagaimana kita mengukur kematangan seseorang? Semua orang pernah berada dalam kegagalan, dan serius, tak ade manusia yang suka berada dalam keadaan tersebut.

Aku sendiri pernah berada dalam kegagalan, n hanya satu perasaan yang sangat dahsyat bagi aku. Sungguh2 teruk.. kegagalan menjadi papan tanda buat aku, agar berhati2 ketika melangkah di masa kini. Namun sebaik manapun kita melangkah, langkah itu tak pernahnya sempurna. Pasti aka nada cacat celanya, aku sangat pasti akan kenyataan itu.




Kekecewaan, selalunya dikaitkan dengan patah hati seem ia satu pengalaman duka or sedih yang pasti pernah dilalui oleh semua orang.  Bagi mereka yang kuat hati or positif, patah hati atau kekecewaan itu hanya merupakan lagu yang biasa didengar atau pun frasa dalam sebuah buku cerita yang mereka baca.

 Dalam kamus hidup kita “kecewa” atau “patah hati” merupakan pekara yang wajib untuk dilalui, walaupun kita tidak mahu melaluinya.  Bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam sebuah perhubungan, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan kedukaan, kesakitan dan kepedihan yang dialami. Kekecewaan selalu dikaitkan dengan masalah jiwa. Seperti jiwa aku! Kini mungkin kami dah mulai masuk tahap persimpangan yang semua orang sudah mula memikirkan tentang cinta. 

Berbicara tentang cinta memang payah, cinta sememangnya punya kekejaman, umpama pedang yang mempunyai dua mata. Tidak ada kegembiraan dan kebahagiaan dapat menandingi cinta sejati, tetapi apabila segalanya bertukar menjadi sebaliknya, kepedihan dan kesakitan yang dirasakan ibarat pisau membelah hati kita. Sukar melelapkan mata, apalagi menyentuh makanan….terasa dunia sudah sampai ke penghujungnya. Seolah-olah dunia telah terhenti… air mata.. seolah2.... di penjuru mata tak ubah seperti air sungai yang mengalir tanpa henti.

Huhuh package lengkap apabila anda terjebak dengan masalah cinta! Kadang2 aku tak faham apa yang kita cari dalam cinta, kadang2 ia indah hanya ketika ia mekar. Sebaliknya ia amat menyakitkan apabila ia hanya satu persinggahan. Dulu aku sering terfikir, kenapa perlu mengetuk pintu hati seseorang sekiranya hanya untuk singgah sebentar. Real penangan cinta lagi kuat dari penangan tangan kita sendiri! Ia boleh mengubah sikap seorang manusia. Bahaya2!!! Seperti satu serang hendap yang dilakukan tanpa disedari.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Itu yang aku amat pasti! Bukan senang nak mencari seseorang yang jujur menerima seadanya kita, kadang2 ia hanya kepalsuan semata2. 

Lumrah dunia, kecantikan dan harta menjadi garis panduan dalam memiliki seseorang sekarang, ia merupakan perkara pertama yang di pandang oleh manusia baik lelaki atau perempuan. Dalilnya yang diriwayatkan Imam Bukhori dan Muslim dari Abi Hurairah r.a, dari Nabi Saw yang bersabda :

[Dinikahi wanita karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan karena agamanya, maka utamakanlah yang punya agama sehingga kamu akan beruntung"]

Hati yang sakit boleh dirawat, walaupun memerlukan masa yang sangat lama. Lama2 ia akan sembuh juga. 

Ada yang berkata perkara pertama perlu dibuat apabila berada dalam kekecewaan adalah “terimalah hakikat bahawa segalanya telah berakhir!” Sebanyak manapun rayuan atau pujukan yang kita lakukan tidak akan membuatkan si dia kembali kepada diri kite, kecuali si dia merasa simpati terhadap kite – tetapi jarang sekali ia akan berlaku.

Try fokus keada tujuan hidup kite.  Dapatkan kestabilan emosi.  Jumpa kawan-kawan atau hubungi adik beradik yang rapat dengan anda sekadar berbual kosong. Itu lebih baik daripada membiarkan masa kite dipenuhi dengan melayan perasaan sedih.  Buang segala apa yang boleh mengingatkan anda kepada si dia…termasuk hadiah pemberiannya kerana ini akan membuatkan kite lebih cepat melupakan si dia! Cuba cari kehidupan yang baru, walaupun susah. Tapi ia yang terbaik.


Pliz stop beri harapan pada diri sendiri! walaupun si dia memberi harapan pada diri kite. Harapan yang diberikan belum tentu lagi sahih untuk ditunaikan. Kadang2 ia hanya sekadar kata kosong untuk menyedapkan hati. Sebaliknya ia merupakan satu racun yang akan memakan diri sedikit demi sedikit. Menunggu panggilan telefon atau sms hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati kite. Usah mencari sebab mengapa hubungan itu berakhir kerana ianya akan menyakitkan hati kite sendiri apabila mengetahui sebabnya. Biarkan saja berlalu...

Paling baik, sibukkan diri dan jangan mengurung diri di dalam bilik … cuba berbual dengan kawan-kawan tetapi elakkan daripada menyentuh masalah kite. Kite akan merasa lega apabila tidak memikirkan kesedihan kite.

Jangan bersendirian. Cuba cari kenalan baru. Kadang dengan menangis kite mampu meringankan beban yang ada di hati…jangan malu untuk menangis. Aku memang suke menangis sebab aku akan rase sedikit tenang. Cuba cari tempat yang sesuai dan menangislah sepuas hati kite....   Namun aku sendiri tak pasti sampai bila ketenangan itu akan bekekalan.  Kadangkala emosi orang yang kecewa itu seperti roler coaster. Ada masanya kesedihan itu tidak dapat dibendung lagi.

Panjang lebar aku mengarut kali ini,  mungkin sebab aku sendiri rase terluka, or mungkin sebab aku melihat kelukaan di hati orang lain dan mungkin juga hati aku sendiri. Kadang2 berada dalam keadaan ini buat kita membenci segala2nya. kadang2 aku pandai bercakap saja. kalau aku nak apply apa yang aku sendiri cakap pun susah. Tapi ia satu kenyataan bukan satu kepalsuan. Hakikat kau juga mungkin pernah alami.

Aku dah letih nak menulis, mungkin perlu berehat seketika, mencari ketenangan dan mencari jawapan bagi setiap persoalan yang berlegar di benak. Kadang2 aku fikir it better lost than being found. To all blogger yang sudi singgah n membaca blog ni thank a lot... , sori la kalau blog aku ni tak segah blog orang lain. Teratak usang adalah dairi perjalanan hidup aku, bukan sebuah blog yang gah untuk aku bangga2kan. Ia hanya bingkisan cerita seorang manusia dan manusia dikelilingnya. Just sedikit ingatan bersama untuk diri aku dan kalian, walau sebesar manapun kesedihan kite,…kite pasti dapat melaluinya…….dan seorang kawan ada berkata biar Tuhan saja yang menentukan kehidupan kita sebagaimana yang Dia kehendaki…. Salam.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.

Pen off.




Friday, July 8

Setelah dilukai, adakah kita mampu tersenyum?

 



Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya


**** Kadang2... ada pertemuan yang berlaku kerana kesilapan.. ya allah.. berikanlah aku satu jawapan,,, bukan satu harapan... 

Wednesday, July 6

Forest is For Us

Hutan adalah sebuah kawasan yang ditumbuhi dengan lebat oleh pepohonan dan tumbuhan lainnya. Kawasan-kawasan semacam ini terdapat di wilayah-wilayah yang luas di dunia dan berfungsi sebagai penampung karbon dioksida (carbon dioxide sink), habitat hewan, modulator arus hidrologika, serta pelestari tanah, dan merupakan salah satu aspek biosfer Bumi yang paling penting.

Hutan itu unik, apabila ia tidak disentuh. 
Mengalir air sungai tenang.



Seindah ciptaan tuhan yang kita mungkin tak sedar.


Akar2 pokok yang dahulunya berpaksikan tanah.


Disebalik kebiruan air terjun.


Sampai bila keindahan alam ini akan berkekalan? Ramai manusia bertanya, kenapa aku melibatkan diri dalam perhutanan. Inilah antara sebab2nya, aku terpukau akan keagungan hutan. Seolah2 ia memanggil2 aku dan mereka untuk melindungi kehidupannya yang akan diancam oleh manusia seperti aku dan mereka juga mungkin kau.


Kami akan berdiri bersama alam semulajadi, menjadi sebahagian daripadanya. Bersama-sama mendengar keluhannya, walaupun suatu hari nanti keluahan itu tidak kedengaran lagi.  

" Forest is For us, the age of nature is past it has finally exhausted the patience of all sensitive minds by the loathsome monotony of its landscapes and skies"
 
Pen off.

Janji

 

Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?

Aku pun tak tau kenapa payah sangat manusia nak mengotakan janji mereka, aku benci orang berjanji. Macam aku pernah tulis dulu kat blog ni, Trust=shit. Kita  berjanji untuk mendapatkan kepercayaan orang lain. Sayangnya bila kita telah mendapatkannya, kita persia-siakan. Aku sendiri pernah berjanji dengan orang, aku akan kotakan janji aku.kalau tak mampu nk kotakan bg tau siang2, tok sah nak berlagu sayang kat telinga orang lain. kalau kau tak mampu mengotakan kata kau, apa guna kau berjanji? Memberi kata2 palsu kepada orang yang lain. Kau tahu bagaimana rasa sakit hati, apabila ada manusia menipu kau? Pasti kau pernah alami punya. Semua rasa macam celaka! Kadang2 ia menyebabkan manusia putus harapan dan kepercayaan pada manusia yang lain. 

Ada janji yang punyai harga, ada janji hanya berpaksikan hati, ada juga janji hanya berpegang pada kata2.. perbezaan janji2 ini sangat banyak. Tapi disaat itu, satu janji telah dibuat. Tetapi kenapa seringkali ia dimungkiri? Adakah janji mempunyai jangka hayat? ada tarikh luput? yup.. janji yang berharga ada segala itu. Adakah janji yang biasa dibuat manusia mempunyai jangka hayat? Damn! janji hanya janji Mungkin janji2 hanya perlu kata2, senang xperlukan cost yang banyak hanya perlu hamburkan kata manis, mampu mengikat janji. Itulah sebuah janji, hanya satu tuturan manis yang menyakitkan jiwe manusia di suatu masa! 


" When people ask me, why so hard for me to trust others? I ASK THEM WHY IT'S SO HARD TO KEEP A PROMISE? n they SILENT"

Pen off.

Tuesday, July 5

o('.')o o($.$)o AKi~~~



  • Experience is a beautiful thing
  • It will allow you to recognize the same mistake over and over again.
  • Life can be a series of disappointments
  • And it just broken only
  • Sometime life is like a cup of tea
  • It’s all in how you make it
  • Don’t cry over the past
  • It’s gone
  • Don’t stress about future
  • It hasn’t arrived
  • Lived in the present and make it beautiful.
  • No man in this world rich enough
  • Even to buy his PAST
  • So LIVE each moment of life
  • Some people come into our lives and quickly go
  • Some stay for while and leave footprints on our hearts
  • And we are never, ever the same
  • Every day may not be good
  • But there’s something good in every day.
 Pen off.


Bingkisan hati~

“AKI,  Aku dah penat nak menyayangi dia. Aku dah letih hadapi semua ini sendiri. Kenapa dia pilih aku? Kenapa dia sayangkan aku than biarkan aku tertunggu sekarang? Apa salah aku kat dia? Dia hadir masa aku amat memerlukan seseorang untuk menyokong aku. Kini? Kenapa dia hilang?,,,, AKI aku betul2 tak faham. Tak de sape yang tahu macam mana aku rasa sekarang. Perasaan ini membunuh hati aku, aku benci lelaki! Semua penipu!!!”

***** Pena ~~~ Apabila seorang wanita benar-benar jatuh cinta kepada seorang lelaki ia adalah perasaan yang ikhlas dari hatinya, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati wanita selembut kapas. Mereka sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk insan yang mereka sayang.Oleh sebab itu mereka sensetif terhadap perubahan sekeliling mereka. Wanita dianugerahkan keistimewaan yang jarang ada pada lelaki. Daya penduga @ in sting mereka lebih power dari lelaki. Dan hati mereka juga mudah tercalar dengan pelbagai perkara yang mampu melukakan hati mereka. 

Untuk seorang lelaki, sekiranya kamu menyedari teman wanita kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman wanitamu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Wanita suka mengingat saat yang buat mereka tersenyum, walaupun bagi lelaki ia tidak memberi sebarang erti. Jadi tidak hairanlah wanita sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman wanitamu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. . Fitrah manusia wanita memag lebih kuat membebel daripada lelaki, itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Wanita memang kuat cemburu, (aku akui sendiri).. Tetapi ia merupakan satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Kadang2 teman wanitamu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi! Mostly girl akan memikirkan bab2 ni more than man.. i think soo... hhuhuhuh.

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman wanitamu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai wanita lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan wanita yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu. Jarang wanita sanggup berkongsi kasih dengan orang lain, itu hakikat kejadian.. 

Ada juga wanita yang jenis cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih2 lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman wanitamu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Ia penting dalam merapatkan hubungan antara kalian +++ menambahkan perasaan sayang jugak.. hahahah.

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman wanitamu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. jarang rasenye lelaki menitiskan air mata untuk seorang perempuan selain daripada ibu, isteri, anak or adik-beradiknye.. tetapi bagi wanita, air mata merupakan sahabat yang paling rapat dalam hidupnya. So, pliz2.. don’t make women cry because of u! Kesian dia!

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila wanita tersebut menjadi milikmu yang kekal, dia memberikan kamu si lelaki sebuah keluarga, kasih sayang yang tak terhingga, sentiasa mententeramkan kamu di saat kamu kegusaran dan sentiasa bersama2 meniti usia sebelum ajal menjemput dirinya.

Aku pahat bingkisan ini, semata2 untuk seorang wanita agar menjadi satu pengetahuan buat seorang lelaki.  Jiwa antara seorang wanita dan lelaki amat berbeza, namun ALLAH telah janjikan kesempurnaan apabila dua jiwa ini di satukan. Kadang2 kita merasa letih menyayangi sesorang, namun ALLAH tak pernah letih menyayangi diri kita. Di hantarnya, bertalu2 dugaan agar hati kita menjadi kuat. 

Ingatlah pesan AKI;

Biar kepahitan itu pergi
Agar kemanisan mengisi
Biar kekecewaan berlalu
Agar kegembiraan datang
Biar penderitaan menyapa
Agar tembok kesabaran terbina
Biar kesepian berlabuh
Agar kerinduan mengamit hati
Biar kemarahan menyisip pergi
Agar ketenangan bertaut kembali
Biar ketakutan singgah di hati
Agar keinsafan menebal di jiwa
Biar apa pun yang datang
Ia adalah ujian daripadaNYA.

Pen off.