0001a.m/malaysia/isnin/6.2.2012
selamat pagi malaysia........... pagi hari ke6 d bulan 2 di tahun 2012... kalau ikotkan kalender cina tahun ni tahun naga.. bukan naga gunung berapi.. tetapi naga air... dalam air pon ada naga sey.. kalau ikotkan tahun aki lahir dalam kalender cina.. aki lahir dalam tahun naga.. so mungkin tu pasal aki cepat marah.. cepat sejuk... hahahh beberapa hari lagi aki akan ke medan indonesia.. buat ape? jalan2 nusantara... aki dan 19 org perwakilan SRMUPM dengan kerjasama kementerian belia dan sukan serta pihak universitas samudra utara akan mengadakan lawatan ke tanah medan.... ni kali pertama aki ke luar negara.. walaupon xsejauh mn.. but azam aki selepas katam menakluk negeri2 dlam malaysia dengan kaki, aki akan ke luar negara... hahah.. permulaan... indonesia... nantikan kisah aki di medan mencari kisah hidup mereka d seberang laut sana....
so menunggu nk ke medan aki dok bertapa kat upm la.. mn lagi kan... aki baru je beberapa hari pindah blok.. dr bilik berempat ke berdua ke kesorangan... seharian suntuk aki memindahkan barang.. siap kaki aki bocor gara2 pisau y tah dr mana datangnya duduk bertapa atas lantai... adoi... darah... berterabur atas lantai... erm,,, best la bilik baru ni.. walaupon xla besar mana... but ok la.. senang aki nk urus.. bilik sendiri kan..
kerja aki sepanjangan masa online2... ni semua gara2 line wifi kat bilik ni kuat amat... ye lah dia punya plug wifi selang sebilik dr bilik ak.. mn tak kuat... puas hati download movie... cakap pasal movie.. aki nak share satu movie... "aku tak bodoh"...
Sinopsis Aku Tak Bodoh:- Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.
Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.
Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.
********* wala..... aku tertengok masa jalan2 kat fb... apa y budak2 tu alami adalah apa y aki pernah alami suatu ms dulu... soalan cepu mas la... apa perasan korang time korang sekolah g la kan.. orang tua kalian.. xkire la parent ke.. family2 terdekat ke.. memperkecilkan diri anda? lagi2 la family sendiri, kau balik sekolah bawak buku report peperiksaan.. xde la semua subjek dapat a.. but dalam top 5 gak ko duduk.. mungkin antara korang family bangga.. hahah bukan aku... tak de makna apa y aku cuba buat... usaha yang xnampakkan sebarang penghargaan... ucapan taniah pon susah nak dengar... ceh, bukan ak nak kata mak abah ak... ak jarang ada dekat dengan mama.. sebab mereka serahkan ak pada keluarga angkat... bila dah besar ni br cari balik.. pedih2... mereka xtahu apa y aku rasa... bila ak tengok movie tu.. ak teringat kisah ak time sekolah... cakap kita sikit pon mereka xnak dengar. ye lah mereka makan garam dulu dari kita.. kononnye mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita... gara2 kita hanya sekecil kuman xmampu memilih! manusia macam itu masih wujud lagi sekarang! aku benci kehidupan yang dahulu!
hidup bertulangkan kata2 orang lain... sepatah pon kata2 ak xlaku... yup.. ak akui mereka merancang yang baik untuk diri kita... orang dewasa cuba menyediakan kehidupan yang terbaik untuk kita... namun mereka sedar atau tidak yang kita punya suara untuk didengari? hahaha.... bila kita mula memberontak... menentang... mereka melabelkan kita sebagai kurang ajar... xde adab... mereka insan2 y dekat dengan diri kita.. mereka yang menjadi role model membentuk diri kita... acuan yang kita pegang daripada mereka... mereka yang membentuk ak menjadi kurang ajar... kerana rasa bebeku di dalam diri menjadikan ak hilang suara dan hak berfikir... huh!
syukur.... ada yang tersedar setelah melihat result acuan yang d bina.. ada y masih d takuk lama.. entah la... kita selalu dan sentiasa mahu yang terbaik untuk insan2 kesayangan kita sampai satu tahap kita mengawal mereka mengikut cara kita tanpa mampu beri mereka bernafas... adakah ini dunia orang dewasa? ia buat ak takut memasuki dunia orang dewasa... seolah2 mereka hilang rasa pertimbangan kadang2... entah la.. mungkin bukan semua kan... mungkin hanya segelintir... jauhkan ak dr tergolong dalam himpunan manusia begini.. ak xmahu hilang keperibadian diri, semata2 mahu mencorak hidup orang lain... hilang rasa sebagai insan semata2 mengejar cita... itu bukan ak! entah la... ak xmahu bicara ia sedalamnya... kerna ia hanya sebuah kenyataan dari kehidupan lampau yang tak berkesudahan...
sekirenya blogger sudah berkeluarga.. atau bakal berkeluarga.. xkirelah sekirenya kau seorang pemimpin keluarga atau sebaliknye.. sesekali cubalah dengar bisikan insan2 kecil anda.. kerna mereka ini lah yang akan mendengar segala bisikan anda semua apabila anda semua menjadi tua nanti... jangan kerana taksub menlakar kehidupan mereka hingga lupa kalian lupa insan2 kecil ini la yang akan menwarnai lakaran y kalian buat utk mereka...
No comments:
Post a Comment