Dari penjuru sudut meja, pena ku berkata-kata. Akan aku pahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena ku menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi aku. Aku hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena ku akan terus menari, sehingga nyawaku diambil olehNYA.
Monday, October 24
Saturday, October 15
apabila si lara pulang ke hati..
Arahan: buat ayat dari 3 ayat2 di bawah.
- apabila hati kering menjadi pasir air hujan dah xberguna lagi.
- silence is a girl loudest cry you know she's really hurt when her ignore you.
- Don't try to be someone you're not, wait for the guy who like you for you. you were born an original don't die a copy.
**** when you try to forget the one, they will always came back to track you... sometime it will pain... sometime it sweet.. namun apabila hati kering menjadi pasir air hujan dah xberguna lagi.wanita dicipta pemilik air mata. air matanya bukan sekadar saja, namun air matanya penuh dengan kata2... sampai satu ketika dia diam,,,silence is a girl loudest cry you know she's really hurt when her ignore you... buat kau si wanita... untuk aku juga,,, dengar baik2,..
"Don't try to be someone you're not, wait for the guy who like you for you. you were born an original don't die a copy"
Tuesday, October 11
Siapakah itu?
Siapakah orang yang sibuk?
Orang
yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang
yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia
kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang
yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang
yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang
yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling
luas?
Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit
lagi dihimpit?
Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang
yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
*****
siapakah aku? Persoalan demi persoalan.. tanpa jawapan..
Tersenyum
ketika kau dalam kesusahan tanda betapa kuatnya dirimu.. benarkah?
Orang
yang mempunyai akal adalah orang yang mengunakan otaknya di dunia ini..
benarkah? Siapa pula orang yang mempunyai otak, hati dan akal namun xtidak
mempunyai perasaan? Siapa orang yang mempunyai otak, hati, dan perasaan tanpa
akal? Siapakah mereka?
Siapakah
orang yang merasa bahagia apabila terluka?
Siapakah
orang yang gembira di saat mereka bersedih?
Siapakah
orang yang memiliki senyuman namun dia menangis?
Siapakah
orang yang sentiasa meningati namun dia sentiasa dilupai
Siapakah
orang yang mencari barang yang ada?
Siapakah
dia?
Siapakah
aku?
Ini
bukan satu kenyataan… bukan sekadar huruf yang digabung menjadi ayat… ini
sebuah persoalan.. yang tiada jawapan… sekarang.. mungkin juga selamanya… aku
ada persoalan...
Siapakah kau di dunia ini?
Sunday, October 9
hanya sebuah lagu..
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada
****** thank for the memory... thank for the pain... than for everything...
Thursday, October 6
Apabila si Rindu mengamit pulang...
Salam blogger! jam di atas meja aki tik.. tok... menandakan pukul 3.45 A.M,,,, peh awal gile aki terbangun dari lena!! tido yang tak nyenyak... macam2 terfikir... tetap jam 10 A.M jumaat 7/10/11 aki akan ke muazam pahang. Buat ape g pahang??? aki g follow member g site projek dia n bawak budak2 study kat u g trip... jadi pengiring depa la~~~ 3 hari 2 malam hilang dari dunia kota ke dunia estet! patut2 aki kn ambik jubah 8 oktber ni.... well.... kn tunda la 10 oktber br leh ambik... dari semalam g aki nk menulis... but xjumpa2 idea... alang2 nk ilang.. aki mengarang... bukan cerita orang tetapi cerita aki sendiri...
APABILA SI RINDU MENGAMIT PULANG.... aki xcident jumaat lepas (30/9/11).. xterok sgt.. lebam sikit kat kaki n ade sedikit luka behampiran siku kanan.. but kawan aki lagi terok! bibir dia kn jait dalam n luar... ada sikit luka kat muka//// cian dia... dah la mkn kn guna stroll... salah sape??? salah org yang tak bersabar n tak perihatin! nasib baik nyawa kiteorng tak melayang!... huhuh (luahan hati jap... geram!)
Back to story, aki dijangka kan konvo pada 18/10/11 bersamaan hari selasa.... mean next week masa sahabat2 aki dari setiap penjuru malaysia akan pulang ke menara gading untuk mengambil jubah! kat facebook... macam2 post kat group fac.. menyatakan kegembiraan mereka ingin pulang ke sini...(bunyi macam nk balik raye je.. heheh) dalam minggu ni je fon aki sentiasa di call n di msg si... mengabarkan mereka akan pulang ke sini... bagi mereka, juga aki.. ada satu perasaan yang buat kau ingin tersenyum.. perasaan yang datang dari sebuah kenangan... that call rindu... rindu memanggil setiap jiwa untuk pulang ke masa lalu.. is juga menyingkap tabir2 kenangan walaupun peti kenangan telah jauh ditinggalkan nun di masa lampau...
kenangan yang sentiasa berlegar di dalam kepala seperti sebuah wayang yang berputar tanpa menghiraukan kehadiran masa kini. bak lagu zhilivia " walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat, pejamkan matamu dan rasakan aku"... aku bukan berbicara tentang cinta... cinta di saat kini hanya satu sindiran hidup yang menguris luka2 lalu... mungkin belum masanya aki menemui penawarnya.. kini aki berbicara akan rakan2 yang sama berjuang mencari kehidupan di masa depan... di menara gading kita bertemu dan disini kita berjuang... di sini kita bersaudara dan di sini kita berjaya... akan dipinjamkan beberapa saat untuk kita hargai... sesuatu masa yang tak mungkin ada ulangan... aki reda menanti saat itu untuk hadir...
aki si rindu yang mengamit pulang setiap pelusuk teman2 sepengajian pulang ke menara gading... aki sabar menanti... menanti sekali lagi peluang untuk tersenyum dan menyimpan senyuman itu dalam kotak hati... aki terasa sangat2 beruntung.... walaupun ada kalanya kita disakiti oleh orang yang kita sayang, namun ada orang yang masih menyayangi kita. aki mula tersedar, sayang yang aki terjumpa di tepian jalan lebih berharga dari sayang yang aki ambil dipersimpangan jalan... ia lebih berharga untuk dihargai..
********** buat rakan2 seperjuangan, aki benar2 sayang akan kalian! walau aki tak pernah berkata2 dengan perkataan.. namun aki hanya bisa memberi yang terbaik untuk kalian... kalian antara permata yang aki jumpa di tepian perjalan hidup aki... izinkan aki menyimpan secebis kenangan tentang kalian.. agar aki lebih memahami erti penghargaan.. dan buat kau si blogger... tentu ada sesuatu kenangan yang mampu membuat kau tersenyum dan hatimu terasa riang.... ia adalah si rindu yang sentiasa mencari ruang dalam setiap kotak hati dan minda insan... dan sentiasa mengamit pulang sebuah memori dari masa lalu.... to all my Forester batch 2008/2009 and my MANTAN TEAM SRMUPM... taniah kerana mampu naik kepentas menara gading dan turun dengan segulung ijazah...
Tuesday, October 4
KULIAH BERKAITAN “JIN” – OLEH USTAZ HJ. ISMAIL KAMUS
KULIAH BERKAITAN “JIN” – OLEH USTAZ HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun
lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat
dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan
kerana Jin paling suka dengan asap yang
busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.
Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah
tuu (sambil
berseloroh).
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi
(klcc), tandas dan kubur.
6)
Beliau menasihat
apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya),
perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin
sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu
tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula,
kita jadi cucu cicit jin !!!!
7)
Jin tidak
mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila
Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun
jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya
dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga
anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat
tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah
mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong
yang airnya tenang, terutama di
waktu tengah malam. Jin suka mandi di
situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk
rumah baru, di galakkan membaca surah
Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung
tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika
budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan
ayat Kursi dengan cara 9 kali henti
(tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
********** JANGANLAH WAHAI ANAK2 ADAM BERDAMPING YA INI
BERSAHABAT DENGAN SYAITAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPANMU… TELAH ADANYA ALQURAN
UNTUK PANDUANMU… ADANYA ULAMAK2 UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN… JANGAN SESEKALI KAU
MEMALINGKAN DIRIMU DARI AJARAN ALLAH….
(Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini
kepada saudara Muslim Muslimat yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu
amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.)
Monday, October 3
12 Sifat Aku si sahabat
1.
Jika
engkau berbuat bakti kepadanku, aku akan melindungimu.
2.
Jika
engkau rapatkan persahabatan denganku, aku akan membalas baik persahabatanmu
itu.
3.
Jika
engkau perlukan pertolongan daripadan berupa wang dan sebagainya aku akan cuba
membantumu.
4.
Jika
engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanku, aku akan menerima dengan baik.
5.
Jika aku mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, aku akan menghargai atau
menyebut kebaikanmu.
6.
Jika aku melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, aku akan menutupnya.
7.
Jika
engkau meminta sesuatu bantuan daripadanku, aku akan sedaya upaya cuba mengusahakannya.
8.
Jika
engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), aku akan menanyakan
kesusahanmu.
9.
Jika
datang sesuatu bencana menimpa dirimu, aku akan meringankan kesusahanmu(membuat
sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10.
Jika
engkau berkata kepadanku, nescaya aku akan membenarkanmu.
11.
Jika
engkau merancangkan sesuatu, nescaya aku akan membantumu.
12.
Jika kita berdua berselisih faham, nescaya aku lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.
***** itulah prinsip aku si kawan dan sahabatmu... kerana kau antara permata yang indah aku terjumpa nun jauh di sana... kerna aku sahabat dan kawanmu...
Subscribe to:
Posts (Atom)





