Siapakah orang yang sibuk?
Orang
yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang
yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia
kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang
yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang
yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang
yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling
luas?
Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit
lagi dihimpit?
Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang
yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
*****
siapakah aku? Persoalan demi persoalan.. tanpa jawapan..
Tersenyum
ketika kau dalam kesusahan tanda betapa kuatnya dirimu.. benarkah?
Orang
yang mempunyai akal adalah orang yang mengunakan otaknya di dunia ini..
benarkah? Siapa pula orang yang mempunyai otak, hati dan akal namun xtidak
mempunyai perasaan? Siapa orang yang mempunyai otak, hati, dan perasaan tanpa
akal? Siapakah mereka?
Siapakah
orang yang merasa bahagia apabila terluka?
Siapakah
orang yang gembira di saat mereka bersedih?
Siapakah
orang yang memiliki senyuman namun dia menangis?
Siapakah
orang yang sentiasa meningati namun dia sentiasa dilupai
Siapakah
orang yang mencari barang yang ada?
Siapakah
dia?
Siapakah
aku?
Ini
bukan satu kenyataan… bukan sekadar huruf yang digabung menjadi ayat… ini
sebuah persoalan.. yang tiada jawapan… sekarang.. mungkin juga selamanya… aku
ada persoalan...
Siapakah kau di dunia ini?