Monday, March 21

indahnya cinta antara dua insan

 Ini hanya sekadar cerita rekaan... tak de kene mengena dengan yang hidup atau y mati... cuma satu imaginasi aku di pagi hari,,,,

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?                                  

5.15 a.m selasa 23/3/11

To mr sun

When i see you smile
and know that 
it is not for me, 
that is when i will miss you the most.
i cry for the time that
you were almost mine,
i cry for the memories
i'me left behind,
i cry for the pain,
the lost, the old, the new,
i cry for the times
i thought i had you...
sometime i feel like
trust like a paper
once it crumpled
it can't be perfect again...
Now..
i'm trying not to love you
i'm trying not to care
i'm trying not to live my life
wishing you were there
i'm trying not to wonder
where you are or what
you do i'm sorry..
i'cant help myself.........................................

renungkan sikap kita sebagai manusia....

Dalam kehidupan, kita selalu mendengar keluhan begini……

Pabila seseorang itu dilahirkan dalam keluarga miskin, dan dia melihat rakannya yang hidup dalam kemewahan, dia mula rasa cemburu. Melihat kawannya berganti baju baru hampir setiap hari, nak apa semuanya dapat, sedang dia hanya hidup cukup-cukup makan, baju baru hanya setahun sekali. Lalu hati kecilnya meronta, mahu jadi seperti rakan itu. Mahu berada di tempatnya dengan alasan,

‘Aku nak jadi macam dia. Nak hidup senang. Memanglah mak dan ayah tak lokek kasih sayang dan perhatian kat aku, tapi kalau takde duit, tak guna juga. Aku dah jemu hidup susah. Aku nak hidup senang macam dia.’

Tapi percayalah, bila sudah berada di tempatnya. Bila sudah kaya, tapi kurang kasih sayang ibubapa, hati akan kembali meronta. Tak dinafikan semua apa yang dihajati, sekelip mata dapat dipenuhi. Minta yang ini dapat, minta yang itu dapat. Tapi bila ibubapa asyik sibuk bekerja, bersua muka hanya sekali seminggu, kasih sayang dan perhatian langsung tak dapat dirasa, segala kesenangan yang ada seolah tiada makna. Dan tatkala melihat mereka yang hidup seadanya, namun kaya kasih sayang, hati akan kembali meronta, mahu menjadi seperti itu dengan alasan,

‘Aku nak jadi seperti dia. Walaupun miskin, tapi hidupnya penuh kasih sayang. Buat apa kalau duit banyak, tapi hidup aku sunyi. Mama dengan papa asyik kerja je. Aku tinggal dengan bibik dekat rumah. Bosan. Duit banyak tapi sikit perhatian. Aku nak jadi macam dia, nak rasa kasih ibu, nak rasa sayang ayah.’

Itulah hakikat manusia, jarang bersyukur dengan apa yang ada…

Menerobos lagi sudut kehidupan ini, kita akan ketemu situasi seperti ini,

Seseorang yang mudah melenting dan mengeluh. Dalam kesusahan dia mudah melatah, ada sahaja yang tidak kena di matanya. Hatinya pantang disakiti, kesalahan orang sukar dimaafkan.

‘Aku tak puas hati betul dengan dia. Suka-suka je nak buat macam tu. Sampai mati pun aku takkan maafkan.’

‘Terukla dia tu. Asyik-asyik nak minta tolong, buatlah sendiri. Ingat tenaga aku free ke?’

‘Kedekut la dia tu. Minta tolong sikit pun tak boleh.’

‘DIa ni selalu menyusahkan orang. Memang malanglah siapa jadi kawan dia.’

Kita memang selalu mengomel tentang orang lain. Bila orang lain salah, kita asyik membesarkannya. Kita selalu rasa sakit hati dan berjanji pada diri takkan memaafkan kesalahan orang itu.Kita selalu rasa sakit hati dan berjanji pada diri takkan memaafkan kesalahan orang itu. Kerana kita rasa salahnya terlalu besar, padahal dosa-dosa kita yang tak terhitung ini telah dijanjikan ALLAH sebuah pengampunan jika kita bertaubat. Kita selalu mengeluh bila ada orang meminta tolong, padahal setiap kali kita berdoa untuk meminta pertolongan, ALLAH tak pernah jemu mendengar. Kita lokek untuk memberi bantuan, mengharapkan balasan kerana tenaga kita ini bukannya percuma. Padahal, ALLAH kurniakan kita keupayaan melihat, mendengar dan berbagai-bagai lagi tanpa meminta sesen pun atas kurniaNYA…

Kerana manusia memang mudah lupa diri.. Sukar meletakkan diri di tempat orang lain agar lebih positif..

Jadi..

Berhentilah sekarang..

Berhenti melihat kesenangan orang lain dan berasa cemburu..

Tapi sentiasalah melihat kurniaan ALLAH pada diri dan bersyukur..

Kerana rezeki setiap dari kita telah ditentukan dan itulah yang terbaik..

Belajarlah untuk meletakkan diri pada tempat orang lain..

Jangan hanya mengeluh, mengomel dan ego..

Kerana kalau ia menyakiti kita, ia mungkin lebih menyakiti yang lain..

Belajar menjaga hati orang, dan orang akan menjaga hati kita..

Hormati orang dan kita akan dihormati..

Bantu orang lain dan ALLAH akan bantu kita..

Kerana hidup ini bukan hanya ada kita seorang, kita hidup untuk saling melengkapi..

DAN HAKIKATNYA KITA MEMANG SEBAIK-BAIK CIPTAAN!

Walau kemana aku pergi..
dimana aku berada..
apapun yang aku lakukan...
walau aku berdiam tanpa khabar ingatan...
Ayah dan ibu...
kalian sentiasa di hati dan doaku
sentiasa ku panjatkan untuk mu...
kerana mereka 
aku berada di dunia ini dan
merekalah segalanya... sesungguhnya,,
walaupun tanpa ucapan,,,
mengertilah,,, aku teramat menyayangi mereka...
dan ingin selalu bersama mereka... 
semoga ALLAH... 
memberikan kesempatan untuk aku,,,
berada disamping mereka...
kerana akulah anak perantau....

Sunday, March 20

JUST A REMINDER




PS: TO ----> YOU

You gotten take the good 
With the bad
Smile with the bad
Love what you got
& remember what you had
Learn to forgive
But never forget
Learn from your mistakes
But never regret
People change, thing go wrong
Just remember
LIFE  MUST GO ON….

Saturday, March 19

- kisaH dAri KwanKu

Semalam, saya menerima 1 lagi cerita @ kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.
Saya menangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini Aduhh…memang betul-betul membuatkan hati saya begitu tersentuh dan tak keruan…

Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…
Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”
Ibu tercinta pergi buat selamanya………
Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.

~Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita..~


Thursday, March 17

all or nothing

I know when he's been on your mind
That distant look is in your eye
I thought with time you'd realize
It's over over
It's not the way I choose to live
And something some where's got to give
As sharing this relationship gets older older
You know I'd fight for you
But how I can fight someone who isn't even there
I've had the rest of you now I want the best of you
I dont care if that's not fair

Cause I want it all
Or nothing at all
There's no where left to fall
When you reach the bottom it's now or never
Is it all
Or are we just friends
Is this how it ends
With a simple telephone call
You leave me here with nothing at all

There are times it seems to me
I'm sharing you with memories
I feel it in my heart
But I dont show it show it
And then there's times you look at me
As though I'm all that you can see
Those times I don't believe it's right
I know know it

Don't me make me promises
Baby you never did know how to keep them well
I've had the rest of you
Now I want the best of you
It's time for show and tell