Monday, March 19

sekadar pembacaan...


aki tak tahu mana wujudnya cerita ni,,, aki dapat dr koleksi simpanan staf aki.. and i would like to share... just utk pembacaan... :)

Tunjukkan dimana Tuhan!


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di  luar negeri,  kembali  ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada  orang  tuanya untuk mencari seorang guru agama,  kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan  orang  tersebut,  seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa  menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan  izin-Nya saya akan  menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan  ramai orang  yang  pintar tidak mampu menjawab pertanyaan  saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan  wujud Tuhan  kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa  dimasukan ke neraka  yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat  syaitan. Sebab  mereka memiliki unsur yang sama. Apakah  Tuhan tidak  pernah  berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi  pemuda tadi dengan  eras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda  marah kepada  saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu  adalah jawaban  saya  atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu   ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan  pertama...kita semua  merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi  akan ditampar  oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda  akan menerima  sebuah  tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk  menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api  dan neraka  juga  terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka  neraka akan  menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


*************** pemuda itu terdiam... 


kita kadang2 ada ketika kita rase seolah2 putus asa dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita... kadang2 kita salahkan takdir yang tertulis menjadikan kita d lalauan ini... namun kita sedikit terlewat menyedari allah tak pernah memberi kita hanya kesenangan untuk satu perjalanan dalam kehidupan... but allah beri kita package lengkap... suka.. duka.. marah.. benci... bla..bla.. cuma kita tak tahu pabila masa package2 itu akan beroperasi... kadang2 kita sudah mendapat bisikan package mn yang bakal d gunakan.. namun manusia kan... sifat kita sentiasa menanti... apa y penting adalah diri dan hati kita sendiri... akal untuk memimpin hati... may allah bless all of u amin.. :)

Berhenti sejenak dan melihat..


salam... dunia selalu menyatakan wanita adalah perhiasan dunia... seindah2 perhiasan adalah wanita solehah.. itu betul.. namun.. ada y kita tak sedar.. akan hakikat yang tersirat di balik perkataan perhiasan itu.. Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata: “Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:

1. Menjaga perkara yang haram ialah perhiasan kepada fakir.

2. Syukur adalah perhiasan kepada nikmat.

3. Sabar adalah perhiasan kepada bala.

4. Tawaduk adalah perhiasan kepada kemuliaan.

5. Berlemah-lembut adalah perhiasan kepada ilmu.

6. Merendah diri adalah perhiasan bagi orang yang bercakap.

7. Meninggalkan riak (menunjuk-nunjuk) itu adalah perhiasan kepada kebaikan.

8. Khusyuk itu adalah perhiasan bagi sembahyang.
 perhiasan  bukan hanya sebuah perkataan yang hanya menunjuk kan ia ada untuk di lihat dan di nikmati... tetapi lebih mengerti sekiranya ia di fahami.. dan d amalkan.. dunia kita dari sudut mana sekali pon adalah sama pengisiannya dan kejadiannya.. yang menjadikan tanah ini berbeza adalah tangan yang mampu mengukir permukaan tanah dan isi di atas permukaannya agar membentuk corak yang menjadi perhiasan tanah itu.. 

cuba suatu masa.. lapangkan dada anda semua.. masa anda semua... duduk sejenak.. renung langit d kala malam atau d kala siang...

 di kala malam.. kita nampak ia gelap.. jauh kita merenung.. bintang berkelip.. makin kita merenung.. makin ia kelihatan terang...  bertaburan di sekalian sudut mata... d suatu sudut, cahaya rembulan seolah2 menegur kita.. menyatakan betapa tenangnya mereka bulan dan bintang di atas langit... tiada tangan yang mampu mencorak mereka.. kerana mereka sudah cukup indah.. malah ia mampu menyerikan isi yang ada d atas bumi... 

di kala siang... cuba sekejap.. xlama... duduk tenang.. lihat dada langit... langit y biru.. awan yang keputihan... dan si matahari yang berdiri jauh d sana... awan bergerak bebas... memayungi sekian bumi... mereka juga cukup indah... xmemerlukan apa2 tangan untuk mengubah dan mencorakkan mereka...

mereka antara perhiasan allah.. yang kita tangan2 d bumi tak mampu sentuh... subhanallah... indah kan... kalau kita mempunyai sejenak masa untuk menikmatinya.. dan berfikir mampukah tangan kita mencorakkan tanah dan tangan y lain untuk menjadi indah untuk kita mampu melihatnya walaupun untuk sejenak... fikirkan lah... aki dah melihat, anda?




mereka sudah melihat, anda?

Saturday, March 17

WE rakyat lah!



BY akira: 


[It just a song from Malaysian artistes for unity, if u can see this video.. it kinda funny video actually with funny movement from the artis but yeah.. it full with fun, hope n joy information that they try to share with us.. What i feel when i see this, there are people out there united regardless of race and religion. Believe in this and let this unity grow. I get goosebumps whenever i listen to this song.. i meant it! that moment i feel i'm not Malay, i'm not Chinese, i'm not Indian and i'm not even any other races in Malaysia.. but i'm just a Malaysian beb!!! proud to be in this country! we are RAKYAT lah!!]

A promise


This time, this place 
misused, mistake
too long, too late
who was i make you wait?
just one chance, just one breath
just in case there? just one left?
cause you known..



When the visions around you 
Bring tears to your eyes 
And all that surrounds you 
Are secrets and lies 
I'll be your strength 
I'll give you hope 
Keeping your faith when it's gone 
The one you should call 
Was standing there all along


And I remember all those crazy things you said
You left them running though my head

You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here 

Dear God

The Only think I ask
of you is to hold her when i'm not around
When I'm Much too Far away 

We all Need the person
who Can be True to you 
But I left her when
I found Her And Now i wish i'd Stayed 

Damn,  
What I'd do to have you near 
I wish you were here.





some stuff that make me smile =)
































Elak Panahan MataElak Panahan Mata



               alkisah.. aki tak ingat mn source utama dia.. but ini antara note y staff pejabat hutan aki pernah bg masa aki mintak dia setelkan beberapa kerja dahulu... dia masokkan dalam pendrive aki beberapa nasihat2... mungkin dia karang sendiri.. or dia copy dr org lain... but ilmu seharusnya d sebarkan... so aki nk share cerita pasal elak panahan mata... 
         
Kerjaya saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja tidak kira jantina, bangsa, pangkat dan kerja. Kali terakhir saya berjumpa dengan tauke perabot yang berasal dari Arab ini pada tahun 1997. Kesibukan kerja dan urusan peribadi membuatkan saya tidak lagi mengunjungi beliau. Namun baru-baru ini saya bertemu sekali lagi dengan beliau kerana tugas. Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau sewaktu melihat saya ialah "MasyaAllah.. semakin sihat badan awak ni,". Saya tersenyum sambil membalas, "Tuan pula semakin kacak dan segak,". Segera beliau menyampuk,"Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah dulu baru cakap perkataan tadi," 

Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi, " MasyaAllah, tuan semakin kaca dan segak sekarang," Mengekori beliau masuk ke kedai saya bertanya, "Mengapa saya perlu tambah perkataan MasyaAllah tadi?" Jawapannya ringkas," Elakkan panahan mata," Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,"Panahan mata apa? Saya tidak merenung pun mata tuan," Jawab beliau," Semua benda sama ada baik rupa atau buruk keadaan datang dari Allah. Kita pinjam je semua itu. Kerana itu kita perlu puji Allah kerana pemberiannya sama ada menyebut Subhanallah atau Masya Allah. Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan dipuji orang kerana cantik dan sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya atau dalam minggu itu dapati ia secara tidak sengaja terkoyak atau rosak.

 Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus tetapi dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja. Itulah yang dikatakan panahan mata," Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata? Sambil tersenyum beliau menjawab, "Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lain untuk berbuat demikian. Di negara saya yang berpadang pasir panahan mata terjadi dalam sekelip mata. Jika hari ini sebuah kereta dipuji kerana cantik, keesokkan paginya pemilik kereta itu rugi kerana keretanya kemalangan. Tetapi kurang terjadi di negara ini kerana banyak pokok tumbuh yang memesongkan panahan mata ini menyebabkan tuan punya diri tidak selalu kena malang. Tapi kita memang dianjurkan untuk memuji Allah dahulu sebelum memuji benda kerana kita ni kan meminjam saja," jelasnya. Saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas. 

Friday, March 16

aku bukan tayar spare part

salam............ ari ini ari jumaat.. esok sabtu... dr minggu lepas punya minggu lepas.. sabtu ngan ahad wa mesti ada org kacau... ade jelah mende2nye.. minggu ni bajet mau tenang2 sendiri... xmau campo org punya... 5 hari wa xmasok lab... mampus next week doc wa cari.. lantak... minggu ni wa xbetul sangat malas no satu/... jiwe kacau lagi... macam2 benda la... esok wa mau bgn pagi2.. bukan mau jogging mau jalan2 g pasar tani... ngan sape? sendiri la... dengan kaki sendiri~~ wa lonly fighter ma... xperlu org jaga kiri kanan... kalau ade wat semak buat ape... lagi2...





 yang cop wa macam tayar spare part... ada faham? makin lama... wa makin nampak manusia keliling wa, banyak jelik... tau jelik tu ape? menjengkelkan.... or ignoring... BI dia... pasal apa wa cakap itu macam... wa tak tau la.. beberapa ari ni, wa banyak fikir bende2 lepas... sb tu wa tak boleh buat keje... tak boleh tenang,,, ada rasa.. xde baik dalam hati... lu orang tau, rase kena tipu? erm... tipu idup2... depan mata! tau apa itu rase? macam **** itu rase. lu tau ape rase bila org buat lu macam tayar spare part? ada tau? kalau lu org... jenis xde kisah... lu memg baik punya hati... wa dulu itu jam itu macam punya hati... ini jam... xda lagi...


makin wa menyampah kenal org itu macam, bajet bagus.... depan2 pandai main lidah... bukan kissing! cakap ma... depan org lain baik punya sembang... tapi lu ingat dia ada kisah ka sama lu punya hal? xde punya.... ni jam punya org.. semua kasi jaga leher sendiri... xde masa ma mau jaga org lain.... hey... lu ada kawan? lu tau kenapa ada kawan sanggup makan kawan? apa ada dengan kawan? memg2.... wa penah tulis... dalam blog ni.. nilai seorang sahabat.. kalau wa xsilap la... itu real kawan punya. tapi y bersepah depan mata wa ini jam... semua jenis tayar spare part! bila mau guna, pandai cari ma... lu menyorok dalam tanah pon sanggup gali woo... baik punya kawan. wa bukan mau kata sape2... wa  bukan ada tulis nama sape2... saja bercerita dr segi  hati y berbuku... kawan.... jangan pasang banyak topeng ma... naik muntah wa tengok! 


ayat standar "lu susah, wa mesti tolong lu kawan gua" harem itu ayat! senang sendiri... kasi sedap sendiri... itu mau mengaku kawan lagi ka? mesti ngaku... buat koleksi ma.... lu orang jangan baik sangat, jangan jadi terlalu xkisah... nanti lu org punya kawan kasi makan.... dia tau... lu tak kisah ma... lu punya sibuk2 mau jaga dia... dia sendiri xda kisah sama lu.. so ape pening2... lantak dia la... lu ada kaki, ada tangan.. ada akal,, ada mulut... ada mata... guna baik2.. jangan kasi pinjam sama org lain... kn pandai ma... kasi adil sikit... jangan kasi murah hati sangat ini jam... diorang xde murah ati sama lu... xpayah nk susah2 takut apa diorang rasa... xde guna... 


wa bukan mau sumpah sapa2... xde mau gaduh... walau ayat mcm nk gaduh.. wa xpuas hati.. cakap pon xde guna.. xde bawak mana,,, wa tau la.. wa punya koloni macam mana... xde guna buang air liur... buat wa makan hati saja... wa buat wa punya pala la... wa tak rugi... diorang pon tak rugi.. wa xda papa macam mereka... xpa la... slow2 wa cr wa punya la... mau lumba boleh... xde hal... suma wa mau pesan... hati2 dengan lu punya kawan.. or sape2 selain diri lu n ibu n bapak lu... org lain semua xboleh percaya... macam gua pernah kata dulu2...


"trust sometime is like a shit!" jaga la...